Searching...
Thursday 17 October 2013
08:18 0

(Gambar) Kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir

(Gambar) Kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir l Memang begitu cantik kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir ni. Bersih dan tersergam indah. Datuk Mukhriz juga memiliki official website tersendiri yang beralamat di www.mukhriz.com. Menurut Alexa, official website Mukhriz ini tidaklah sebegitu popular berbanding blog ayahanda’nya, Tun Mahathir. Web Mukhriz hanya berada di ranking 2,037,183 berbanding blog Che Det yang berada di ranking 32,132 ketika artikel ini ditulis.
Berita-harian.net pula berada di ranking 73,018 ketika ini dan kami mensasarkan ranking yang lebih baik dalam masa 1 tahun akan datang. Semuanya terpulang kepada anda untuk menyokong kewujudan website tempatan yang giat berkembang ini. Teruskan dengan gambar-gambar kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir (6 gambar).





Rumah Rakyat miskin yang masih diabaikan…
Rasa-rasanya dekat kawasan YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir.pun masih banyak rumah-rumah rakyat yang Daif…
Kredit foto : Ohartis.com


08:09 0

Bangkai Ikan 18 Kaki Ditemui Di California

ikan
Bangkai ikan gergasi, dipercayai hidupan laut yang sering diceritakan dari mulut ke mulut sejak sekian lama dalam kalangan penduduk setempat ditemui di Pulau Catalina, Selatan California.
Bangkai ikan besar yang ditemui oleh Jasmine Santana, pelatih marin yang sedang menyelam di pulau berkenaan itu memerlukan tenaga 15 orang untuk mengangkutnya ke darat.
Memiliki panjang lebih 18 kaki, tidak hairanlah haiwan ini sering dirujuk sebagai ular besar apabila diceritakan mereka yang pernah melihat kelibatnya di laut.
Dipercayai ia adalah ‘oarfish’ yang boleh membesar hingga 50 kaki.
Spesies ini bagaimanapun jarang dilihat kerana ia hidup pada kedalaman 3,000 kaki di dasar laut. Ia dipercayai mati kerana sebab semulajadi.
Bangkai berkenaan dirancang untuk diawet dan dijadikan tarikan terbaru pelancong ke pulau tersebut.

Sumber: METRO


08:06 0

Tidak wajar kata Muslim kafir kerana soal penggunaan kalimah Allah, kata Asri

asri
Bekas mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menolak pandangan mengatakan seseorang Muslim tersebut kafir kerana mempersoalkan pengharaman penggunaan kalimah Allah ke atas penganut agama lain.
Kenyataan Asri tersebut membidas bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut, yang juga penasihat Majlis Agama Islam, kerana memberi amaran kepada penganut Muslim yang mempersoalkan pengharaman kalimah Allah ke atas yang bukan Muslim.
“Walaupun kamu penyokong kuat kerajaan dan bersetuju dengan apa yang mereka lakukan, kamu tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan kamu,” kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Asri kemudian menjelaskan isu kalimah Allah hanya menjadi pertikaian di Semenanjung Malaysia, sebaliknya kalimah suci tersebut tidak menjadi isu di negara-negara lain yang juga mengamalkan ajaran Islam.
“Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi,” katanya lagi.
“Jadi, adakah beliau (Noh) berkata semua cerdik pandai Muslim dan ulama seluruh dunia kecuali di Semenanjung Malaysia adalah kafir?”
Asri menganggap kenyataan sedemikian oleh Noh akan memberikan kesan yang besar kerana isu kalimah Allah tidak wujud di negara Islam lain.
“Beliau menuduh umat Islam seluruh negara sebagai murtad kerana membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, ini sangat besar,” dakwa Asri.
Noh dipetik berkata dalam Utusan Malaysia menyelar sesiapa yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai menderhaka dan keji.
“Jika Muslim mempersoalkan dengan menyedarinya, mereka boleh dianggap sebagai kafir atau menjadi murtad,” kata Noh yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Selain itu, Asri juga menerangkan selagi kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada “paling agung”, ia tidak bukan satu masalah kepada pihak bukan Islam untuk menggunakannya.
“Jadi, ia sebenarnya bukan satu isu. Muslim percaya kepada satu tuhan. Maka bagaimana kita boleh mengatakan Tuhan kamu berbeza daripada saya,” tambah beliau.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan semalam sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campurtangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.
Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.
Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.
Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.
Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – Read more http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-wajar-kata-muslim-kafir-kerana-soal-penggunaan-kalimah-allah-kata-asr


07:51 0

Mati digilis kenderaan ketika tidur atas jalan

Warga-Emas-Ditemui-Mati-Di-Lantai-Dapur
MELAKA – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai digilis dengan sebuah kenderaan
ketika tidur di atas jalan di Ladang Bertam, Krubong di sini hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P.R Gunarajan berkata, mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui di atas jalan di dalam ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 400 meter dari jalan utama.
Menurutnya, penemuan mayat itu dilaporkan oleh seorang remaja berusia 17 tahun yang mendapat maklumat mengenai perkara itu daripada rakannya. – KOSMO!
07:49 0

Keluarga Pullan Penghidap Albino Terbesar Dunia

albino
KELUARGA Pullan dari Delhi, India diktiraf sebagai keluarga Albino terbesar di dunia apabila kesemua lapan ahli keluarga itu menderita penyakit itu.
Rosetauri Pullan, isterinya, Mani serta tiga anak perempuan dan tiga anak lelaki masing-masing mempunyai kulit cerah, rambut putih serta warna anak mata yang pudar.
Keadaan ini sekaligus menyerlahkan perbezaan mereka dengan penduduk India yang lain.
Salah seorang anak lelaki Pullan, Shankar terpaksa menghadiri sekolah untuk orang buta kerana penglihatannya kurang jelas akibat kekurangan pigmen pada mata.
“Kami tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, tapi kami cuba hidup sebaik yang mungkin,” jelas keluarga ini.
Setakat ini, hanya terdapat 17,000 orang di dunia yang menderita penyakit Albino ini.
Di negara miskin, kehidupan pesakit Albino sememangnya cukup mencabar kerana mereka terpaksa berdepan dengan diskriminasi di kalangan penduduk setempat.

07:39 0

Jangan sampai berpecah dalam isu kalimah ALLAH

noh
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald demi menjaga  keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi [Gambar]
    
Beliau menjelaskan selaku pihak yang terlibat dalam proses rayuan itu, kementerian tidak melihat kepada aspek undang-undang semata-mata sebaliknya memberi penekanan kepada sensitiviti umat Islam di Malaysia.
    
Sehubungan itu, katanya semua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.  
    
“Kita harus menghormati antara satu sama lain dalam soal pegangan agama,” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.   
    
Ahmad Zahid juga berharap keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak mewujudkan perpecahan antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam.
    
“Jika ada ketidakpuasan hati di pihak berkenaan untuk bawa ke Mahkamah Persekutuan, itu adalah hak mereka. Bagi saya itu adalah proses undang-undang tetapi daripada segi keselamatan, kita tak mahu ada perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam,” katanya.
   
Isnin lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam versi bahasa Malaysia penerbitan itu.  – Bernama

07:35 0

Baru Nak Kahwin Lepas 80 Tahun Bersama

khawin
BARANGKALI, inilah pasangan paling lama bersekedudukan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin!
Di Paraguay, sepasang kekasih akhirnya mengikat tali pernikahan secara rasmi setelah bersama selama 80 tahun.
Jose Manuel Riella, 103, dan Martina Lopez, 99, bertemu, bercinta lalu hidup bersama pada 1933, iaitu sebelum Perang Dunia II tercetus lagi.
Sepanjang bersama hingga ke hari ini mereka dikurniakan 8 anak, 35 cucu, 50 cicit dan 20 piut.
Tapi cuma baru tahun ini – mereka terfikir untuk disahkan dalam satu majlis sebagai suami isteri dengan kehadiran paderi.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara dan cucu cicit mereka, dengan Lopez menitiskan air mata terharu kerana sudah terlalu lama menanti saat ini – Mynewshub

07:22 0

KISAH BENAR: Anak kat IPT Makan McDonald’s, Ibu Di Kampung Jamah Ikan Masin

mcd
KALI ini, penulis ingin kongsikan mengenai satu status menarik dari seorang pemilik akaun Facebook yang kini sedang hangat dikongsi di laman sosial itu.
Status oleh Alfarouq Fadli itu berbunyi:
mcd1
Melalui maklumat yang diberi, Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.
Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.
Tujuan penulis berkongsi status ini ialah untuk memberitahu bahawa perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di kalangan pelajar.
Kita sendiri sudah terbiasa membaca kisah bagaimana anak-anak sanggup menipu ibu-bapa demi keseronokan diri.
Akibatnya, pelajaran pun entah ke mana apabila keberkatan itu sudah ditarik oleh-Nya kerana perbuatan buruk kita terhadap ibu-bapa.
Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya – Mynewshub
07:14 0

Sabah, Sarawak Mahu Keluar Dari Malaysia Selepas Di Sarankan ISMA

isma
   
ISMA Malaysia yang tersangatnya cerdik. Sikit2 halau orang, sikit2 halau orang.[Klu ada yang tak tahu ape tu ISMA, baca nie] Penduduk Sabah dan Sarawak kalau dah dihalau keluar dari Malaysia mereka bukan akan keluar terus dari Malaysia sebaliknya mereka akan kekal berada di Sabah dan Sarawak dan menggunakan isu neh untuk membuatkan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Tak faham ke yang SABAH + SARAWAK + TANAH MALAYA membentuk Malaysia. Suruhanjaya Cobbold 1962 ketika itu memutuskan yang penduduk SABAH dan SARAWAK mahu bersekutu dengan tanah melayu. Tapi selepas 50 tahun berlalu tetiba ko halau orang Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia, cerdik ke tak cerdik tue?

Sabah + Sarawak = dipelawa menyertai Malaysia.

Selepas 50 tahun, orang2 kristian yang tidak bersetuju pasal penggunaan kalimah Allah di Malaysia boleh keluar dari Malaysia.

Maksud keluar dari Malaysia kat sini pada orang2 Sabah dan Sarawak ialah = SABAH + SARAWAK dikeluarkan dari persekutuan Malaysia sebab selama neh SABAH + SARAWAK menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Faham tak?

Tak faham2 boleh la pergi borak2 dengan orang Sabah atau Sarawak. Korang neh kalau nak bagi hujah pun biarlah bersesuaian. Ada ke disuruh orang keluar dari negara. 

Aduhai, ISMA oo ISMA..

BTW, di Sabah dan Sarawak, mereka ada perjanjian pasal agama dan lain2. Jadi jangan pandai2 cakap apa yang berlaku di semenanjung [semangat racist] juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Orang2 islam di Sabah dan Sarawak menerima baik penggunaan kalimah Allah dalam bible dan bible bahasa melayu. Tiada masalah pada mereka sebab itulah yang berlaku selama bertahun2. 
 
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.
Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.
“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.
Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo.Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…”
“Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son
Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.
“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak
Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”
Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”