Searching...
Monday 2 September 2013
14:38 0

Bekas Pegawai TUDM Yang Ditembak Mati Adalah Ketua Geng 36

tembak2

 Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.
“Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.
Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap.
14:35 0

Wanita Hamil Digelek Lori Sampai Terberanak Di Tempat Kejadian!

Mangsa dan kandungannya tidak dapat diselamatkan. Kepada wanita mengandung, sila jauhkan diri anda daripada lori.
mengandung-01
mengandung-02
mengandung-03
mengandung-04


mengandung-05
14:29 0

Akibat Tidur Dalam hutan, Kena Telan Dek Ular Gergasi!

Ngeri! Akibat tidur didalam hutan, kanak2 ini dimakan ular sawa yang begitu besar. Sedih bila lihat kanak2 yang mash beruniform sekolah ini mati kaku dalam perut ular sawa gergasi ini. Jom lihat beberapa gambar lagi disini
image046image047image049image051image051 (1)image052
08:39 0

Live Streaming Super Spontan 2013 Astro Warna Online

Live Streaming Super Spontan 2013 Astro Warna dan Mustika HD secara online. Siaran langsung Super Spontan pada musim baru akan bermula mulai 30 Ogos 2013 setiap hari Jumaat pada pukul 10.00 malam. Pihak Astro turut menyiarkan secara live Super Spontan 2013 menerusi laman rasmi youtube Astro Gempak. Super Spontan 2013 disertai seramai 14 selebriti dan menyaksikan 2 kumpulan berentap untuk memenangi RM 100 000.00.
super spontan
Live Streaming Super Spontan 2013 Astro Warna Online
Waktu Siaran Super Spontan 2013
Super Spontan
Saluran : Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)
Masa : 10.00 malam
Hari : Jumaat
Pengulas:  Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Senarai Peserta/ Kumpulan Super Spontan 2013
Kumpulan Ketam Konfius
super-spontan1
Kumpulan Semut Sentap
super-spontan2


Sumber:  melvister.com 
08:34 0

Semakan Keputusan Hadiah Latihan Persekutuan HLP 2014

Semakan keputusan Hadiah Latihan Persekutuan HLP sesi 2014. Pengumuman dibuat khusus kepada individu atau calon yang telah mengemukakan permohonan HLP sebelum ini. Untuk makluman anda, pihak JPA akan menetapkan tarikh semakan HLP 2014 kelak kerana mengalami kesulitan berhubung keputusan Hadiah Latihan Persekutuan. Tarikh rasmi akan diumumkan dilaman sesawang JPA dari masa ke semasa.

HLP

Kenyataan Rasmi Dari JPA
Adalah dimaklumkan Bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sedang Menghadapi Masalah Teknikal Berkaitan Keputusan Program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2014. Sehubungan Itu, Semakan Keputusan Berkenaan Akan Diumumkan Pada Satu Tarikh Yang Akan Dimaklumkan Kelak.

Semakan Keputusan Hadiah Latihan Persekutuan 2014
Untuk membuat semakan, sila layari laman sesawang http://www.jpa.gov.my/


Sumber:  melvister.com 
08:30 0

Punca Petrol RON 95 Diesel Naik Harga Lagi 3 September 2013

Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.

ron95-naik-harga

Kadar Kenaikan Harga 20 Sen
Minyak petrol RON95: RM2.10 seliter
Diesel : RM2.00 seliter

Punca Petrol RON 95 Dan Diesel Naik Harga Lagi
Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.


Sumber: melvister.com 
08:24 0

Isteri Bekas Pemimpin Arqam, Ummu Jah Akui Amalkan Ajaran Sesat

image

RAWANG – “Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.
“Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.
Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah.
Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.
Ummu Jah berkata, tindakan tersebut juga sama seperti memperkecilkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab memantau pergerakan GISB yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat, Aurad Muhammadiah.
Menurutnya, beliau berharap isu ajaran sesat diselesaikan segera tanpa mengaitkan dengan GISB.
“Kita mahu memperbetulkan akidah dahulu dan kemudian memfokuskan kepada perniagaan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan orang awam.
“Isu ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama menunjukkan ia diambil serius oleh pihak berwajib,” katanya.
Katanya, melalui perbincangan bersama Jais sebelum ini tidak wujud isu pengharaman GISB sebaliknya pertemuan hanya bersifat perbincangan isu akidah.
“GISB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kita akan membuat pembentangan aset akaun. Sekiranya ia jelas maka tidak akan wujud pembatalan pendaftaran.
“Perbincangan adalah ke arah membantu mengadakan program atau memberikan penjelasan supaya ahli-ahli GISB patuhi fatwa,” katanya.
Katanya, masyarakat perlu memberi peluang kepada ahli GISB yang dianggar seramai 4,000 orang untuk memahami fatwa dan kembali ke pangkal jalan.
Mengulas berkenaan dakwaan bekas ahli GISB apabila anak dan isterinya dikuarantin serta disembunyikan, UmmuJah berkata, beliau dalam proses memfailkan kes itu ke mahkamah.
“Semua syarikat mempunyai polisi, dan dakwaan menyembunyikan itu tidak benar sebaliknya ia bersifat melindungi ahli selain mendisiplinkan mereka,” katanya.- SINAR HARIAN
08:22 0

Seorang juruteknik maut ke tempat kerja

Ibu Mohd Razwan, Zaiton Abd Jalil, 57, tidak dapat menahan sebak ketika menunggu di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka. Gambar kecil: Mohd Razwan

Ibu Mohd Razwan, Zaiton Abd Jalil, 57, tidak dapat menahan sebak ketika menunggu di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka. Gambar kecil: Mohd Razwan

TANJUNG KLING – Seorang juruteknik tidak sempat ke tempat kerja apabila maut selepas kereta dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Tanjung Minyak-Sungai Udang, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Mangsa, Mohd Razwan Johan, 30, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tersepit di tempat duduk penumpang dan mengalami kecederaan di kepala.
Pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang merupakan adiknya, Mohd Razmi Fitri Johan, 24, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan di dada.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, kereta Kancil dinaiki dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Tanjung Kling.
“Tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki sepasang suami isteri.
“Akibat perlanggaran ini, kereta Kancil dinaiki mangsa melanggar pagar sebuah rumah berhampiran menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk penumpang,” katanya.
Menurutnya, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu kereta Kancil cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
“Pemandu dan penumpang kereta Honda Civic turut terselamat namun mengalami kecederaan ringan sementara kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Johan Baba, 58, berkata, ketika kejadian, Razwan yang merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam perjalanan ke jeti Tanjung Kling sebelum menaiki bot menuju ke Terminal Gas Asli dan Cecair (LNG) Petronas.
“Sudah kira-kira tiga tahun dia berulang-alik dari rumah kami di Repah, Tampin, Negeri Sembilan ke tempat kerja di Melaka bersama-sama adiknya, Fitri.
“Hari ini (semalam), dia dan adiknya keluar rumah kira-kira jam 6.30 pagi. Saya terkejut apabila menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 8 pagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini.
Menurutnya, Razmi yang memandu kereta sudah dua hari tidak sihat dan kemalangan berkenaan berlaku selepas anaknya itu pitam ketika memandu.
“Razmi memberitahu saya sebelum kejadian mereka ada singgah di 7-Eleven untuk membeli ubat kerana tidak sihat lalu meneruskan perjalanan. Dia kemudian pitam dan sedar-sedar sahaja sudah kemalangan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
08:16 0

Ops 6P: 2,433 Pati Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

Ops_6P

Anggota Imigresen menjalankan operasi membenteras Pati di Bandar Baru Kampar, Ipoh, Perak awal pagi Isnin.
PUTRAJAYA: Sebanyak 2,433 pendatang asing tanpa izin (Pati) berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam sejak Ops 6P Bersepadu diadakan pada Ahad.
Kesemua yang ditahan antara 8,105 orang yang disiasat oleh pihak berkuasa dalam 40 operasi di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Antara yang ditahan terdiri daripada 717 warga Indonesia, 555 warga Myanmar, Bangladesh (387) dan Nepal (229).
“Lain-lain warganegara yang turut ditangkap ialah Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata operasi yang bermula sejak Ahad, melibatkan 2,207 anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Jelasnya, operasi itu akan diteruskan sehingga hujung tahun ini. - mStar Online
08:14 0

Harga Minyak Ron 95 Naik Malam Ini

minyak

HARGA minyak RON95 naik RM0.20 tengah malam ini.
Satu pengumuman rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini, kebanyakan stesen minyak mula diserbu pemilik kenderaan.
Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.
Seorang pemilik kenderaan persendirian, Khairul Anwar Abdullah Sani berkata, sebaik sahaja pengumuman harga minyak, beliau mengambil kesempatan memenuhkan tangki kenderaannya.
Menurutnya, suasana di setiap stesen minyak ketika ini seperti pesta dan seolah-olah seperti perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan.
“Mula-mula harga minyak ini naik hanya dikatakan sebagai khabar angin, tetapi sebaik ia disahkan pihak kerajaan saya terus ke sini untuk penuhkan tangki kereta,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Lewat petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman tersebut.
Bagaimanapun kata Najib, bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, menaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan dibuat dalam Bajet2014 tidak lama lagi.
Dalam pada itu, seorang penunggang motorsikal, Ridwan Malek turut mengakui mengambil kesempatan mengisi petrol.
“Saya memang telah agak, kawasan stesen minyak mesti akan penuh sebaik perdana menteri membuat pengumuman.
“Saya pun tak lepaskan peluang kali terakhir untuk penuh tangki minyak motorsikal saya,” katanya
Sumber : Sinar Harian