Searching...
Tuesday 20 August 2013
14:43 0

Pelajar Dirogol Dalam Bengkel

dipercayai dirogol oleh rakan ibunya sendiri ketika hendak pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang.
Difahamkan, mangsa yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian memaklumkan kepada ibunya hendak berjumpa suspek ditemani adiknya.
“Dalam kes ini, mangsa dikatakan sudah mengenali suspek sejak dia masih kecil. Pada hari kejadian, mangsa pergi ke tempat kejadian bersama adiknya. Apabila tiba di bengkel dimana suspek berada, suspek berusia 30-an telah memberikan RM5 kepada adik mangsa dan mengarahkannya membeli aiskrim.
“Setelah kembali bersama aiskrim dikirimkan suspek, mangsa dan adiknya minta kebenaran untuk balik ke rumah bagaimanapun suspek menahan mangsa sebelum dirogol,” katanya.
Ghuzlan berkata, susulan kes berkenaan melibatkan pelajar bawah umur, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit sebagai rogol dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Sehingga kini suspek dipercayai sudah melarikan diri sebaik sahaja melakukan perbuatan itu terhadap mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Ghuzlan menasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak perempuan mereka pergi ke rumah atau premis perniagaan teman lelaki biarpun sudah lama dikenali kerana pelbagai kejadian jenayah boleh berlaku.
Sumber : Sinar Harian / Gambar Sekadar Hiasan
14:42 0

YB Tonton Gambar Berahi Dalam Dewan Ketika Perbahasan

menerusi iPadnya ketika perbahasan.
Bagaimanapun, anggota parti Pheu Thai itu mendakwa dia tidak sengaja tertekan pautan yang memuat turunkan imej porno itu.
Pongpan yang dirakam seorang jurugambar ketika menonton gambar berkenaan berkata, dia tidak berniat untuk melihat gambar itu.
Menurutnya, dia berusaha mencari maklumat menerusi iPadnya ketika Parlimen sedang membahaskan kos pengangkutan padi Kementerian Perdagangan pada Jumaat lalu.
“Kerana tidak biasa dengan iPad itu, saya secara tidak sengaja tertekan pautan yang mempamerkan gambar fesyen. Gambar memberahikan secara automatik keluar pada skrin,” katanya.
Menurutnya, gambar itu bukanlah imej porno, tetapi gambar wanita berpakaian mandi.
Wakil penyokong kerajaan Thai itu berkata, dia kini bimbang untuk menggunakan iPad itu lagi dan bercadang menyerahkannya semula kepada Parlimen yang memberikannya kepada semua wakil rakyat baru-baru ini.
Pongpan juga menyatakan hasratnya untuk memohon maaf terhadap kejadian itu.
Mengenai rancangan anggota pembangkang, Boonvod Sooktinthai dari Parti Demokrat untuk mengusulkan supaya isu itu dibahaskan, Pongpan berkata, dia sudah menjelaskannya kepada Boonvod yang kemudian bersetuju untuk tidak membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa Dewan.
Dia juga menafikan dakwaan mengarah polis menggertak jurugambar yang merakam peristiwa itu.
Menurutnya, dia menemui jurugambar itu Jumaat lalu tetapi hanya meminta jurugambar berkenaan supaya tidak menunjukkan gambar dia tidur ketika rehat bagi menjaga imej Parlimen.
Menurutnya dia tidak sedar jurugambar itu merakam gambar dia melihat imej tidak senonoh itu pada iPadnya. – Agensi
04:51 0

SPECIFIKASI PENUH DAN HARGA PROTON SUPRIMA S 2013 (5 Gambar)

Pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:


Harga: 

Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 

Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338 

Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 

Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638





sumber:http://penpatah.blogspot.com/2013/08/serius-specifikasi-penuh-dan-harga.html
04:10 0

Maut ditikam angkara selisih faham


ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian yang mengorbankan seorang pemandu lori di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Angkara perselisihan faham, seorang pemandu lori menerima akibat apabila dibelasah sebelum ditikam hingga mati oleh sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Indah, Bestari Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Thangharajan, 33, cedera parah di perut dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad, kejadian berlaku apabila mangsa yang mendengar bunyi bising keluar dari rumahnya dan melihat empat lelaki sedang minum arak di hadapan rumah itu.


sumber:Kosmo online
04:08 0

Budak parah bermain mercun

MOHD. HARITH yang parah terkena mercun dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak, Mohd. Harith Danial Errman, 8, yang didakwa cedera parah akibat terkena bahan letupan yang jatuh dari syiling rumah neneknya sebenarnya terkena mercun buatan sendiri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, siasatan pihaknya mendapati, kejadian di rumah nenek kanak-kanak itu di Bukit Awang, Pasir Puteh dekat sini malam Jumaat lalu tidak ada kena mengena dengan letupan bom.
"Siasatan awal mendapati, kecederaan kanak-kanak tersebut disebabkan letupan mercun buatan sendiri dan bukannya akibat bahan letupan seperti didakwa.
"Dia menyalakan mercun tersebut ketika berada seorang diri di dapur rumah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini semalam.


sumber:Kosmo online
03:57 0

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2013 [Seluruh Negeri]









Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Johor
Soalan Percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Perak
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Perlis
Soalan Percubaan UPSR 2013 Pahang
Soalan Percubaan UPSR 2013 Terengganu
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Sembilan
Soalan Percubaan UPSR 2013 Negeri Kelantan