Searching...
Tuesday 29 October 2013
07:44 0

Dua lelaki bersenjata pistol larikan barangan kemas RM70,000 di Kepala Batas


emas1




KEPALA BATAS: Dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM70,000 dalam kejadian samun di pekan ini, tengah hari tadi. 

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.40 tengah hari sebelum suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal – Bharian Online
07:41 0

470,395 Calon Duduki SPM 6 Nov-5 Dis

pelajarspm
KUALA LUMPUR – Seramai 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 6 November hingga 5 Disember ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
“Seramai 30,863 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung.
“Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp,” kata kenyataan itu.
Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA