Searching...
Thursday 22 August 2013
05:06 0

Degil Bayar Saman Trafik, Lesen Memandu Akan Dibatalkan

saman


Seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.
“Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat III di sini, Rabu.
Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.
Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.
Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.
Khalid berkata mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.
“Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman,” katanya.
Sementara itu semasa berucap pada majlis tersebut, Khalid berkata para pemandu kenderaan, terutamanya penunggang motosikal, perlu mengubah sikap bagi mengelakkan daripada kemalangan maut yang semakin meningkat pada masa ini.
Mengenai kesedaran di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam membantu menjaga harta benda dan memerangi jenayah, beliau melahirkan rasa puas hati dengan peningkatan penyertaan masyarakat.
“Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan penyertaan masyarakat dalam kempen Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 8,592 atau 58.5 peratus, secara tidak langsung menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap PDRM semakin positif dalam usaha membanteras jenayah,” katanya. BERNAMA

04:59 0

Polis Mula Kutip Kaki, Cebisan Organ Penumpang Yang Ditemui Di Lokasi Nahas

Polis Mula Kutip Kaki, Cebisan Organ Penumpang Yang Ditemui Di Lokasi Nahas


GENTING HIGHLANDS – Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bas
“Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.
“Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan,” katanya.
Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.
“Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam,” katanya.
Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.
Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. – BERNAMA
04:42 0

Iklan Merdeka Petronas 2013 Tidak Tiru Iklan Olimpik London


Iklan merdeka petronas 2013 tidak tiru iklan olimpik London. Timbul kontroversi apabila iklan yang dibuat oleh Petronas sempena Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini dikatakan meniru sepenuhnya iklan Olimpik London 2012 oleh P&G. Jika dilihat perbezaan kedua video tersebut, ia tidaklah sama sebiji dan mesej yang disampaikan juga adalah berbeza. Tema petronas mengisahkan anak muda sebagai penyambung generasi negara merdeka manakala P&G mengisahkan kejayaan anak didorong oleh seorang ibu. Namun, dari konsep dan idea mungkin agak sama sedikit namun jalan cerita berbeza. Kemungkinan juga ianya hanya coincident atau syarikat Petronas hanya mengambil inspirasi daripada iklan Olimpik sebagai iklan mereka. Mungkin ia jadi persoalan apabila muzik yang digunakan juga hampir sama. Tapi muzik iklan petronas dicomposed lagi hebat dari iklan olimpik tersebut. Namun, kita tidak boleh katakan Petronas meniru bulat-bulat iklan tersebut. Apapun, iklan Petronas memang terbaik digabungkan dengan mesej yang cuba disampaikan.
petronas-2013
Perbezaan Iklan Merdeka Petronas 2013


Sumber: Melvister.com
04:39 0

Gegaran Gempa Bumi Di Kupang Kedah 20 Ogos 2013 Malaysia


Gegaran gempa bumi di Kupang Kedah pada 20 ogos 2013 di Malaysia. Pada hari ini, dikejutkan dengan berita bahawa telah berlaku gegaran kecil sekitar 8.26 pagi di daerah Kupang. Gempa bumi itu dipercayai berpusat di 11 kilometer selatan Baling. Hanya segelintir penduduk sahaja dapat merasai gegaran tersebut memandangkan gempa bumi terjadi pada skala kecil iaitu 3.8  skala ricther. Pada masa yang sama, perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia mengenai fenomena tersebut.
Kupang-Map
Komen Dari Pengguna Laman Sosial
kupang
Kredit Fotohttp://kamerakupang.blogspot.com/
Kenyataan Akhbar
Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya berdasarkan kenyataan jabatan itu lagi.


Sumber: Melvister.com
04:37 0

Punca Bas Jatuh Gaung Di Jalan Genting-Karak 21 Ogos 2013


Punca Bas Kemalangan Jatuh Gaung Di KM 3.6 Jalan Genting Highlands-Karak pada 21 ogos 2013. Terkini, tragedi nahas terburuk telah berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas ekspres henti-henti Genting Highlands pada pukul 2.30 petang. Pihak bomba menjangkakan seramai 49 mangsa yang berada dalam bas tersebut ketika kejadian itu berlaku. Punca awal kemalangan dipercayai pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas kedalam gaung. Usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.
bas genting kemalangan
Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013
Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.
Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang
update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba
Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.
Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung
bas genting kemalangan
kemalangan genting 1
bas genting kemalangan 5
genting 6
bas genting kemalangan 4
kemalangan genting 3
bas genting


Sumber: Melvister.com