Searching...
Saturday 17 August 2013
19:18 0

Taraf PR pemilik resort dilucut

SYED AHMAD (kiri) yang dilucut status pemastautin tetap Malaysia.


KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan mengambil tindakan yang sebegitu tegas.
“Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik resort itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih di sini semalam.
Pada 10 Ogos lalu, lelaki bernama Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar membenarkan surau di resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha.


sumber:kosmo online
19:16 0

Tentera serbu Masjid Al-Fatah

REUTERS
ANGGOTA-ANGGOTA tentera memasuki sebuah bilik di Masjid Al-Fatah yang menjadi tempat penunjuk perasaan berlindung semalam.


KAHERAH - Pasukan keselamatan memasuki sebuah masjid di ibu negara Mesir di sini selepas berbalas tembakan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi semalam.
Siaran langsung televisyen tempatan menunjukkan beberapa kumpulan individu meninggalkan Masjid Al-Fatah dengan dilindungi anggota polis dan tentera.
Laporan televisyen menyatakan, sejumlah penyokong Morsi bersembunyi di beberapa menara masjid itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan sekitarnya.
Anggota polis dan tentera kemudian membalas tembakan mereka.
Pasukan keselamatan kemudian menawan menara-menara tersebut.
Setakat ini, belum ada laporan berhubung kematian dan kecederaan dalam insiden itu.
Terdahulu, beberapa anggota tentera dilihat memasuki masjid berkenaan yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.
Saluran televisyen tempatan, Egyptian ONTV Live melaporkan anggota-anggota tentera itu cuba berunding untuk memujuk penunjuk perasaan itu supaya beredar.
Seorang penunjuk perasaan di dalam Masjid Al-Fatah memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa mereka menuntut agar tidak ditangkap atau diserang oleh kumpulan penyokong kerajaan sementara yang berhimpun di luar masjid.
Perkembangan itu berlaku setelah lebih 100 nyawa melayang dalam pertumpahan darah antara penunjuk perasaan yang setia kepada Morsi dengan pasukan keselamatan kelmarin,.
Situasi yang semakin buruk itu menjadikan Mesir di ambang huru-hara.
Dalam pada itu, pihak berkuasa menangkap lebih 1,000 pemimpin dan ahli pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin semalam.
Pergerakan Islam itu merupakan penyokong kuat Morsi.
"Seramai 1,004 "elemen" Ikhwanul Muslimin telah ditangkap kerana melakukan keganasan dalam pertempuran yang mengorbankan 700 orang sejak Rabu lalu," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Ikhwanul Muslimin yang menguasai Mesir selama setahun sehingga Morsi digulingkan oleh tentera turut menggesa penyokongnya kembali mengadakan protes jalanan.
Demonstrasi tersebut bagi mengecam rampasan kuasa tentera dan mengutuk kekejaman pasukan keselamatan dalam menangani kebangkitan rakyat.
Terbaharu, Perdana Menteri Mesir, Hazem El-Beblawi mengusulkan supaya pergerakan Ikhwanul Muslimin dibubarkan secara rasmi.
"Cadangan tersebut sedang dikaji," kata Menteri Hal Ehwal Masyarakat, Sherif Shawky. - Agensi


08:59 0

Lelaki Kemaruk Lakukan Seks Dengan Kucing



Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.
Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.
Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi


08:53 0

Nedim Nazri Aziz Pegawai Khas Kementerian Pelancongan. Menteri? Nazri Aziz. Tahniah!

Anak Nazri Aziz
Rezeki dan tuah orang lain-lain. Ada kalangan penjawat awam bersusah payah mempersiapkan diri untuk temuduga dan ada juga yang terpaksa menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan. Itu pun belum jaminan untuk diterima masih disebabkan kriteria ketat yang telah ditetapkan melalui SPA. Tetapi tidak….
Untuk Nedim Nazri Aziz apabila telah “berjaya” dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini. Tahniah Berita Semasa ucapkan.
nedim
Mudah. Wujudkan jawatan khas. Apabila ditanya apa bidang tugasnya? Erm………tugas-tugas khas lah. Kerjanya begitu, begini dan lain-lain lagi. Ok. Kata Nazri Aziz, anak dia ada banyak kereta mewah. Lagipun Nazri Aziz sendiri mengaku beliau orang kaya. Jadi lebih daripada mampu untuk membayar gaji anaknya sendiri sebagai pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia.
Baru-baru ini, Nedim Nazri Aziz datang pejabat bersama-sama dengan 4 biji sports car pengiringnya. Hebat…

Lantikan Nedim Nazri Aziz Hak Saya

Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Azizberkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.
“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita. “Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.
Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.
Sumber : Bernama
Jawatan di pejabat menteri ada tanggungjawab dan dengannya ada bidang kuasa dan autoriti. Sendiri bayar datangnya daripada mana? Boleh sahaja kalau gaji tersebut diserapkan dari “claim” yang lain. Bagaimana pula dengan elaun-elaun keluar negara dan kemudahan-kemudahan lain atas nama urusan rasmi kononnya?
“I can call him errand boy or office boy, if that would please people. I am paying him, not the government,” he told The Malaysian Insider
Geleng kepala apabila kadang-kadang memikirkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan menteri pilihan Datuk Seri Najib Razak. Jikalau gaji dibayar oleh Nazri Aziz sendiri, kenapa dan mengapa perlu diletakkan nama anaknya di portal rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia? Siapa dengan jawatan pegawai khas lagi. Lagi satu jika tidak terlibat  tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian, tidak perlu war-warkan kepada seantero dunia yang anak anda bekerja di bawah kementerian anda tetapi gaji dibayar sendiri.
sumber:Beritaterkini.my