Searching...
Wednesday 30 October 2013
05:08 0

Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri

kemalangan
KUANTAN – Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.
“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. – BERNAMA


05:05 0

SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

tembak
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.
“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.
“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA


05:01 0

VIDEO: Lagi Pelajar Perempuan Bergaduh…Nasib Baik Tak Dilenyek Kereta!

gaduh
ENTAH apa yang merasuk pemikiran pelajar sekolah kita akhir-akhir ini sampai memilih cara kekerasan untuk menyelesaikan masalah sesama mereka.
Baru-baru ini terjadi lagi pergaduhan antara pelajar sekolah…lagi melibatkan pelajar perempuan!
Tak cukup dengan maki hamun, mereka bergasak sakan sampai ke tengah jalan!
Dalam video ini anda boleh tengok sendiri apa yang berlaku.
Puas pengguna jalan raya membunyikan hon kereta tapi dek dendam kesumat dan amarah yang bersarang di hati masing-masing, mereka terus bertumbuk tanpa henti.
Nasib baik tak dilenyek kenderaan yang bersimpang-siur.
Mungkin inilah kot yang dikatakan ‘harga’ yang perlu dibayar dalam kita mengejar kemajuan…hai, macam-macam!
Bawa mengucap dik ooi….


04:54 0

Rawatan SPA khas Untuk Mayat Di China

Pernahkah terlintas di benak anda tentang adanya rawatan spa khusus untuk orang yang sudah meninggal?
Namun, ini lah yang terjadi di Chongqing, China. Sebuah rumah mayat di kawasan ini cuba sebuah cara baru yang kontroversi untuk menarik ‘pelanggan’ yakni dengan memberikan high-end perkhidmatan spa untuk para pelanggannya yang notabene adalah orang mati ini. Mulai dari persiapan pengebumian hinggalah rawatan spa disediakan oleh rumah mayat ini.
pekara ni telah menjadi kontroversi besar dan ramai yang mengkritik langkah yang dipilih tersebut. Dipetik dari South China Morning Post, rawatan khusus untuk orang mati ini meliputi cuci rambut hingga urut kaki. Entah untuk tujuan apa perkhidmatan ini dilakukan, namun ini memang menjadi ladang perniagaan dalam bidang persiapan pengebumian yang mewah.
Syarikat ini melakukan demonstrasi secara langsung, di mana dibentangkan satu siri perkhidmatan mandi, urut profesional untuk berehat badan untuk membolehkan kehidupan yang lebih selesa kepada si mati.