Searching...
Monday 21 October 2013
05:58 0

‘Kau perasan cantik sangat’

Kuala Lumpur: “Kau ni lah yang perasan cantik… kau pukul adik angkat aku kan? Kau bangunlah bodoh, bangun..kau ni bodoh, bodoh.”
Itu antara dialog dua remaja perempuan sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang remaja perempuan lain dipercayai rakan mereka yang rakaman videonya tersebar menerusi Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah negeri pantai timur di kawasan tepi pantai dan kedua-dua suspek itu bukan saja menyepak rakan mereka malah turut mengaibkan mangsa dengan menarik kemeja-T yang dipakainya ke atas.
Video berdurasi 2 minit 24 saat itu tersebar secara meluas di laman sembang sosial dan dipercayai ia dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke Facebook dan YouTube.
pengsan
VIDEO kes gaduh remaja perempuan tersebar secara meluas di YouTube.
Difahamkan, mangsa yang juga kenalan kepada adik angkat kedua-dua remaja perempuan itu dikatakan pernah memukul adik angkat mereka dan suspek dipercayai bertindak membalas dendam terhadap mangsa – Hmetro Online
03:08 0

VIDEO: Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak

Gaduh
Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.
Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.
Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.
Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.
Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.
Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi! – Mynewshub