Searching...
Sunday 1 September 2013
08:34 0

Pembunuh Update Facebook Remaja Perempuan Yang Dibunuhnya!

181253_492406564158490_166650071_n

LEPAS BUNUH REMAJA PEREMPUAN, SI PEMBUNUH UPDATE FACEBOOK MANGSA | “Hehe…tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.
Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.
Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih…suruh ah tangkap aku…” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah…!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.
“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.
Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis. -Harian Metro
08:32 0

DBKL Buat Kerja Baik Pulih Jalan, Bukan Roboh Kuil

dbkl

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak merobohkan kuil di Jalan P. Ramlee di sini sebaliknya mereka cuba mengalihkan beberapa patung di dalam kuil itu ke kawasan sementara bagi membolehkan kerja membaik pulih jalan di kawasan kuil itu dilakukan.
Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menafikan laporan sebuah portal yang melaporkan DBKL cuba merobohkan kuil berusia 101 tahun itu.
“DBKL cuma nak alihkan patung di kuil itu, bukan nak robohkan.
Kalau dah siap (kerja membaik pulih), patung itu akan diletak semula di tempatnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Zainuddin mengulas penahanan lapan lelaki termasuk Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan T.Mohan kira-kira 11 pagi tadi kerana dipercayai cuba menghalang kerja-kerja DBKL itu.
Kesemua mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan petang tadi.
“Kita percaya ini adalah salah faham antara kumpulan lelaki itu dan DBKL.
Mereka mungkin menyangka DBKL hendak merobohkan kuil tersebut,” jelasnya. – BERNAMA