Searching...
Monday 28 October 2013
07:38 0

FAM tetap RM40 tiket final Piala Malaysia

tuket
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai, Rabu ini.
Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Ahad ini, ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Afandi Hamzah berkata, badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP). 

Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.

“Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai hari yang sama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Afandi berkata pintu masuk stadium akan dibuka mulai 3 petang pada hari perlawanan dengan Pintu B dan C untuk penyokong Kelantan manakala penyokong Pahang menggunakan Pintu A dan D. 

Dalam pada itu, Afandi berkata seramai 2,155 anggota keselamatan akan bertugas semasa perlawanan tersebut dengan 100 pegawai FAM akan menjalankan urusan pemeriksaan tiket dan barangan terlarang. 

“Penyokong perlu melepasi tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan badan, pemeriksaan tiket dan pengesanan barangan terlarang. 

“Mereka yang didapati membawa tiket palsu akan ditangkap serta pemeriksaan badan khas terhadap wanita juga akan dilakukan,” katanya. 

Afandi berkata jika perlu, polis juga akan menggunakan Unit Berkuda dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengawal keselamatan penonton. – Bernama

07:25 0

kasut Bola Adidas Limited Edition Berwajah Harimau

Dalam dunia bola sepak, kaki merupakan modal utama para pemain. Itulah sebabnya mengapa kasut sangat berperanan tidak hanya melindungi kaki, namun juga boleh menjadi motivasi tersendiri bagi para pemakainya.

Inilah yang cuba diangkat oleh pereka fesyen Yohji Yamamoto, orang di belakang jenama fesyen Adidas Y-3. Bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Jerman, pereka berasal dari Jepun itu mencipta kasut ‘special’ bertajuk Adidas Limited Edition Y-3 Adizero F50.

Dipetik dari 101greatgoals, Yamamoto mengaku bahawa ia diilhamkan oleh campuran dari tradisi kuno dan cerita misteri moden dari budaya Jepun. Designnya cukup unik.

Warna kasut tersebut sangat bersinar dengan gambar dua harimau jenis Sabre Tooth. Uff … cukup gempak sesiapa yang melihatnya. Boleh jadi, kasut ini boleh menakutkan siapa yang memakainya.

Kasut ini akan dipasarkan pada harga 220 pound. Apakah kasut bergambar harimau berwarna kuning menyala ini mampu memikat hati para pemain bola sepak yang akan menggunakannya


07:17 0

Persundalan jijik wanita dibongkar




Gelang Patah: Aktiviti persundalan membabitkan wanita warga asing didalangi sindiket tertentu dibongkar Jabatan Imigresen hasil pemeriksaan di dua rumah di Taman Nusa Perintis di sini, jam 1.30 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, 35 individu diperiksa dan lapan lelaki serta dua wanita warga Nepal berusia 24 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Semua warga Nepal yang ditahan terbabit dengan aktiviti persundalan selain melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.
Ketua Penyelaras Operasi Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, ketika serbuan, dua wanita Nepal dengan pasangan masing-masing itu asyik memadu asmara di dalam dua bilik di sebuah daripada rumah terbabit.
“Pemeriksaan lanjut menemui kondom, ubat kuat dan pil perancang disediakan sindiket untuk kegunaan pelanggan.
“Sindiket terbabit menawarkan perkhidmatan itu hanya kepada lelaki warga asing dengan bayaran tertentu. Bagi mengelak lokasi persundalan dihidu pihak berkuasa, sindiket memilih rumah di pinggir bandar yang dirasakan selamat.
“Ada kalangan pelanggan datang dari luar kawasan ini, pelanggan akan menghubungi ahli sindiket sebelum dijemput di lokasi dijanjikan sebelum dibawa ke rumah itu,” katanya.
Masri berkata, pasangan yang ditahan juga mengaku mereka bukan suami isteri sebaliknya rakan sekerja.
Menurut Masri, pihaknya percaya masih ada lagi premis disewa warga asing dijadikan pusat persundalan.
Operasi yang tamat jam 4 pagi itu diketuai Ketua Operasi Zon Selatan Jabatan Imigresen Timbalan Penolong Pengarah Kanan Anuar Zainal serta 12 anggota juga pegawai.
Masri juga kesal kerana masih ada penduduk tempatan atau pemilik premis menyewa premis mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
“Warga tempatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang yang ditemui di premis,” katanya.
Semua warga Nepal yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.
03:37 0

Gambar: Foto isteri pembunuh pegawai Ambank pula dibongkar!

Semalam, akaun Facebook dipercayai milik pembunuh pegawai wanita Ambank itu telah dibongkar dan didedahkan kepada umum. Anda boleh bacanya di SINI.
Hari ini, keluarganya pula didedahkan oleh blogger Mazidul Akmal.
Pembunuh tersebut dipercayai ayah kepada tiga orang anak berdasarkan beberapa keping gambar yang ada pada akaunnya.
Seorang wanita yang dipercayai isteri kepada pembunuh itu juga didedahkan.
Wanita tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.
03:22 0

Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Tahan Nafas Dalam Air Paling Lama

Lelaki yang berasal dari Denmark bernama Stig Severinsen ini, telah mencatatkan namanya di Guinness World Record sebagai lelaki yang mampu menahan nafas selama 22 minit. 

Stig, juga pernah memecahkan rekod sebagai perenang terjauh dalam air sejuk dengan jarak sejauh 236 meter sebelum dia memecahkan rekod menahan nafas selama 22 minit.Dalam cubaan memecahkan rekod, lelaki ini dibantu oleh saudaranya dan seorang doktor yang  memantau organ-organ vitalnya.

Sebelum menahan nafas, Stig menghirup oksigen segar terlebih dahulu untuk menghilangkan paru-parunya dari nitrogen dan karbon dioksida lalu mengisinya dengan oksigen. Stig juga mengatur suhu air di kolam renang berada di sekitar 30 darjah Celsius sehingga dirinya boleh menurunkan degupan jantung hingga 30 denyutan per minit.

Setelah 20 minit dan 10 saat, Stig berjaya memecahkan rekod yang pernah diciptakannya sebelum ini, tetapi dia memutuskan untuk menambah hingga satu minit 50 saat untuk meningkatkan masa yang dia berjaya capai. Akhirnya, stig berjaya menahan nafas selama tepat 22 minit.

Stig mempunyai kapasiti paru-paru 14 liter, dua kali ganda daripada orang-orang biasa. Selain paru-paru yang sangat kuat, lelaki berusia 40 tahun ini juga selalu melakukan aksi di dalam air terutama air yang sejuk.

Ketika masih muda, dia suka pergi untuk menyelam didalam lubang ais. Dia juga bermain rugby dan hoki di dalam air.

Stig menjelaskan bagaimana bernafas yang baik sebelum melakukan cabaran yang mencabar maut dalam bukunya yang berjudul “Breatheology”. Meditasi dan mahir mengawal keadaan adalah kunci ketika kita panik.  

            


03:11 0

Telefon bimbit ‘selesai’ kes rogol pekerja pasaraya




Raub: Penemuan telefon bimbit yang digunakan seorang lelaki menjadi petunjuk kepada polis untuk menyelesaikan satu kes samun dan rogol membabitkan seorang pekerja wanita sebuah pasar raya, di sini.
Terdahulu, lelaki berusia 30 tahun itu yang berasal dari Puchong, Selangor ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk pemeriksaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis kemudian mengesan telefon bimbit yang digunakannya sebelum mendapati barangan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes jenayah samun dan rogol.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Samsuddin Osman berkata, menerusi hasil soal siasat dijalankan, lelaki terbabit kemudian membawa anggota polis ke sebuah rumah di Taman Pinggiran Mas, Puchong untuk menunjukkan lelaki yang menjual telefon bimbit itu kepadanya.
Menurutnya, polis kemudian menahan lelaki kedua berkenaan yang juga berusia 30 tahun sebelum suspek mengaku menyamun dan merogol seorang wanita pada 30 September lalu di asrama pekerja sebuah pasar raya, di sini, Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke IPD Raub dari IPD Serdang dan kini ditahan reman hingga 31 Oktober ini untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi, suspek menceroboh asrama pekerja sebelum mengejutkan mangsa berusia lingkungan 20 tahun yang ketika itu tidur.
Suspek kemudian menarik dan memaksa mangsa masuk ke bilik sebelah sebelum wanita itu bersama rakannya yang kebetulan berada di dalam bilik berkenaan diikat di tangan, mulut serta kaki dengan menggunakan pita pelekat.
Suspek kemudian menggeledah bilik mangsa selepas merogolnya dan merampas dua telefon bimbit serta wang tunai RM50.


02:55 0

Bank Di Malaysia Untung Berbilion Tapi ‘Kemut’ Bab Keselamatan!

PERISTIWA seorang pengawal keselamatan yang menembak seorang pegawai bank di Subang Jaya baru-baru ini sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan.
Selain daripada isu suspek yang menggunakan kad pengenalan palsu, ada lagi perkara yang boleh kita jadikan renungan dan iktibar.
Antaranya betapa tidak seriusnya bank dan institusi kewangan di negara kita bila melibatkan soal keselamatan di premis dan kakitangan mereka.
Bagi bank dan institusi kewangan ini, melantik sesebuah syarikat kawalan keselamatan sudah memadai.
Bagi syarikat-syarikat ini, tanggungjawab mereka selesai bila berbuat demikian…sama ada syarikat keselamatan itu menipu atau menggaji orang asing itu ‘bukan lagi bidang mereka’.
Memang betul, bila terjadi perkara tak diingini seperti ini, syarikat kawalan keselamatan yang perlu bertanggungjawab tetapi apa pula peranan bank dan institusi kewangan itu.
Adakah mereka rasa dengan memberi pampasan sudah cukup untuk membalas jasa pegawai mereka yang menjadi mangsa jenayah seperti ini?
Ingat, bagilah berjuta ringgit sekalipun, ia tidak akan mampu membeli jasa yang ditaburkan.
Apatah lagi nyawa itu sendiri bukan benda yang boleh dibandingkan dengan ringgit dan sen!
Cuba anda perhatikan, acapkali bila kita pergi ke bank, pengawal yang bertugas kebanyakannya sudah berusia dan hanya layak berehat di rumah bersama cucu-cucu tersayang.
guard
Kekadang kita sering tertanya sendiri…larat ke pakcik-pakcik ni nak angkat ‘pump gun’ mereka itu, apatah lagi nak ‘bertempur’ dengan penjenayah andai ditakdirkan berlaku rompakan dan sebagainya.
Dan jangan terkejut, masih ada bank yang menugaskan pengawal wanita untuk menjaga premis mereka!
Sebenarnya jangan salah sangka, bukan niat penulis nak merendahkan kemampuan golongan berusia dan wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan tetapi kita bercakap tentang realiti.
Penjenayah terutama yang menjadikan bank dan institusi kewangan sebagai sasaran bukanlah penjenayah biasa.
Kalau mereka tidak mempunyai skill dan keberanian, tak mungkin mereka sanggup untuk berbuat demikian.
Lebih baik mereka menyamun kedai mesin slot atau kedai runcit yang dah tentu risikonya lebih rendah dari merompak bank.
Jadi mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di bank juga perlu ada keberanian dan skil yang dimaksudkan.
Pengawal bank tak sama dengan pengawal sekolah.
Malangnya pihak bank dan institusi kewangan seolah-olah ‘pejam sebelah mata’ dan masih meletakkan kepercayaan kepada syarikat kawalan keselamatan dalam memilih anggota yang bertugas di premis-premis mereka.
Sebabnya apa? Sebabnya mudah.
Mereka hanya perlu bayar sejumlah wang kepada syarikat keselamatan lepas tu mereka dah boleh cuci tangan.
Mereka dah tak perlu fikir mengenai KWSP, tak perlu fikir pasal caruman Perkeso, tak perlu bayar itu dan bayar ini – hanya bagi ‘selambak’ kepada syarikat kawalan keselamatan lepas tu tutup cerita.
Yang pasti kaedah ini lebih ‘menjimatkan’.
Dalam hal ini, penulis angkat topi pada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang nampaknya bersungguh-sungguh dalam soal keselamatan hingga sanggup menubuhkan pasukan Polis Bantuan dalam syarikat mereka.
Apa itu Polis Bantuan?
Polis Bantuan merupakan kerjaya ‘dua alam’ iaitu bukan sahaja bertindak sebagai pengawal keselamatan, malah mereka juga mempunyai kuasa sebagaimana polis berdasarkan peraturan ditetapkan.
Polis Bantuan juga mempunyai tanggungjawab yang sama seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu membanteras kegiatan jenayah.
Polis Bantuan merupakan sebahagian daripada ahli keluarga PDRM dan tertakluk pada peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Polis 1967.
Polis Bantuan mempunyai peranan sama seperti pasukan polis kerana mereka menggalas tanggungjawab berat memastikan kawasan seliaan masing-masing berada dalam keadaan selamat.
Dalam erti kata lain, apabila mereka ini menyarung pakaian seragam polis, maka mereka mempunyai bidang kuasa yang sama dengan PDRM, cuma di dalam lingkungan kawasan dan waktu yang ditetapkan sahaja.
Semua pegawai dan anggota Polis Bantuan juga dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan selama sembilan minggu di Pusat Latihan Polis dengan silibus latihan disediakan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman.
Jadi sepatutnya kalau betul bank dan institusi kewangan serius dalam soal keselamatan, mereka juga harus menubuhkan pasukan Polis Bantuan sepertimana BSN.
Betul, dari satu segi kos operasi, ia mungkin akan meningkat kerana mereka perlu membayar latihan, gaji, elaun dan menyediakan segala kemudahan untuk anggota-anggota ini tetapi kalau Pos Malaysia (yang untungnya jauh lebih rendah) pun boleh menubuhkan pasukan Polis Bantuan mereka, kenapa bank yang punya keuntungan berbilion ringgit setahun ini tak boleh melakukan perkara yang sama?
Ini persoalan nak atau tak nak saja.
Kalau betul bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia serius dalam soal keselamatan, mereka harus buktikan komitmen dan kesungguhan mereka.
Bak kata pepatah dalam bahasa Inggeris – Walk The Talk.
Jangan hanya cakap tak serupa bikin! – Mynewhub.my

02:54 0

Ardi Hamza (Pembunuh) Dan Isteri Menetap Di Klang

wall

1. Akaun Facebook Ardi Hamza :
https://www.facebook.com/ardi.putrakatela
2. Akaun Facebook Nurul Ayu Rahmadani (Isteri Ardi):
https://www.facebook.com/nurul.lapadakufref=pb&hc_location=friends_tab
“Dalam kejadian pada pukul 6, Norazita 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya. Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.
*Menurut maklumat yang diterima melalui media elektronik, pembunuh (Ardi Hamza adalah seorang warganegara Indonesia dan mempunyai kad pengenalan palsu lengkap yang membolehkan dia membuka akaun Ambank- rujuk post Amenoworld) masih belum dapat ditangkap dan pihak polis masih dalam proses mencari pembunuh tersebut. Melalui siasatan crew kami di FB, pembunuh tersebut menetap di kawasan Klang iaitu Sri Bayu Apartment Bayu Perdana berdasarkan di wall isteri (Nurul Ayu juga seorang warganegara Indonesia) pembunuh tersebut.
Di atas kami sertakan link FB pembunuh itu dan link FB isterinya berserta maklumat tempat tinggal mereka (di bawah).
FB ARDI HAMZA SI PEMBUNUH


KOMEN KENALAN MENYEBUT BAHAWA PEREMPUAN INI ADALAH ISTERI ARDI
DIPERCAYAI TEMPAT TINGGAL MEREKA
P/S: INILAH DIA KESAN AMIK INDON BERDOKUMEN PALSU BEKERJA! ESOK-ESOK BANGLA PULAK BUAT HAL, CARI PON TAK JUMPA..