Searching...
Thursday 24 October 2013
05:58 0

Gambar Tablet Ipad Air Yang Nipis

tablet


Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya.
Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg.
Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.
Namun, komputer tablet baharu itu akan berada di pasaran pada 1 November depan.
Komputer tablet baharu itu akan dijual pada harga AS$499 (RM1,580) untuk versi yang mempunyai memori 16 gigabait.
Bagaimanapun, harga iPad 2 dikekalkan pada AS$399 (RM1,263).
Sebuah lagi komputer tablet iPad mini akan dijual pada harga AS$399 yang mempunyai memori 16 gigabait. – Agensi

05:56 0
NORAZITA bersama anak perempuannya


Seorang pegawai bank menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila mukanya pecah selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis tersebut yang sebelum itu telah memaksa mangsa membuka peti besi untuk melarikan sejumlah wang semalam.
Kejadian pada pukul 6.20 petang di Jalan USJ Central 2 di sini itu berlaku apabila Norazita Abu Talib, 37, diarahkan membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan oleh suspek yang bersenjatakan selaras pump gun.
Mangsa merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan telah bekerja di bank tersebut selama 16 tahun.
Difahamkan, ketika kejadian, terdapat lima pekerja di bank tersebut termasuk mangsa dan suspek.

sumber:Mummynemo.com

05:55 0

Beli Sayur Terpakai Yang Dikutip Dari Tong Sampah Untuk Dijual Dikedai Makan

sayur


RATA-RATA pelanggan warga Myanmar yang menjual sayur terbuang di Pasar Harian Selayang merupakan pekerja kedai mamak dan kedai makan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan kerana mahu menjimatkan kos modal bahan mentah masakan yang dijual.
Hal itu didedahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil pemantauan yang dilakukan setiap hari di situ sejak mula-mula aktiviti itu berlangsung.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, tindakan pihak kedai makan membeli bahan mentah yang sepatutnya telah dilupuskan itu tidak wajar kerana ia hanya nampak elok di pandangan mata kasar hakikatnya sudah tiada kualiti.
“Sayur-sayur ini akan dikutip dari tong sampah di pasar borong untuk dijual di Pasar Harian Selayang, dan hasil pemantauan dan risikan yang dibuat, jarang ada orang perseorangan yang membelinya melainkan dari pihak kedai makan.
“Bagaimanapun aktiviti jualan ini dilihat semakin berkurangan hasil tindakan penguatkuasaan yang dilakukan, namun tidak dinafikan masih terdapat kegiatan itu memandangkan warga Myanmar merupakan di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR),” katanya .
Beliau menambah, antara faktor yang menyumbang kepada kegiatan tersebut adalah terdapat pihak yang bertindak menjadi ‘pembekal’ kepada warga Myanmar itu bagi mengasingkan sayur-sayur terbuang yang masih ‘elok’.
“Sepatutnya sayur-sayur terbuang ini dikumpulkan dan dibuang dalam tong sampah namun terdapat pekerja pasar borong yang bertanggungjawab melakukannya tugasan itu bertindak mengasingkan sayur yang kelihatan elok.
“Pekerja itu terdiri daripada warga Myanmar juga, jadi mungkin mereka juga ada ‘deal’ dan  mengambil untung dengan menjual sayur-sayur terbuang itu kepada rakan mereka, untuk dijual kembali,” katanya.
Jelas Irwan, sepanjang tahun ini, lebih 3,000 sitaan dilakukan melibatkan penjaja warga asing dan kebanyakannya adalah hasil operasi di Pasar Harian Selayang.
“Kita juga bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Selayang setiap kali melakukan operasi.
“Justeru orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli sayur-sayur yang dijual oleh warga asing ini kerana ia adalah bahan yang dilupuskan,” katanya.
Difahamkan seramai lapan penguatkuasa ditempatkan setiap shift untuk melakukan pemantauan dan tindakan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan di sekitar Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

sumber:Mummynemo.com