Searching...
Sunday 15 September 2013
03:16 0

Polis Tembak Mati Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri

tembak2Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal hilang pertimbangan apabila menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.
Dalam kejadian pertama, anggota dari Pondok Polis Felda Chempelak dekat Labis, Segamat itu menembak isterinya, Norakmal Abd. Kadir, 26, yang bekerja sebagai kerani di rumah mereka di Labis menyebabkan wanita itu cedera parah dan mati.
Selepas itu, kira-kira pukul 7 malam, suspek pergi pula ke rumah bapa mertuanya, Abd. Kadir Md. Arif, 65, di Batu 17, Tangkak dan melepaskan tembakan ke arah warga emas itu sebelum menembak dirinya sendiri.
Abd. Kadir yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun gagal diselamatkan apabila disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di sana.
Suspek yang berusia 29 tahun pula maut di tempat kejadian.
Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa, dia terdengar bunyi mercun sebanyak dua kali pada pukul 7.15 malam berhampiran rumah mangsa.
“Saya tidak syak apa-apa yang buruk berlaku sehingga anak mangsa (Abd. Kadir) datang beritahu ayahnya cedera ditembak oleh abang iparnya.
“Sebaik sampai di rumah itu, saya lihat Abd. Kadir terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu. Ketika itu dia masih bernyawa namun keadaannya parah,” katanya di sini semalam.
Sebelum kejadian, saksi itu memberitahu, dia ternampak anggota polis itu tiba di rumah bapa mertuanya bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira.
Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada masalah keluarga selain suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental.
sumber:Mummynemo.com

03:14 0

Polis Tembak Mati Isteri Dan Bapa Mertua Tiada Rekod Sakit Mental


matiAnggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri pada Sabtu tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris berkata, Lans Korporal Fadzli Omar, 29, menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergo ke rumah mertua di Jalan Ja’amat di sini.
“Dia menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri.
“Insiden itu berlaku dalam masa beberapa minit antara pukul 7 dan 7.15 malam pada Sabtu,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Beliau menambah, anak kecil kepada suspek berada di luar rumah ketika kejadian berlaku.
Suspek mati di tempat kejadian manakala Ab Kadir, yang mengalami kecederaan teruk, disahkan mati di Hospital Tangkak.
sumber:Mummynemo.com
03:12 0

3 Kanak Kanak Lemas Terperangkap Dalam peti Sejuk Ketika Bermain

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Tiga kanak-kanak Afrika Selatan ditemui mati oleh datuknya selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk lama ketika bermain berhampiran rumahnya, semalam.
Menurut jurucakap polis, Kealeboga Molale kesemua mayat mereka di temui di Atamelang, sebuah bandar di wilayah North West. Dua daripada mereka berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia tiga tahun.
“Mereka pergi bermain di dalam peti sejuk dan terkunci dari arah dalam menyebabkan mereka lemas,” kata Molale. – AFP