Searching...
Tuesday 3 September 2013
14:38 0

Anwar: Negara pengeksport minyak patut turun harga

anwar

SHAH ALAM – Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara pengekspot sepatutnya mampu menurunkan harga minyak.
Namun, beliau mendakwa amalan boros Kerajaan BN telah menyebabkan rakyat terbeban.
“Hentikan pembaziran dan rasuah.
“Malaysia ekspot minyak!,” tulisnya laman sosial mikro Twitternya malam tadi.
Ketahui Bagaimana Jana Duit Sambilan Dari Rumah, Daftar Percuma!!
Beliau berkata sedemikian sebagai respons terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menurut Najib, langkah yang diambil adalah sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan.
Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.
Langkah itu katanya, telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC)semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Sumber : Sinar Harian
14:34 0

Cara Najib urus ekonomi lemah, bidas PKR

naik

PETALING JAYA – PKR hari ini menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga petrol bagi RON95 dan diesel naik 20 sen sebagai kegagalan Perdana Menteri mentadbir ekonomi negara dengan baik.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, jika dilihat kepada perkembangan terbaru ekonomi serantau dan kedudukan kewangan negara yang semakin lemah, timbul pelbagai keraguan negatif terhadap perdana menteri untuk mentadbir ekonomi negara.
“Kalau kita lihat kepada laporan Fitch, prospek ekonomi negara telah menjadi negatif iaitu pertama kali ia berlaku dalam sejarah negara yang melihatkan kadar kebergantungan negara yang semakin tinggi tanpa ada jalan penyelesaian.
“Mata wang ringgit telah hilang nilainya dan susut mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas serta pertumbuhan ekonomi negara yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan menaikkan harga bahan api itu sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
Namun menurut Rafizi, kerajaan perlu membuat satu pelan ekonomi yang menyeluruh bagi menangani tiga masalah utama ekonomi negara .
“Saya berharap Perdana Menteri dapat menangani masalah keberhutangan kerajaan yang tinggi sehingga menjejaskan masa depan negara.
“Menangani keborosan kerajaan berbelanja sehingga melebihi pendapatan (belanjawan defisit) selama 15 tahun berturut-turut.
“Serta meningkatkan daya saing ekonomi negara yang semakin malap,” katanya.
Oleh itu, Rafizi menyifatkan tindakan menaikkan harga minyak tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara sebaliknya memberi bebanan berganda terhadap rakyat.
“Fakta-fakta ekonomi telah membuktikan bahawa tindakan menaikkan harga minyak tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi.
“Sebaliknya akan memberi kesan kepada golongan sederhana dan miskin,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
14:28 0

Kenaikan Harga Petrol/Diesel – Kerajaan Akan Pastikan Harga Barang Tidak Naik

naik brg

Peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang, susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana peniaga yang cuba berbuat demikian dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan akta sedia ada.
Pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan di kawasan bandar, luar bandar dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasar raya dan medan selera” Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Katanya, berdasarkan kajian kos, kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter hanya membabitkan kenaikan kecil kira-kira 0.1 peratus daripada sekarang dan ia bukan kenaikan mendadak serta tidak membebankan.
“Tiada sebab untuk peniaga menaikkan harga barang atau keperluan lain. Soal menaikkan harga barang sepatutnya langsung tidak timbul,” katanya kepada BH, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam mengumumkan kenaikan itu adalah antara langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Sehubungan itu, petrol RON95 akan berharga RM2.10 seliter, manakala diesel RM2 seliter.
Hasan berkata, kementerian akan sentiasa memantau harga barang di pasaran supaya ia sentiasa terkawal dan tidak akan terkena impak berikutan kenaikan itu.
“Kementerian akan sentiasa memberikan komitmen dengan ‘turun padang’ dan memantau harga barangan bagi membendung kegiatan memanipulasi harga.
“Pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan di kawasan bandar, luar bandar dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar basah, pasar tani, pasar raya dan juga medan selera,” katanya.
Beliau berkata, pengurangan subsidi berkenaan akan menyelamatkan kira-kira RM1.1 bilion wang kerajaan yang boleh digunakan untuk tujuan lain, yang mampu menjana ekonomi negara seperti pembangunan infrastruktur berkaitan pendidikan, termasuk bangunan sekolah.
“Justeru, apa yang diharapkan adalah semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dengan tidak menaikkan harga barang atau perkhidmatan lain sewenang-wenangnya,” katanya.
sumber:Mummynemo.com
14:25 0

Pelajar Tingkatan 1, SMK Tok Sira Parah Terjun Bangunan Sekolah

TERJUN BANGUNAN

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.
Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.
“Pelajar terbabit dalam keadaan stabil…polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. – Bernama
02:29 1

Isu Pengibaran Bendera Sang Saka Malaya, Sasterawan Negara Diminta Menyerah Diri

samad

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa meminta Sasterawan Negara, A Samad Said untuk menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.
Aktivis politik Hishamuddin Rais dan Adam Adli ditahan pada Isnin kerana terlibat sama dalam program itu.
Mereka dibebaskan pada pukul 3 pagi Selasa.
sumber:Mummynemo.com
02:27 0

Penjelasan PM Kenapa Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan.

naik

Harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan
Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.

Langkah itu yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Pada mesyuarat itu, FPC juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.
Pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin berkurangan.
sumber:Mummynemo.com