Searching...
Monday 19 August 2013
08:55 0

Mayat bayi ditemui di tepi jalan




KANGAR - Mayat bayi lelaki ditemui di tepi jalan berhampiran sawah di Kampung Alor Redih di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenda Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui orang ramai pada pukul 6.50 petang.
Beliau yang ditemui di lokasi kejadian percaya bayi yang baru dilahirkan itu
dibuang petang tadi di kawasan itu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama





08:50 0

Tiga maut, kereta bertembung lori


ORANG ramai melihat kemalangan yang mengorbankan tiga lelaki di Semporna, Sabah semalam.


SEMPORNA - Tiga sahabat menemui ajal serentak apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 45, Jalan Kunak-Semporna dekat Kampung Sapang di sini semalam.
Mereka yang maut dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu ialah pemandu Proton Saga BLM, Amban Juma, 47; Arjun Ibrahim, 35, penumpang hadapan serta , Julham Amil, 26, yang duduk di kerusi belakang.
Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


sumber: Kosmo online
08:48 0

Tiga kanak-kanak melecur dan buta

KEADAAN terkini Aliea Alisyah yang buta mata kanan dirawat di Hospital Putrajaya.


PUCHONG – Kegembiraan tiga kanak-kanak bersaudara bermain mercun ketupat bertukar tragedi malam kelmarin apabila bungkusan besar mengandungi bahan berbahaya itu meletup dengan kuat setelah disambar api lilin yang terjatuh ke lantai.
Peristiwa malang yang berlaku di sebuah rumah teres di Jalan PU/7B, Taman Tasik Prima Puchong di sini itu menyebabkan salah seorang mangsa, Aliea Alisyah Abd. Rahim, 8, buta mata kanannya. Keadaannya dilaporkan kritikal.
Dua lagi saudaranya iaitu Nasha Nurkistina Zalmi, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 14, melecur pada muka dan badan.


sumber:Kosmo online