Searching...
Tuesday 27 August 2013
06:55 0

Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan Kemasukan SBP 2014 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online. Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.
logo-SBP
Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4
Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://www.moe.gov.my/
Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1
Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4
Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
Tarikh Tutup Permohonan


Sumber: melvister.com 
06:52 0

Lirik Tanah Tumpah Darahku Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2013

Lirik tanah tumpah darahku lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014 ke 56. Lagu ini dicipta oleh  Joe Farizal & Aye manakala lirik Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan dinyanyikan oleh Ahmad Zakaria.
lagu tema hari kemerdekaan 2014
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria
Lirik Lagu Tanah Tumpah Darahku
Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira… menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku
Video Lagu Tanah Tumpah Darahku


Sumber:  melvister.com 
06:16 0

‘Upgrade’ Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.
Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.
“Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
“Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
“Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,
“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
Sumber : http://izyan.com/2013/08/upgrade-kubur-p-ramlee-rm25k-haram.html
06:15 0

Kesian…Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak Lepas Nampak Polis!

polis

KULIM – Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.
“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.
“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.
“Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.
Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.
Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.
Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.
“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.
“Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.
Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim. - SINAR HARIAN
06:11 0

Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk

pecah

BESUT – Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh pada tengah hari Ahad.
   
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.
   
“Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Kamaruddin berkata antara barangan yang hilang termasuk pelbagai jenis barangan kemas dan berlian, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba dan lapan telefon bimbit.
   
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati jeriji besi pada jendela belakang rumah berkenaan telah dipotong menggunakan pemotong besi.
   
“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah mengesan lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian,” katanya menambah polis kini giat mengesan penjenayah terlibat.  – Bernama / Gambar hiasan