Searching...
Thursday 10 October 2013
08:02 0

Bajet 2014: Cuepacs Minta Bonus, Kenaikan Elaun

bajet
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.
Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.
Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
“Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. – BERNAMA


07:43 0

Pengasuh Cuai, Tangan Bayi Melecur

baby1
TAK sudah-sudah kes kecederaan bayi akibat kelalaian pengasuh di pusat penjagaan bayi.
Kali ini berlaku di Boon Lay, Singapura apabila seorang bayi berusia sembilan bulan melecur tangan kirinya selepas terkena air panas.
Memetik laporan Stomp Straits Times, gambar kecederaan bayi itu dimuatnaik oleh ibunya di laman Facebook.
Sebelum itu, pengasuh tersebut memaklumkan kepada ibu-bapa bayi tersebut bahawa mereka tertumpahkan kopi secara tidak sengaja ke atasnya.
Bagaimanapun, setibanya di sana, mereka mendapati tidak terdapat kesan kopi langsung pada bayi mereka dan segera membawanya ke hospital.
Doktor yang merawat memaklumkan bahawa bayi itu mengalami kelecuran darjah kedua.
Khabarnya, ibu bayi tersebut menangis apabila melihat doktor terpaksa mengupas kulit yang terbakar sebelum memulakan rawatan.
Iyalah, hati ibu mana yang tak sedih melihat penderitaan dan kesakitan anaknya.
Aduhai, patutlah ramai yang bimbang hendak menghantar anak-anak di bawah jagaan orang lain. Beginilah selalu hasilnya.
bayi2


06:52 0

Senarai Nama Yang Terlibat Dalam Tragedi Pesawat Maswings Di Kudat

Sebuah pesawat ringan milik MASwings terhempas di Kampung Sin San di sini petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika pesawat tersebut membawa seramai 16 orang penumpang.
Senarai Yg Terlibat:
Meninggal Dunia (HOSPITAL KUDAT)
1) TAN AH CHAI

RED.(KRITIKAL)
1) MARC JOSEPH-Co-pilot (kritikal)
2) SUE ISABELLA ABAI-26 THN
YELLOW.(SEDERHANA)
1) MOHD ABD AMIR-58THN-Kapten Pilot
GREEN.(STABIL)
1) FAUZIAH PELIMIN-32THN
2) MOHD RAIYAN FATMI-4THN
3) NUR FILZAH RAUDAH-1THN
4) MERANG BT MAHARANI-54THN
5) NOORHAZWIN SHAROM-29THN
6) CHANG GEE KEONG-29THN
7) ELRANITA BT JOHN-25THN
JUNAINI BLADI-52THN
9) ERWAN SHAH BIN EININ-28THN
10) LEE CHEE KIAN-39THN
11) TAN KAN CIAN

sumber:Mummynemo.com
03:11 0

Nahas pesawat di Kudat: Dua parah

Foto
KUDAT: Sekurang-kurangnya dua penumpang parah apabila sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, jam 3.30 petang tadi.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat.Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. 


Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

sumber: Berita Harian.com
02:51 0

Dendam Dengan Suami, Isteri Diculik Dan Dirogol

rog

Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.
Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.
Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.
“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam. Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.
Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.
“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu. “Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.
“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.
sumber:Mummynemo.com