Searching...
Wednesday 21 August 2013
14:53 0

Bunuh isteri curang


ANGGOTA polis melihat mayat Suria yang mati disyaki ditikam suami sendiri di Ganang, Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.
Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.
Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.
Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.


sumber:Kosmo online
08:49 0

AF 2013: Senarai Tenaga Pengajar



Af 13Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).
Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.
Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.
Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.
“Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.
“Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.
“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” ujar Khairul ringkas.
Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF – Terus Gempak….Inilah AF 2013 (#TGIAF).
Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.
Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak
Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.
Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.
Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.
AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.
Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.
Informasi terkini seperti informasi lengkap AF 2013, berita-berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta rangkaian muat turun menarik boleh didapati melalui laman web rasmi.
Maklumat tentang acara jelajah seperti AF Busking dan AF Jukebox juga boleh didapati di sana. Selain itu, Astro juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan interaktif sepanjang musim ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.af.com.my
08:45 0

Lagu Negaraku Dimainkan Bermula 28 Ogos Ini Di 723 Pawagam

negaraku

Lagu Negaraku akan dimainkan sebelum tayangan filem di hampir 723 buah pawagam di seluruh negara bermula 28 Ogos ini hingga 3 September depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pawagam yang menyatakan kesediaan ialah Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC), TGV Cinemas Sdn. Bhd. (TGV), Mcat Box Office Sdn. Bhd. (MBO), Cathay Cineplexes Sdn. Bhd. dan Lotus Five Star Cinema (LFS).
“Lagu kebangsaan itu akan dimainkan sebelum tayangan filem bersama promo bertajuk Pesanan Terakhir dan Tanah Tumpahnya Darahku.
“Usaha ini adalah bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia selain menye marakkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56,” ka tanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Tahun ini, Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku menjadi tema sambutan kemerdekaan negara ke-56 tahun bagi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan bersatu mempertahankan kedaulatan Malaysia. – KOSMO!
08:38 0

Nahas Terburuk Sejarah Kemalangan Negara

1013275_649727741706866_963692673_n
Kemalangan yang berlaku jam 2.45 petang tadi apabila bas terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter merupakan yang terburuk bukan sahaja melibatkan kawasan Genting Highlands, malah dalam sejarah kemalangan negara. Setakat jam 9 malam, 37 penumpang telah disahkan maut manakala 16 lagi cedera.
Sesiapa sahaja yang pernah ke pusat peranginan Genting Highlands pasti sedia maklum keadaan muka bumi berbahaya kawasan berkenaan terutama ketika melalui Genting Sempah yang curam dan bergaung. Keadaan ini menyediakan risiko besar berlaku kemalangan terutama apabila suasana gelap atau cuaca kurang baik.
Di bawah, antara kemalangan melibatkan bas yang pernah berlaku di Genting Sempah namun tidak ada yang dapat menyaingi dahsyatnya kemalangan yang berlaku pada hari ini.
15/7/1996
17 orang termasuk 6 kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
31/12/1996
Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.
14/11/1999
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
20/9/2003
Seorang terbunuh manakala 13 cedera termasuk 2 parah apabila sebuah bas membawa 43 penumpang terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 19, Genting Sempah. Bas tersebut membawa rombongan dari Ipoh, Perak melawat Genting Highlands selama dua hari satu malam. Kemalangan berpunca daripada masalah brek.
20/11/2006
3 pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
3/6/2008
2 penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki terbabas lalu terjunam 9 meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
2/9/2010
18 orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
29/10/2010
7 maut, 17 cedera parah dan 22 cedera ringan dalam kemalangan bas pelancongan di KM38, Genting Sempah. Mangsa yang maut termasuk ketua rombongan, Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang juga seorang guru agama. Kesemua mangsa terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah. Ketujuh-tujuh jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong. Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek, ketika bas menuruni Genting Sempah kira-kira pukul 7.50 malam.
5/3/2012
2 pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands jam 8 pagi. Bas pelancong berkenaan yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam. Bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik. Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat sejak awal pagi.
Sumber : Mynewshub.my
08:32 0

Senarai Terkini Mangsa Cedera Nahas Bas

Nahas-Bas

Berikut kami paparkan senarai terkini mangsa yang cedera dalam nahas Bas Genting yang terhumban ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting – Karak pada pukul 2.45 petang tadi yang mengorbankan 37 nyawa.
Senarai ini yang dikeluarkan Bernama melibatkan mereka yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang. Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
3. Saidah, 19 (Malaysia) 
4. Razif, 26 (Malaysia)
5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)
Manakala mangsa dirawat di Hospital Selayang dikenali sebagai:
1. Raawnok Arefin (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja’afar (Malaysia)
3. Nur Fatihah Ja’afar (Malaysia)
4. Rashidah Buyan (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (Indonesia)
6. Nurul Quraitul Aini (Malaysia)
7. Rezyan Arefin (Bangladesh)
8 . Nur Fridil Gusman (Indonesia)
Sumber : Mynewshub.my
03:10 0

Bas Persiaran Terhumban Ke Dalam Gaung Di Lebuh Raya Karak

1098231_10151799702554025_593404623_n
BENTONG: Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit.
Sumber : Bharian Online
1148916_10151802389835600_912999213_n
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuahbas ulang alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi. Setakat ini tiada laporan mengenai nasib 49 penumpang bas berkenaan. – Foto NSTP
Gambar seterusnya akan menyusul kemudian..
Update, setakat ini 10 orang maut.
1013275_649727741706866_963692673_n
999759_714753208539046_1567893685_n
1185872_10151612404531347_1155430355_n
Sumber Photo: Bharian Online, Utusan Online, Bomba Malaysia
03:05 0

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat Atau Timur



Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.
Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.
Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?
Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.
Hari ini Mesir ditinggalkan ‘saudara-saudara’nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.
Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :
فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja… – Surah Toha, ayat 72
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M
03:00 0

Biadap: Syiah Conteng Nama ‘Sahabat’ Di Kaki

1185803_573367639388497_1113530385_n
JENAYAH perang yang sedang berlaku di Syria adalah bukti penentangan terbuka pengikut Syiah tehadap umat Islam.
Keterbukaan pengikut Syiah membenci sahabat-sahabat Rasulallah iaitu Saidina Umar bin Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abu Bakar As Siddiq juga tidak pernah diselindungkan.
Amat biadap apabila seorang lelaki Syiah, didapati menulis nama-nama sahabat nabi ini di tapak kakinya. Bersama coretan nama-nama insan yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah Taala ini, disertakan perkataan ’3 idiots’.
Betapa terpesongnya puak Syiah memandangkan Nabi Muhammad SAW sendiri amat mengasihi ketiga-tiga sahabatnya.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tersilap langkah mengikut fahaman yang terang-terangan sudah terkeluar daripada Islam ini.
Sumber : Mynewshub.my
02:57 0

AWAS! Geng 04 Mahu Serang Balai Dan Anggota Polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl-UIbGlf-jPRTbuYZhee1j5knX9tPm4l62-1c4Fp03IwwGMyhcY26NC93IRGY8KhHY9TLcmT4gABaiIOu93kl-Io7YRYaI6pkb-o1JUviRC0Kwtms3Laa12WP5bPFUFqRPd-wMJhz_j6t/s1600/04.jpgAda maklumat diperolehi kata geng 04 yang anggotanya kebanyakan dari ahlinya datang dari kaum India sedang merancang untuk menyerang balas pegawai dan anggota-anggota polis.
Mereka akan cari pegawai dan anggota yang bersendirian dan terpencil untuk diserang atau tidak menolak kemungkinan membunuh anggota-anggota polis.
Ekoran kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka, mereka mahu berdendam.
Amat perlu diketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, Balai Polis, tempat-tempat bertugas dan kediaman pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang.
Tingkatkan juga keselamatan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja serta diluar waktu kerja.
Eloklah mana mana pegawai dan anggota polis yang ada meletakkan sticker polis pada cermin kereta, mereka ditanggalkan sebagai mengelakkan tindakbalas dari ahli ahli keluarga geng berkenaan.
Ahli keluarga pun boleh berhadapan dengan risiko dengan adanya sticker sedemikian.
02:50 0

(VIDEO) Bapa Kejam Belasah Anak 2 Tahun Tersebar

“Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”
Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.
Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.
Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.
Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.
02:48 0

Mahkamah: Keputusan Kalimah ALLAH Esok – Umat Islam Jom Turun Beramai-Ramai!

kalimah-565x565

Esok, merupakan satu tarikh penting buat umat Islam yang mengambil berat berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di negara ini.
Hal ini kerana Mahkamah Rayuan akan memperdengarkan keputusan sama ada akhbar mingguan gereja, Herald dibenarkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkenaan atau pun tidak.
harundin
Permit Herald yang diluluskan pada Kementerian Dalam Negeri pada Januari 2008 sebelum ini, memberikan syarat agar penerbitan berkenaan dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH untuk melindungi keselamatan nasional dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam; selain Herald mesti meletakkan perkataan ‘Terhad’ di muka depan agar jelas ia hanya diedarkan kepada penganut Kristian.
Bagaimanapun arahan KDN itu ditarik balik selepas penerbit Herald yang juga ketua Paderi Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan menggunakan kalimah ALLAH atas alasan ia tidak eksklusif untuk umat Islam dan diluluskan Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009.
Namun berikutan polemik yang timbul susulan keputusan tersebut serta pergolakan sensitiviti dalam kalangan umat Islam negara ini yang rata-rata berasa tersinggung, kerajaan memfailkan rayuan untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja dan keputusan inilah yang bakal didengar esok.
Justeru, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sayangkan kalimah tauhid ini dan tidak rela ia disalahgunakan oleh penganut agama lain disaran untuk turun beramai-ramai ke perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok (22 Ogos 2013) bermula jam 8.00 pagi bagi menyatakan sokongan anda.
Sumber : Mynewshub.my
02:41 0

Peminjam Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS

khairy-jamaluddin-240613
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (Gambar atas) menerusi Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘mendengar suara orang muda’.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda,” katanya melalui ‘tweet’.
Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.
Sumber : Mstar Online
02:40 0

Kes 3 atlet rogol 20 September

ne_04.1

TIGA atlet bola baling yang menghadapi tuduhan merogol pegawai pengiring bola baling dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan kes tiga atlet lelaki skuad bola baling yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 pada Julai lalu untuk sebutan semula pada 20 September depan.
Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya belum mendapat laporan perubatan, forensik dan kimia bagi kes tersebut.
Mengikut pertuduhan, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara pukul 4 pagi dan 4.10 pagi pada 4 Julai 2013.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber : Kosmo Online
02:38 0

Maksud Simbol Empat Jari R4BIA Yang Jadi Fenomena Facebook l MAKSUD RABIA

2
Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah.
 Maksud Simbol Empat Jari R4BIA Yang Jadi Fenomena Facebook l MAKSUD RABIAMungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA?
Apa ke benda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.
.
Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those “well-known Gezi media” (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin “mereka” inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do’akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
sumber: Mesir Kini” src=”https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/p480x480/1186804_467091223390087_574396030_n.jpg” />
Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam.
Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.
erdogan da r4bia selami Maksud Simbol Empat Jari R4BIA Yang Jadi Fenomena Facebook l MAKSUD RABIA
 Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan.
R4BIA : Maksud Simbol 4 Jari 
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA?
Apa ke benda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA?
Apa ke benda R4BIA tu?
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those “well-known Gezi media” (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin “mereka” inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do’akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
Sumber : Penmerah.com
02:37 0

SKMM Akan Siasat Laporan Dua Laman Facebook Jual Senjata Api

wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata pihaknya memandang serius laporan tersebut, memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.
“(SKMM) akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini. Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam, mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan refal AK-47, E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood).
Sementara itu, Kamaruddin berkata KKMM menerima maklum balas positif daripada para pemilik pawagam berikutan cadangan lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
“Beberapa pemilik pawagam, antaranya Golden Screen Cinemas (GSC) telah menyatakan kesediaan untuk memainkan lagu kebangsaan.
“Pemilik pawagan menyatakan mereka tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan (memainkan) lagu kebangsaan itu, tambahan pula lagu Negaraku hanya mengambil masa tiga hingga empat minit sahaja,” katanya.
Menurutnya selain lagu Negaraku, kementerian turut bercadang untuk menyediakan klip video pendek berdurasi kira-kira dua minit menceritakan pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air.
Pada 16 Ogos lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara, sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September. BERNAMA
02:35 0

Rahsia Tingkatkan Earning Nuffnang Terbongkar

Selamat sejahtera semua pembaca terutama blogger-blogger Malaysia, hari ini saya ingin berkongsi Rahsia Tingkatkan Earning Nuffnang Terbongkar. Nuffnang bukan lagi sesuatu yang asing kepada blogger-blogger di Malaysia hari ini.
Namun persoalannya di sini bagaimana kita boleh tingkatkan earning daripada 0.20 sen – 1.00 seminggu kepada berpuluh-puluh malah ratusan ringgit?

Tips yang akan saya kongsikan adalah tips daripada encik  HasrulHassan, saya tertarik dengan 3 tips yang beliau berikan iaitu:-
Iklan nuffnang mesti berada di kedudukannya.
Masa iklan nuffnang timbul di blog
Terbitkan artikel yang berkait dengan iklan
Ok, mari kita pergi dengan lebih lanjut dengan 3 tips di atas.
Iklan Nuffnang Mesti Berada Di Kedudukannya
Nuffnang sendiri sudah menasihatkan DAN memberi panduan serta tutorial bergambar di mana iklan-iklan mereka perlu diletakkan. Sekiranya anda tidak mengikut semua itu tidak mustahil earning anda tidak pernah meningkat.
Bagi saya iklan banner Leaderboard adalah amat penting berbanding dengan Skyscraper dan Rectangle kerana ia berada di posisi teratas di mana visitor boleh nampak sebelum mereka membaca artikel anda.
Masa iklan nuffnang timbul di blog
Ramai yang tidak mengambil tahu / mengambil kisah mengenai masa iklan-iklan nuffnang. Untuk pengetahuan anda, iklan nuffnang biasanya akan muncul pada waktu malam (antara jam 8-10), selepas tengah malam, awal pagi dan di waktu puncak tengahari (12-2)
Sekiranya anda menerbitkan artikel pada waktu-waktu tersebut, kemungkinan besar peluang anda untuk mendapatkan klik daripada readers adalah tinggi.
Terbitkan artikel yang berkait dengan iklan
Percaya atau tidak sekiranya anda menerbitkan artikel yang berkait dengan iklan, peluang anda untuk mendapat CPUV dariapda advertiser adalah amat tinggi.
Contohnya:-
Anda nampak iklan petronas sedang berjalan di blog anda, cepat-cepatlah update blog anda dengan artikel yang berkaitan dengan petronas. Bukannya susah pun untuk menerbitkan artikel dengan bantuan google kan?
Namun anda perlu juga menitik beratkan tentang niche blog anda dan artikel yang anda terbitkan. Seperti blog Budak Blogspot, tak kan la saya nak terbitkan artikel resepi masakan sedangkan blog ini menggunakan niche panduan dan tips blog kan?
Sekian Rahsia Tingkatkan Earning Nuffnang Terbongkar daripada Budak Blogspot. Untuk menjana pendapatan dari internet bukanlah sesuatu yang mustahil, pelbagai cara & peluang yang berlambak di internet & kita hanya perlu mendapatkan peluang tersebut. Blogging secara sihat blog anda selamat!