Searching...
Tuesday 15 October 2013
00:34 0

Live Streaming Malaysia Vs Bahrain 15 Oktober 2013 Online

Live streaming Malaysia vs Bahrain pada 15 Oktober 2013 secara online. Siaran langsung perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia menentang Bahrain akan turut disiarkan menerusi Astro Arena 801 pada pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam. Berikut adalah pautan untuk menonton secara live streaming online.
malaysia vs bahrian 15 oktober 2013
Live Streaming Malaysia Vs Bahrain 15 Oktober 2013
  • http://soccerstream.bazookapenaka.com
  • http://www.ubolanetworktv.com
Jadual Siaran Langsung Malaysia Vs Bahrain
Tarikh: 15 Oktober 2013
Masa: 8.45 malam
Lokasi: Stadium Shah Alam
Siaran langsung: Astro Arena 801


Sumber: melvister.com 
00:08 0

Suaminya Bernikah Dengan Jin?

nikah jin“Selama lebih 30 tahun bergelar isteri, saya banyak bersabar dengan kerenah suami yang langsung tidak mempedulikan rumah tangga dan kerap menghilangkan diri ke negara jiran.
“Kami seolah-olah terputus hubungan. Dia langsung tidak menelefon apatah lagi pulang menyambut Aidilfitri bersama sejak lima tahun lalu. Tiba-tiba dia pulang dan membuat pengakuan sudah beristerikan jin ketika menuntut ilmu di negara berkenaan,” kata Norehan, 58.
Warga emas itu tampil membuat pendedahan selepas tidak tahan hidup bersama suami yang mengamalkan sihir selain meninggalkannya bersama dua anak menguruskan kehidupan sendiri di tanah air.
Katanya, dia terkejut besar apabila mengetahui suaminya benar-benar menuntut ilmu songsang termasuk mengaku bernikah secara batin dengan jin di luar negara.
“Sejak dia pulang saya sedar perubahannya. Dia kerap berbuat baik dan sering meminta layanan lebih di bilik tidur tidak kira siang mahupun malam.

“Begitupun saya mula mengesyaki perkara menakutkan apabila dilayan kasar setiap kali hubungan seks hingga terpaksa menyerah dalam keadaan menekup muka kerana tidak tahan melihat mukanya,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Kebangsaan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Nurul Aini Yausoff di sini, minggu lalu.
Berikutan tidak tahan diperlakukan begitu, Norehan nekad meminta penjelasan sebelum rahsia suaminya terbongkar satu demi satu.
“Saya bukan saja dipukul, malah suami sanggup mengherdik saya di depan anak-anak hanya kerana perkara kecil termasuk ketika saya menyuruhnya bersolat dan puasa.
“Sedangkan sebelum ke negara jiran, dia boleh dibawa berbincang, bertolak ansur serta rapat dengan anak-anak,” katanya.
Norehan berkata, akibat terlalu taasub dengan ilmu songsang dituntut, suaminya bertukar menjadi aneh.
“Sejak menuntut ilmu pelik, dia selalu bercakap seorang diri dan merayu untuk bersama setiap hari. Paling menakutkan ada ketikanya dia merenung saya dengan mata kemerahan serta mengikut gerak geri saya tanpa jemu.
“Saya menjadi tambah bingung selepas kerap terjumpa barangan pelik seperti kain kuning dan botol dalam beg sandang suami. Anak-anak pula tunduk pada setiap kemahuannya,” katanya.
Selain itu, Norehan berkata, suaminya juga tidak betah di rumah dan hanya mampu bertahan kira-kira tiga jam sehari sebelum menghilang ke kedai kopi dan berbual panjang hingga ke awal pagi.
“Saya hanya bimbangkan dia. Kami bukannya muda lagi dan saya tidak mahu dia berterusan begitu selepas kami berpisah nanti,” katanya yang memohon khidmat nasihat untuk menuntut fasakh.
Sementara itu, Nurul Aini berkata, semakan pihaknya mendapati, Norehan sudah beberapa kali hadir di mahkamah, tetapi kes berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana dia tidak diwakili peguam.
sumber:Mummynemo.com
00:02 0

Disangkakan Suaminya, Pengantin Tersilap Lakukan Seks Dengan Pengapit


seksSeorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah
Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi