Searching...
Sunday 25 August 2013
06:50 0

Gang 04 Dan Gang 8 Kepung 4 Anggota Polis Dan Serang mereka Dengan Pedang Samurai!!

geng
Tindakan lebih kurang 20 orang samseng India yang menganggotai GANG 04 dan GANG 08 mengepung serta menyerang empat orang anggota polis, hampir mengundang padah apabila tiga das tembakan dilepaskan ke udara oleh salah seorang anggota polis terbabit setelah anggota-anggota polis itu diserang menggunakan parang, pedang samurai dan kapak di Jalan Perusahaan Menglembu 13.
Dalam insiden yang berlaku di Menglembu itu, empat orang anggota polis yang berpakaian biasa telah ke lokasi di mana terdapat laporan anggota-anggota GANG 04 dan GANG 08 sedang bergaduh untuk membalas dendam apabila salah seorang anggota GANG 04 telah dibunuh di hadapan rumahnya malam Selasa lalu.
Mangsa ditetak, diculik dan mayatnya dibuang di tepi jalan berhampiran Batu Gajah.
Dalam kejadian 1:15 pagi itu, keempat-empat anggota polis itu nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan. Keempat-empat anggota polis berpakaian biasa itu bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
Sebaik-baik sahaja mereka sampai ke kawasan itu, polis mendapati antara 20 sehingga 25 orang lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam yang lain. Anggota kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan walaupun diberi amaran agar beredar.
Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
Serangan tersebut memecahkan cermin bahagian hadapan kereta selain pintu kereta yang kemek akibat ditetak dengan parang atau kapak.
Semua suspek kemudiannya melarikan diri. Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu mereka dan berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai ahli GANG 08 berusia antara 20 sehingga 30 tahun, tidak lama selepas kejadian. Hasil tangkapan pertama itu juga, polis turut merampas 23 parang panjang dan sebilah pedang samurai.
Polis kemudiannya memberkas dua orang lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Menglembu antara jam 2:00 pagi hingga 3:00 pagi semalam.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek yang ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai:
(a) V.VIGNESWARAN NAIDU atau VICKY, 31
(b) PRABAGARAN MONOSAMAY, 25
(c) SARAT BABU SUSEELAN, 27
(d) THANGASAMY ADAKKALAM, 40
(e) VIKNESVARAN SUBRAMANIAM, 29
(f) JAYAKUMAR SUBRAMIN, 31
(g) PRAKASH THAVATAS, 26
Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jikalau mengetahui lokasi ketujuh-tujuh suspek berkenaan.
Sesetengah daripada orang yang dikehendaki polis dipercayai bersenjata dan amat merbahaya. Jangan cuba mengambil tindakan bersendirian atau cuba menangkap mereka. Sekiranya mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian03-22663333 atau mana-mana balai polis berhampiran. ~ The Flying Kick

01:32 0

Lajim Ukin Dilantik Pengerusi PKR Sabah



KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi menggantikan Ahmad Thamrin Jaini, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PKR telah menyokong pelantikan Laji.
Beliau yang juga Adun Klias dipilih untuk menerajui kepimpinan parti di Sabah selepas PKR memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.
“Saya akan bercakap dengan pemimpin PKR Sabah mengenai pelantikan Lajim,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKR Sabah di sini pada Sabtu.
Thamrin, yang turut hadir pada majlis berkenaan, menyatakan kepada pemberita bahawa beliau menyokong penuh keputusan melantik Lajim sebagai Pengerusi PKR negeri.
Sumber : Mstar Online
01:15 0

Laman Facebook Hina Sultan Johor

rejimenanarki-565x233
SEBUAH laman Facebook menggunakan nama Rejimen Anarki (Gerila Malaya) dikesan menghina secara terang-terangan Sultan Johor dan program tahunan yang dianjurkan tuanku bersama rakyat, Kembara Mahkota Johor.
Penghinaan lain yang diungkapkan oleh admin Facebook ini, termasuk mempertikaikan dana dimiliki sultan dan sikap peribadi baginda.
Dia juga tidak menunjukkan gentar apabila digertak sebilangan pemberi komen malah meminta agar kutukannya kepada sultan diberitahu kepada polis dan juga kesultanan Johor.
Jika mengikut rekod sebelum ini, pihak berkuasa tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan.
Sama-samalah kita nantikan nasib anak Malaysia yang berani tak bertempat dan terlalu lancang ini. -REM RAMZI
Laman Facebook Hina Sultan Johor
Hina Sultan 01 - DKS
Hina Sultan 02 - DKSHina Sultan 03 - DKS
Sumber : Mynewshub.my
01:06 0

‘Ore Tok Sir Mati Lagi Ummi’




“Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.
Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.
Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.
Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di saat sebegini pun dia kuat.
“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.
Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.
“Saya sudah puas menangis, saya reda dengan ketentuan ALLAH uji kehidupan kami sekeluarga, namun selagi umur panjang kami tetap akan menjaga Muhammad Azim dengan baik,” katanya.
Nik Zuraidah yang kini terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM juga memberitahu anaknya sebelum ini petah berkata-kata namun sekarang menjadi semakin pendiam.
“Sepanjang hari Muhammad Azim tidur dan sekali-sekali membuka matanya. Jika dahaga dia akan minta air dengan suara yang perlahan. Dia kurang makan kerana doktor memberikan susu khas membuatkannya kenyang.
“Dia hanya boleh minum menggunakan penyedut minuman kerana bonjol pada matanya menutup sedikit ruang mulutnya dan ini menyukarkannya minum seperti biasa,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nik Zuraidah sendiri iaitu, 153029208754.