Searching...
Tuesday 10 September 2013
02:24 0

Awas!Penyaman Udara Berbahaya

udara

Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.
Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.
“Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi,” katanya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.
Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.
Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
“Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan,” katanya.
Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.
Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

sumber:Mummynemo.com
02:22 0

Guru SK Bandar Baru Bangi Maut Dalam Kemalangan

KEMALANGAN
Sebaik tiba di lokasi kejadian sebak hati saya melihat Rohaya tersepit kerana kepala lori itu menghempap kereta dipandunya manakala mayat tiga anaknya sudah dikeluarkan dan terbaring di atas jalan raya.”
Demikian kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohana Hussin, 59, yang juga majikan kepada Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 8 Jalan Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, ketika Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Bangi untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang.
Tiga anak Rohaya yang maut di tempat kejadian ialah Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, setahun, manakala Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dirawat di Hospital Kajang (HK).
Rohaya yang juga seorang guru dipercayai mengajar pada sesi petang manakala suaminya mengajar sesi pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Mereka sekeluarga menetap di Taman Impian Putra, Kajang.
sumber:Mummynemo.com

02:20 0

3 Cara Mengajar Suami/Teman Lelaki Yang Curang

curangGeram dengan suami/teman lelaki yang naik ulat bulu dan perasan jadi buaya darat idaman Malaya? Tidak perlu memendam perasaan, malah ada sahaja cara untuk mengajar lelaki sebegini.
Mari kita lihat cara-cara ‘mendidik’ teman lelaki/suami dengan baik.
**Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan semata-mata. Sebarang pergaduhan atau kecederaan yang berlaku bukan tanggungjawab penulis.
Habiskan duit si dia
Anda tangkap si dia bermain mata dengan perempuan lain? Jangan marah,buang tenaga sahaja marah-marah ini. Pergi sahaja ke butik dan beli tas tangan berjenama idaman dengan menggunakan kad kredit si dia. Barulah si dia tahu siapa sebenarnya bos di rumah. Anda juga dapat tas tangan Birkin baru!
Pandu kereta si dia
Kereta bagaikan nyawa seorang lelaki. Mahu mengajar si dia, mudah sahaja ambil kunci kereta si dia dan gunakan kereta tersebut seolah anda pelumba Formula 1 di litar Sepang. Lagi seronok kalau kereta tersebut dicalarkan.
Ubah gaya dan bercinta dengan teman baik si dia
Cara terbaik balas dendam  terhadap kecurangan teman lelaki atau suami adalah dengan mengubah penampilan. Ambil perhatian, bukan ubah penampilan sampai jadi macam Miley Cyrus, tetapi tukar gaya rambut dan pakaian jadi lebih mengancam. Nak bagi si dia parah lagi? Bermain cinta dengan teman baik si dia. Pasti si dia faham bagaimana sakitnya hati anda ketika tangkap si dia bersama perempuan lain.
sumber:mummynemo.com
02:19 0

Suami Isteri Mati Dalam Bilik Air Terkena Renjatan Elektrik

mati dMayat pasangan suami isteri warga Jepun ditemui di dalam bilik mandi di sebuah pangsapuri di Mont Kiara di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat pasangan berusia 38 tahun ditemui pengemas bilik kira-kira pukul 10 pagi di tingkat 13 pangsapuri tersebut.
“Kami percaya suami mangsa terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi.
“Isterinya terdengar bunyi bising di dalam bilik mandi itu lalu datang untuk membantu tetapi turut terkena renjatan elektrik,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berbogel manakala isterinya lengkap berpakaian.
sumber:mummynemo.com
02:17 0

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2013

jpaAdalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2013 akan dibuka mulai 9 September 2013 (Isnin) jam 12:30 tengahari dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 September 2013 (Isnin).
Permohonan akan dibuka secara dalam talian (online) sahaja iaitu melalui laman sesawang http://pidn.jpa.gov.my. Syarat permohonan boleh didapati di http://pidn.jpa.gov.my. mulai tarikh permohonan dibuka.


sumber:Mummynemo.com

02:15 0

QS World University Rankings 2013/2014, Universiti Malaya Terbaik

umUniversiti Malaya (UM) masih berada dalam kedudukan ‘QS World University Rankings 2013/14′ walaupun jatuh 11 anak tangga disebabkan persaingan yang lebih sengit.
UM, universiti utama di negara ini menewaskan lebih 2,000 universiti lain di seluruh dunia.
UM merupakan universiti yang berada di ranking tertinggi di negara ini berada di tempat ke-167 dalam 200 universiti secara keseluruhan, walaupun jatuh 11 tangga berbanding 2012.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara kesemuanya telah jatuh dalam dari segi ranking tahun ini.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat tiga anak tangga, dari tempat 358 pada tahun 2012 kepada 355 pada tahun ini.
Ketua Penyelidikan Unit QS Intelligence, Ben Sowter berkata penurunan prestasi bagi institusi Malaysia tahun ini mencerminkan kehebatan persaingan pendidikan global.
Tetapi perbandingan lima tahun menunjukkan mereka telah melakukan beberapa kemajuan yang ketara, katanya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
“Institusi di Malaysia telah membangunkan profil kukuh di kalangan ahli akademik dan majikan siswazah dunia,” katanya.
“Ini bermakna mereka melakukan sesuatu yang agak baik dalam kajian reputasi akademik dan majikan, yang menunjukkan bahawa mereka telah membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan untuk kualiti graduan yang mereka hasilkan,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Morshidi Sirat berkata perlu ada usaha berterusan oleh universiti di Malaysia untuk meningkatkan kedudukan mereka.
Naib Canselor UM Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata penurunan kedudukan UM mencerminkan persaingan global yang semakin meningkat di kalangan universiti yang bersaing untuk mendapat kedudukan antara universiti terkemuka dunia.
“Kedudukan UM boleh bertambah baik jika kajian skor akademik tidak menurun sebanyak 3.8 peratus berbanding 2012 kerana perubahan dalam cara QS menilai skor ‘Peer Review’.”
Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang merupakan Naib Canselor UTM sehingga Jun tahun ini berkata universiti itu memberi penekanan kepada pengukuhan hasil penyelidikan dan bekerjasama rapat dengan institusi terkemuka seperti Universiti Harvard, Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Oxford.
sumber:mummynemo.com
02:12 0

'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia' Bhg 6



Bicara Minda anjuran Sinar Harian kali ini menampilkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengupas isu pendidikan nasional negara. Bahagian 1 hingga 7


sumber:sinarharian
02:10 0

'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia' Bhg 5



Bicara Minda anjuran Sinar Harian kali ini menampilkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengupas isu pendidikan nasional negara. Bahagian 1 hingga 7


sumber:sinarharian
02:09 0

'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia' Bhg 4


Bicara Minda anjuran Sinar Harian kali ini menampilkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengupas isu pendidikan nasional negara. Bahagian 1 hingga 7


sumber;sinarharian
02:08 0

USM kampus pertama bebas tembakau di Malaysia

  • USM
 1 / 1 
GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama melaksanakan polisi bebas tembakau secara komprehensif di negara ini menerusi Projek USM Bebas Tembakau (USMBT).
  
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Prof Dr Adnan Hussein berkata, projek dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Mysihat) itu bertujuan mewujudkan kampus USM 100 peratus bebas asap rokok dan bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penjualan produk tembakau.
  
Beliau berkata, projek USMBT menggunakan pendekatan menyeluruh termasuk penggubalan Polisi USMBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 12 September tahun lepas.
  
"Yang paling penting adalah meningkatkan pengetahuan dan mendidik komuniti USM tentang kepentingan kawasan bebas tembakau kepada kesejahteraan warga kampus, seterusnya menggerakkan mereka untuk bukan sekadar menyokong tetapi terlibat sama dalam merealisasikan usaha murni ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek USMBT oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, di sini hari ini.
  
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Datuk Dr See Ching Mey; Pengerusi MySihat Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Pengarah Pusat Racun Negara Prof Madya Dr Razak Lajis.
 
Adnan berkata, sebanyak 1,500 pelajar dari ketiga-tiga kampus USM menjadi sukarelawan yang berperanan mempromosi dan menyampai maklumat berhubung projek berkenaan kepada pelajar, staf serta masyarakat. 
  
"Berbekalkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba daripada projek ini adalah diharapkan mereka berupaya memainkan peranan yang berkesan sebagai duta USM-MySihat dalam memimpin aktiviti kesukarelawanan berkaitan promosi kesihatan kepada masyarakat awam," katanya.
  
Pada sidang akhbar kemudian, Adnan berkata, setakat ini pelajar atau warga kerja yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan hanya akan dikenakan berbentuk pendidikan.  
  
"Sekarang ini kita serahkan kepada unit perundangan sebab kita tak boleh menguatkuasakan dalam erti kata menangkap dan sebagainya. Tetapi, staf atau pelajar akan diberi surat tunjuk sebab oleh bahagian perundangan...bagi menunjukkan kami serius, hanya itu yang kita boleh buat setakat ini," katanya.
  
Terdahulu, Dr Hilmi berkata, 23.1 peratus atau 4.7 juta penduduk yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok semasa berdasarkan tinjauan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia pada 2011.  
  
Beliau berkata, golongan yang berumur antara 25 dan 44 tahun ialah kelompok peratusan tertinggi perokok iaitu 29 peratus untuk semua jenis produk tembakau.
  
"Ini menunjukkan bahawa penggunaan tembakau dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan," katanya. - Bernama
02:07 0

Kewangan negara antara paling kukuh di dunia

KUALA LUMPUR - Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka, Dr Marc Faber.

"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy -- Where's the Money?" di sini, hari ini.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

"Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama," katanya. - Bernama
02:05 0

Syarat jadi guru terpaksa diketatkan, kata menteri

  • BICARA MINDA: IDRIS JUSOH
 1 / 1 
SHAH ALAM - Demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, kerajaan perlu mengambil langkah tegas  dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. 
 
"Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A.
 
"Guru akan jadi kerjaya hebat pada masa akan datang," kata menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh pada program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
 
Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru. 

Beliau berkata demikian mengulas lanjut langkah kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2015 sekali gus membidas kritikan pedas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tambah Idris lagi, syarat pengambilan guru itu terpaksa diperketatkan bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025.

“Setiap tahun setiap menteri akan membentangkan laporan tahunan dan prestasi kementerian masing-masing termasuk Kementerian Pendidikan agar pelan pendidikan agar berjalan dengan baik dan boleh dilihat oleh rakyat pada akhir tahun.

“Pada 2015, kementerian akan membuat kajian semula pelan pendidikan yang telah berjalan sebelum membolehkan kita menjadikan sekolah kita satu pertiga terbaik di dunia,” jelasnya.

Selain mengenakan syarat yang ketat, pengenalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di peringkat sekolah juga akan membantu kerajaan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat itu yang tidak lagi bergantung kepada mata pelajaran sebaliknya keupayaan pelajar untuk berfikir dapat diterapkan.

sumber:sinarharian