Searching...
Tuesday 8 October 2013
07:17 0

Gambar Pasar Raya C-Mart Jitra Kedah Runtuh 8 Oktober 2013

Gambar pasar raya C-Mart di Jitra Kedah runtuh atau roboh pada 8 Oktober 2013. Insiden itu berlaku pada pukul 8.40 pagi dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan pasar raya itu hanya memulakan operasi pada pukul 10 pagi. Menurut saksi, bahagian yang runtuh adalah struktur bahagian dinding di tempat kedai pakaian dan kasut berjenama. Untuk info, pasar raya itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan lalu di Bandar Darul Aman, Jitra.
cmart
Video Rakaman C-Mart Runtuh 8 Oktober 2013
Gambar Pasar Raya C-Mart Di Jitra Kedah Runtuh 8 Oktober 2013
cmart3
cmart cmart2  cmart4
cmart5
cmart 6 cmart7
cmart7


Sumber: melvister.com 
07:12 0

Hiew Chen Guang Pemandu Teksi Dipukul Meninggal Dunia

Hiew Chen Guang pemandu teksi yang koma dipukul kini meninggal dunia. Mangsa menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada pukul 2.55 petang 7 Oktober 2013 akibat pendarahan dalaman dibahagian otak. Mangsa yang berusia 66 tahun koma selama seminggu akibat dipukul pada 30 September lalu. Insiden bermula apabila mangsa dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya di jalan Kelang Lama pada pukul 7 pagi 30 september 2013. Mangsa kemudiannya diserang oleh seorang penunggang motosikal yang lain sehingga dibelasah teruk.
Hiew-Chen-Guang


Sumber:  melvister.com 
03:01 0

Gempar Bila Mayat Bangun Semula Selepas 5 Jam Mati

Satu keluarga di sini, gempar apabila mayat seorang keluarga mereka bergerak, manakala matanya terbuka, lima jam selepas disahkan mati.
Kejadian berlaku di Kampung Cina Kuala Gula, di sini, ketika keluarga mahu memasukkan mayat Tan Chai Gaik, 69, ke dalam keranda, jam 1.30 petang kelmarin.
Adik mendiang, Chai Soon, 55, berkata mereka terkejut kerana pembantu perubatan yang datang merawat Chai Gaik mengesahkan kakaknya meninggal dunia kerana sakit tua, kira-kira jam 8.30 pagi.
“Selepas diletakkan ke dalam keranda di rumahnya kira-kira lima jam kemudian, semua ahli keluarga termasuk anak mendiang melakukan upacara sembahyang dan meratapi pemergiannya.

“Ketika nama Chai Gaik disebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mata mendiang terbuka dan menggerakkan sedikit badannya.
“Kejadian itu menggemparkan semua yang ada di situ, malah ada anak mendiang menjerit kegembiraan kerana menyangka mendiang hidup kembali,” katanya di rumah mendiang di sini, semalam.
Chai Soon berkata, mereka menghubungi pembantu perubatan yang merawat mendiang dan memintanya membuat pemeriksaan semula.
Tekanan darah stabil
Katanya, pembantu perubatan itu juga terkejut apabila mendapati tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil, walaupun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.
“Pembantu perubatan itu segera mengarahkan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping bagi membolehkan pengesahan semula dibuat terhadap keadaan sebenar mendiang.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang mati sejak disahkan kali pertama,” katanya.
Sementara itu, sumber Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan mendiang hidup semula selepas beberapa jam selepes disahkan mati.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan pergerakan pada mayat disebabkan tindak balas anggota fizikal terhadap kesan perubatan atau pemakanan yang diambil sebelum warga tua itu meninggal.
“Pemeriksaan kedua mendapati tiada sebarang aktiviti pernafasan dan denyutan nadi dicatatkan, ditambah keadaan tangan mangsa yang mengeras, menyebabkan ujian gula dalam darah tidak dapat dijalankan,” katanya.
sumber:Mummynemo.com
02:57 0

Luluh Hati Suami Lihat Isteri Berkemban Bersama Duda Dalam Bilik Hotel Di Sinsuran


dudaLuluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
sumber: Mummynemo.com