Searching...
Thursday 5 September 2013
15:02 1

Calon Calon Akademi Fantasia 2013 Dari Sabah [Gambar]

 Rasmawatie mula menyanyi sejak berusia 10 tahun berasal dari Kota Kinabalu Sabah.
Rasmawatie mula menyanyi sejak berusia 10 tahun berasal dari Kota Kinabalu Sabah.

Mohd Faizul Sani calon #AF2013 dari Sabah. Sangat meminati aktiviti rekreasi luar.
Mohd Faizul Sani calon #AF2013 dari Sabah. Sangat meminati aktiviti rekreasi luar.

Abdul Shuada Unding. Calon #AF2013 berasal dari Putatan Sabah
Abdul Shuada Unding. Calon #AF2013 berasal dari Putatan Sabah



 Ini kali lah pintu impian terbuka. Itulah dia Khoo Wei Yong salah seorang calon #AF2013.
Ini kali lah pintu impian terbuka. Itulah dia Khoo Wei Yong salah seorang calon #AF2013.


Nurul Atikah sangat berbakat. Calon #AF2013 dari Sabah.
Nurul Atikah sangat berbakat. Calon #AF2013 dari Sabah.




Lynn Christine calon dari Sabah. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.. #AF2013
Lynn Christine calon dari Sabah. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.. #AF2013

Nanti Kita akan update lagi tentang nasib mereka ini , siapakah antara mereka yang berjaya menjadi pelajar Akademi Fantasia 2013
14:40 0

Dua Beradik Geng 04 Diberkas Disyaki Edar Dadah



IPOH: Dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap dan pengedaran dadah sekitar Taiping diberkas di sebuah rumah di Asam Kumbang di sini Isnin lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kedua-duanya yang berusia 19 dan 22 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada pukul 1.50 petang.
"Suspek yang berusia 19 tahun ditahan ketika menaiki kereta di hadapan rumah penginapan mereka dan polis menjumpai bahan yang dipercayai dadah di dalam beg yang disandangnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Rabu.
Beliau berkata penahanan suspek disusuli tangkapan abangnya di dalam rumah itu.
"Hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek merupakan anggota biasa Geng 04 yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap khususnya dalam pengedaran dadah di sekitar Taiping," katanya. Polis menemui 110 paket heroin seberat 2.4 kilogram, dua paket syabu seberat 380 gram dan 10 biji pil eramin 5 seberat 25 gram yang bernilai RM150,000 daripada mereka, katanya.
Acryl Sani berkata polis turut merampas sebuah Proton Gen 2, sebuah motosikal Yamaha, sebuah komputer riba, wang tunai berjumlah RM2,405 dan seutas rantai leher bernilai RM1,300 dengan nilai keseluruhannya RM27,205.
Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.
Kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - BERNAMA
14:35 0

Seorang Ditembak Mati, Seorang Cedera Dalam Ops Cantas



KOTA KINABALU: Pegawai polis menembak mati seorang lelaki dan seorang lagi cedera dalam Ops Cantas di sini.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki ditembak ketika cuba melarikan diri apabila diminta untuk menghentikan kereta untuk siasatan polis di sebuah kampung di Kinabatangan kira-kira 350km dari Kota Kinabalu, petang Selasa.
Lelaki terbabit yang dipercayai pengedar dadah untuk kawasan itu dikatakan telah cuba merempuh ke arah pegawai polis.
Polis dipercayai telah melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan kejadian itu tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana mereka masih menyiasat kes itu.
sumber:Mstar online

14:32 0

Polis Tahan Tiga Remaja Termasuk Seorang Geng Kongsi Gelap



NIBONG TEBAL: Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengusaha restoran cedera parah selepas ditembak ketika memberhentikan keretanya di kawasan perniagaan Taman Merak di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga remaja belasan tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Bukit Mertajam semalam dan awal pagi Khamis.
"Berdasarkan siasatan, polis berjaya mengesan seorang daripada tiga remaja berkenaan dan menyerbu rumahnya malam tadi.
"Susulan penahanan itu, polis menahan dua lagi remaja di rumah masing-masing di Bukit Mertajam awal pagi ini. Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siaSatan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
Mazlan berkata seorang daripada remaja yang ditahan itu merupakan anggota geng kongsi gelap dan usaha mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kejadian itu masih dijalankan.
Dalam kejadian pukul 3.13 petang itu, mangsa, 43, baru memberhentikan keretanya di situ apabila didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda dan seorang daripadanya melepaskan empat das tembakan ke arahnya. - BERNAMA