Searching...
Thursday 31 October 2013
08:14 0

Grand Saga Edar 1,500 `Touch N Go’ P’cuma 2 Nov

Touch-N-Go-Percuma
KUALA LUMPUR – Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengedarkan sebanyak 1,500 keping kad `Touch N Go’ secara percuma kepada orang ramai bersempena perayaan Deepavali tahun ini.
Syarikat konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang itu dalam satu kenyataan media memberitahu, kesemua kad `Touch N Go’ itu bernilai RM10,500.
“Ini adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial (CSR) yang dijalankan oleh Grand Saga bersempena sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kad yang diberi secara percuma itu bernilai RM10 setiap keping dan mempunyai tambah nilai sebanyak RM2.
Jelas kenyataan itu, kad `Touch N Go’ itu boleh dimiliki oleh orang ramai di plaza tol Lebuhraya Cheras-Kajang pada 2 November ini. – mynewshub.my


08:11 0

Video: Flat Kampung Kerinchi Terbakar

rumah terbakar
Difahamkan di laman Facebook, flat di Kampung Kerinchi sedang terbakar sekarang ini. Ada video yang disebarkan bagaimanapun tidak jelas dan kelihatan seperti kebakaran berlaku di tingkat paling atas flat berkenaan.
Apakah maklumat terkini berkenaan kebakaran berkenaan itu masih belum diperolehi sehingga waktu ini.
Apapun, diharapkan tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku kerana daripada jauh dilihat kebakaran berkenaan mengeluarkan api bernyala yang berwarna biru.
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL..


08:08 0

Keluar Masuk LRT, Monorel Kena Caj Mulai 15 Nov

LRT-Monorel
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang keluar dan masuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang sama akan turut dikenakan caj bermula 15 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), Khairani Mohamed berkata, caj itu turut dikenakan di Stesen Monorel.
“Rapid Rail menetapkan caj 70 sen ke atas orang ramai yang masuk dan keluar Stesen LRT yang sama dan caj serupa sebanyak RM1.20 dikenakan di Stesen Monorel.
“Langkah ini untuk meningkatkan operasi dan menangani penyalahgunaan sistem itu yang kini merekodkan tambang sifar untuk keluar dan masuk dari stesen yang sama,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khairani bagaimanapun menjelaskan caj tersebut bukan satu caj tambahan kepada pengguna LRT dan monorel kerana caj ke atas pengguna komuter kekal seperti biasa.
Menurutnya, caj tersebut akan ditolak secara automatik daripada nilai kada MyRapid atau Touch ‘n Go.
Jelas beliau, caj itu berdasarkan caj paling rendah dalam perkhidmatan pengangkutan LRT iaitu 70 sen untuk perjalanan sehala dan RM1.20 untuk perjalanan sehala monorel.
Tambahnya, pengumuman awam dan notis akan dibuat oleh Rapid Rail untuk memastikan orang ramai peka dengan sistem baharu tersebut. – mynewshub.my

04:49 0

Lagi rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan


PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.
Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

04:48 0

Ritual Padi Hadi Awang Ada Unsur Syirik?





Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.
Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.
Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.
“Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.
“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.
“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.
“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap” katanya.
Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.
“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.
Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.
Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat – Pilihan-anda.blogspot.com

04:46 0

(Video) Aksi ramas meramas Bangla dalam komuter


Video ‘acara meraba dalam keretapi atau komuter’ yang kami perolehi dari akaun Facebook Vyrec ini menimbulkan beberapa persoalan.
Antaranya, adakah wanita ini rela diraba? Atau adakah dia sememangnya isteri kepada sang peraba?
Apapun persoalannya, ternyata perlakuan ini menarik minat penumpang lain sehingga mahu merakam aksi ini.
Melalui komen salah seorang pemilik akaun Facebook, dia mendakwa turut berada di tempat itu dan menyaksikan perlakuan pasangan yang dipercayai berasal dari Filipina dan Bangladesh itu.
Katanya, apa yang dirakam itu hanya sedikit dari apa yang dilihatnya. Bukan saja raba-meraba, malah aksi cium-mencium turut dilakukan.
Hai, agak-agaklah. Kalau dah sangap sangat, tunggulah balik rumah dulu! Ramai mata yang memerhati dan menunggu kalau buat aksi bukan-bukan di tempat awam ya.


04:44 0

Senarai 81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf





Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.
Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.
Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat.


04:43 0

Pakej Bil Astro Meningkat Naik Lagi Mulai 24 November 2013


Pakej bil Astro meningkat naik lagi mulai 24 November 2013. Menerusi laman rasmi Astro, hanya dua pakej sahaja yang akan dikenakan cas tambahan iaitu Pakej Keluarga (Family) dan pakej Sukan (Sport). Tambahan harga bagi Pakej Keluarga adalah sebanyak RM2 sebulan manakala Pakej Sukan ditambah sebanyak RM6 sebulan. Astro menyatakan bahawa kenaikan tersebut adalah untuk memberikan servis dan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka. Cas atau kadar tambahan bil terbaru ini akan berkuatkuasa mulai 24 November 2013 bagi setiap pelanggan Astro yang melanggan pakej tersebut.
Kadar Kenaikan Bil Pakej Keluarga
Family Pack: Tambahan RM2 Sebulan
pakej-family
Kadar Kenaikan Bil Pakej Sukan
Sports Pack: Tambahan RM6 sebulan
pakej-sport


04:41 0

Adakah Suspek Kes Ambank Sudah Terlepas Ke Indonesia?


gaji2
SEMENJAK Alahyarhamah Norazita Abu Talib meninggal dunia akibat ditembak di kepala pada 24 Oktober lepas, hari ini sudah masuk hari ketujuh suspek yang menembaknya masih belum ditahan dan masih dalam buruan pihak polis.
Dalam operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi itu, kira-kira 11 orang sudah ditahan bagi membantu mengesannya dan polis mengeluarkan kenyataan  yakin dia masih berada dalam negara.
Polis juga sudah mengesahkan suspek sebenarnya merupakan seorang warga negara Indonesia yang menggunakan Mykad palsu untuk berkerja sebagai pengawal keselamatan.
Memetik laporan Bernama Selasa lepas, pihak polis memberitahu tangkapan terbaru dalam gerakan memburu Ardi dibuat di Johor namun polis enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah, penangkapan dibuat bagi tujuan membantu siasatan untuk mengenalpasti di mana lokasi suspek berada.
Persoalan yang timbul sekarang ialah jika tangkapan dilakukan di Johor, adakah kemungkinan suspek, si Ardi sudah pun terlepas dan bolos balik ke  Indonesia?
Ini kerana diketahui umum Johor merupakan antara pintu keluar masuk utama kemasukan rakyat Indonesia secara haram.
Antaranya ialah Jeti Kukup di daerah Pontian yang dikatakan sering menjadi tempat kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia kerana kewujudan banyak hutan paya bakau yang memudahkan mereka menyembunyikan diri.
Adakah suspek yang ditahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seorang tekong?
Jika seorang tekong yang membantu pendatang haram, adakah pihak polis sudah memulakan gerakan memburu suspek dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi memburu suspek ganas dan berbahaya itu.
Jenayah berlaku di Lembah Kelang oleh seorang pendatang asing tetapi penahanan terpaksa dilakukan sehingga di Johor…
Apakah Ardi seorang yang begitu profesional dalam mengatur jejak langkahnya? Apakah dia telah mengatur semuanya dengan bagitu rapi?
Andai kalau Ardi terlepas ke Indonesia pun, bukanlah salah pasukan polis kita kerana pintu keluar dan masuk haram di negara ini terlalu banyak. Keluasan sempadan air Malaysia terlalu panjang untuk dikawal sepenuhnya sepanjang masa.
Identiti sebenar Ardi pun diketahu lepas beberapa hari, memberikan masa yang secukupnya kepada penjenayah itu untuk mengambil kesempatan lati keluar dari negara ini.
Namun, semua itu sekadar andaian sehaja. Kalau dia terlepas pun, mungkin boleh mohon bantuan polis Indonesia untuk mengesannya. Kalau dia ada dalam negara, Insya’Allah tak lama lagi dapat la tu… mungkin hiduo mungkin mati…
Ardi melarikan pump gun bersama….bermakna dia sangat merbahaya…
Sementara itu, sebuah kedai emas di Setapak pula dirompak oleh pengawal keselamatan peribadi kedai itu sendiri dan suspek turut bersenjata.
Secara kebetulan, perompak kes kedai emas juga dipercayai berasa dari Sabah dan turut menggunakan Mykad palsu.
Sehingga kini, rakaman kamera litar tertutup kedai emas berkenaan masih tidak didedahkan pihak polis adakah ia melibatkan suspek yang sama atau tidak.
Di sana sini, masyarakat diselubungi rasa bimbang ekoran Ardi masih lagi bebas biarpun pihak polis sudah pun menahan isterinya bagi membantu siasatan dan juga beberapa individu lain.
Kita berharap kes pembunuhan dan rompakan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya akan selesai segera dan suspeknya dihadapkan ke muka pengadilan. –mynewshub.my


04:40 0

Mayat Bayi Ditemui Terapung



bayi


KUCHING – Mayat bayi perempuan ditemui terapung di tebing Sungai Sarawak, berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang sedang mencari umpan untuk mengail di kawasan berkenaan pada pukul 11.15 pagi.
“Mengikut maklumat awal, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat terapung di bawah jambatan baharu berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong.
“Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini. – BERNAMA


04:38 0

VIDEO : Lori Kontena Terbabas Dan Terbalik


kontena
PETANG semalam, sebuah lori kontena telah terbabas di lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang dan kemalangan yang nampak mengerikan itu turut membabitkan sebuah kereta SUV.
Di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dikongsikan sebuah video diambil dari seorang pemandu kereta yang berada di belakang lori berkenaan.
Daripada video awal sebelum kemalangan itu, sudah dapat dilihat yang pemandu lori kontena itu seperti tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain sebaliknya membawa laju melebihi 100 km sejam.
Apabila tiba di laluan lurus, ia memecut sehingga gagal dikawal menyebabkan ia terbalik dan tercampak ke lorong bersebelahan bertentangan yang menghala ke Kuala Lumpur.
Turut terlibat ialah sebuah SUV Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dalam perjalanan dari Putrajaya.
Mynewshub.my turut menyertakan sekali sebuah video daripada pemandu berbeza selepas kemalangan berkenaan dan juga keadaan SUV berkenaan yang rosak teruk di bahagian bumbungnya.
Bagaimanapun nasib pemandu lori dan pemandu SUV itu tidak diketahui.
-Mynewshub.my