Searching...
Saturday 24 August 2013
19:11 0

6 lelaki cedera terkena tembakan rambang

ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang cedera ditembak di rusuk kanan.


NIBONG TEBAL - Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kopitiam di Taman Kasawari, Simpang Ampat dekat sini cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara rambang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, enam mangsa yang berusia 30 hingga 50 tahun itu cedera di badan, rusuk dan punggung selain luka di kaki dipercayai terkena serpihan peluru.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu dilakukan oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC.


SUMBER:kosmos online
18:45 0

Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun!

Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun! | ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap masalah mental ketika remaja pada 1983.
Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di dinding batu bata itu.
Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia 70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.
Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.
Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.
Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara kehidupan.
Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.
Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
18:39 0

Hidup Semula Selepas 45 Minit

CARROLLTON – AMERIKA SYARIKAT- Seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan hidup semula selepas 45 minit disahkan meninggal dunia oleh doktor.
“Saya tidak pernah melihat atau mendengar kes seperti ini sejak 20 tahun lalu. Ia sememangnya satu perkara ajaib,” kata pakar kardiologi. Dr Raja Nazir.
Menurutnya, doktor tidak menemui sebarang masalah pada jantung Yahle, 37, dan mereka mengesyaki dia ‘mati’ seketika mungkin kerana jangkitan virus.
Sumber : Sinar Harian