Searching...
Wednesday 6 November 2013
23:30 0

Pak Guard Berlakon Tak Berniat Sindir Isteri Mat Yo

Lakonan semula aksi Pengawal keselamatan Azman Nayan di ruangan parkir tidak berniat untuk mengulangi kembali kisah Pak Guard itu kena maki.Pengarah drama TV9,Cinta Pandang Ke -2 mengatakan itu hanya kebetulan.
PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.
Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.
Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.
Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.
“Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.
“Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari,” katanya pada Zass.
Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.
“Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.
“Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak,” katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.
Drama adaptasi novel Karangkraf

Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.
Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.
“Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi,” katanya.
Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.
Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.
Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.


23:25 0

Nelayan Tangkap Ikan Aneh Di Miri, Sarawak

ikanSeekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.
Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.
Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.
Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.
Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.
Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.
Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.
Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan. 
Sumber: Dailymail
ikan1


23:20 0

Gempar: Duit 5 Juta US Dollar dalam peti rumah seorang Imam di Kuala Pilah

duit


Azmi menunjukkan peti kayu, kain merah dan putih serta lilin yang digunakan untuk memuja jin. Foto artikel ikhsan Sinar Harian.
KUALA PILAH – Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang lumayan.
Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.
Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.
Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.
“Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin,” katanya.
Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.
Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.
“Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.
Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.
“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di bank,” katanya.
Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.
“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.
“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.
“Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.
“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini,” katanya.


23:18 0

Seorang Lagi Calon SPM Meninggal Dunia Hari Ini

spm
JERTEH – Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. – BERNAMA

14:01 0

Cantik Salah Tak Cantikpun Salah – Wanita Dibuang Kerja Sebab Cantik.

wanita cantik dibuang kerja
Laurenzana si janda comel

Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Laurenzana telah mengambil tindakan menyaman pihak Citibank di Amerika Syarikat kerana telah dipecat oleh bank tersebut.
Apa yang pelik dan mengelikan hati ialah alasan pemecatannya disebabkan dia mempuyai wajah yang cantik dan menarik dan boleh membuatkan pekerja-pekerja lelaki di bank tersebut tidak dapat menumpukan perhatian.
Sebelum pemecatannya wanita ini telah diarahkan supaya tidak memakai pakaian yang seksi, berseluar ketat dan lain-lain pakaian yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.
Sumber
13:56 0

Mati Selepas 15 Jam Main Permainan Komputer Tanpa Henti di Penang!

dead
GEORGE TOWN – Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.
Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.
Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
“Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.
“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.
Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung – Mynewshub
*Gambar hiasan


13:50 0

Rahsia Kenapa Lelaki Bangla Jalan Pegang Tangan

pegang tangan

Untuk pengetahuan, Saiful Nang adalah antara photographer terbaik di Malaysia dan sekarang ini berada di tanah suci Mekah. Kisahnya bermula apabila beliau melihat dua orang lelaki bangla berjalan sambil berpegangan tangan.
Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan berpegangan tangan kan? Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar.
Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay”.
Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain.
Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.
SAIFUL NANG
Madinah Al-Munawwarah
p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.
p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?
Selama ni tak terfikir pulak kan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk dikongsi bersama

13:48 0

Calon CBK SPM Jawab Peperiksaan Guna Kaki

exam
KUALA TERENGGANU – Walaupun terpaksa menulis menggunakan kaki, calon berkeperluan khas (CBK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Noor Ismawati Abdul Aziz, bertekad mahu membuktikan kecacatan bukan halangan untuk mencatat keputusan cemerlang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar itu juga berazam untuk membanggakan ibu bapa dan guru-gurunya yang banyak memberi dorongan kepadanya selama ini.
“Saya akan lakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan cemerlang,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Gadis ini yang mengambil sembilan subjek adalah antara 58 CBK yang menduduki SPM di Terengganu.
Dia yang mengalami kecacatan anggota badan dengan kedua-dua tangannya tidak berfungsi sejak kecil, bukan sahaja menggunakan kaki untuk menulis, tetapi juga melukis serta berhasrat mengembangkan bakatnya dalam bidang itu.
Turut menduduki peperiksaan SPM hari ini ialah Puteri Anis Athirah Anuar, 17, yang mengalami kecacatan saraf otak.
Pelajar itu yang bergerak menggunakan kerusi roda, ditemani oleh ibunya Wan Nor Aziah Wan Abdul Aziz, 43, yang mengambil cuti daripada kerja.
“Walaupun pergerakan dia terbatas tidak seperti pelajar lain namun dia tidak pernah mengeluh dan tetap memberi tumpuan dalam pelajaran,” kata Wan Nor Aziah yang berharap anaknya itu mampu memperoleh keputusan yang baik. – BERNAMA

06:28 0

Kantoi Beromen dalam kebun Kelapa Sawit!

HULU TERENGGANU – Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.

Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Pondok dalam kebun kelapa sawit ini dijadikan port sepasang remaja bermadu kasih sebelum mereka ditangkap SRS Paloh Nyior, pagi semalam.

Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.

Buat maksiat dalam kebun

“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.

“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.

Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman.

“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.

“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan – Sinar Harian

06:00 0

Apa hal kau bro!

kemalangan
KENDERAAN Pirhat hancur selepas berlanggar lori muatan tanah.
Kuala Terengganu: Seorang remaja bertindak gila apabila melarikan sebuah Nissan Grand Livina yang masih ada penumpang di dalamnya sebelum merempuh lori muatan tanah dan kemudian merampas pula sebuah Perodua Myvi yang dinaiki satu keluarga dalam drama rampasan kenderaan selama kira-kira dua jam, petang kelmarin.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Difahamkan remaja berusia 17 tahun terbabit sebelum itu cuba merampas kunci sebuah Proton Pesona di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu tetapi dihalang pemilik kenderaan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, suspek dikatakan tiba-tiba memasuki Nissan Grand Livina terbabit dan memecut laju menghala ke arah Kuantan selepas pemilik kenderaan itu bersama isterinya keluar untuk membuang air kecil di tandas R&R berkenaan.
Ketika kejadian, kenderaan berkenaan mempunyai penumpang iaitu pasangan Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan.
kemalangan1
CHE Mastura dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Difahamkan, pemilik kenderaan iaitu adik ipar mangsa yang juga anggota polis berusia 20-an, bergegas ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan apabila menyedari kejadian berkenaan – Hmetro Online


05:47 0

Adik Kim Kardashian Ditawar Berlakon Filem Lucah

kim
Kendall baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
ADIK kepada bintang realiti Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem lucah dengan bayaran sebanyak RM6 juta (USD2 juta).
TMZ.com melaporkan, Kendall menerima tawaran itu sejurus selepas dia menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
Kendall yang juga seorang model telah diminta untuk menghadirkan diri untuk uji bakat oleh enam buah syarikat yang meneribtkan filem lucah.
Bagaimanapun pengurus dan ibu kepada Kendall iaitu Kris Jenner enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Kendall juga disebut-sebut sebelum ini sebagai wajah baharu Victoria Secret kerana wajahnya yang cantik.
Kakaknya, Kim sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila video lucahnya bersama penyanyi Ray J tersebar luas di internet pada 2007 – Mstar Online


05:11 0

Semua ini cerita karut!

karutMOHD Khairul Azahan menunjukkan pingat juara Piala Malaysia.
Kuantan: “Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB),” kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

karut1
Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu [Gambar atas]
Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.
Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam – Hmetro Online


05:00 0

Pasangan Kekasih Cemar Maal Hijrah

KLUANG – Meskipun baru berkenalan kira-kira lebih sebulan lalu, sepasang kekasih berani berdua-duaan di sebuah hotel bajet sekaligus mencemarkan sambutan Maal Hijrah.
Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun bersama teman wanitanya berumur 25 tahun itu dicekup Bahagian Penguatkuasa dari Pejabat Agama Islam Johor Daerah Kluang di sebuah hotel bajet di Jalan Renggam-Kluang, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki tersebut yang berasal dari Felda Kahang Timur, di sini, manakala pasangannya dari Segamat itu ditahan sempena Ops Cegah Maksiat sempena Maal Hijrah selepas berkhalwat di hotel bajet di Sri Lalang, di sini.
Anggota ops yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki terbabit membuka pintu.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Hasil pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa berpakaian bersembunyi dalam bilik air berdasarkan pakaian yang dilonggokkan di tepi katil dalam bilik berkenaan.
Anuar berkata, ketika soal siasat dijalankan, lelaki itu memberi alasan bahawa dirinya risaukan keselamatan pasangannya kerana tinggal bersendirian di rumah sewa terbabit malah sering diganggu oleh individu lain.
Menurutnya, alasan diberi lelaki itu tidak berjaya mengubah pendirian pihaknya untuk melepaskan pasangan berkenaan daripada ditangkap.
“Masalah seperti ini sering dilakukan oleh anak muda sekarang terutama sekali apabila berjauhan dengan ibu bapa dan tiada kawalan. Dengan hanya pertemuan sebulan, mereka telah berani untuk diajak bermalam ke bilik hotel.
“Perkara seperti ini sepatutnya dipantau oleh keluarga mereka dan bukannya membiarkan mereka bebas tanpa sebarang pengawasan walaupun pada hakikatnya mereka telah cukup dewasa untuk berfikir sendiri buruk baiknya apa yang ingin dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Anuar berkata, pasangan terbabit didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jelasnya, pasangan ini turut dibawa ke balai polis Kluang untuk membuat laporan dan dijamin oleh keluarga masing-masing.
“Mereka diminta untuk datang semula ke Pejabat Agama untuk dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Operasi yang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 3 pagi itu turut disertai Pejabat Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Kastam dan PDRM. – Sinar Harian


01:08 0

Inilah Nasib Adik Asyraf….Mangsa Perbuatan Gila Pelajar 17 Tahun!

bayi
INILAH nasib yang menimpa adik Muhammad Ashraf Ikhwan, berusia sembilan bulan yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Adik Muhamaad Ashraf koma setelah tercampak bila kereta keluarganya terlibat dalam kemalangan setelah dilarikan seorang pelajar 17 tahun semalam.
Dua yang lain iaitu Abdul Pirhat Karim, 34, dan ibu Ashraf, Che Mastura Che Awang, 31, turut cedera dalam kemalangan itu.
Remaja lelaki berkenaan melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.
Kejadian pertama bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.
“Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.
“Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.
Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.
Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.
Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam
kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu,” katanya.
Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.
Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.
Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.
Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.
Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan – Mynewshub

00:48 0

Kecoh : Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur



Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur | Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yang dilihat bersaiz kecil. Haiwan ini   dipercayai merupakan seekor babi jadian yang telah mencuri wang penduduk kampung.

SITUBONDO, Jawa Timur – Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet.

Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini.

Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.

“Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.

“Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya,” katanya kepada suaramerdeka.com.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.

Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.

“Sudah lama kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk yang mengadu kehilangan wang,” katanya. – AGENSI

00:20 0

India lancar kapal angkasa ke Marikh

indiaPENGUNJUNG di Planetarium Nehru menonton siaran langsung misi India ke Marikh di New Delhi semalam.
NEW DELHI – Misi pertama India ke Marikh berlepas semalam ketika negara berkenaan berusaha menjadi negara Asia tunggal yang sampai ke Planet Merah berkenaan.
“Pelancaran berlaku,” kata seorang pengulas televisyen apabila roket merah dan hitam itu berlepas pada pukul 2.38 petang dari pusat pelancaran angkasa lepas di Sriharikota.
Roket seberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.
India belum pernah melancarkan roket untuk perjalanan angkasa lepas manakala lebih separuh misi ke Marikh gagal termasuk misi oleh China pada 2011 dan Jepun pada 2003.
Misi Pengorbit Marikh itu yang dikenali sebagai Mangalyaan di India diumumkan 15 bulan lalu oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas misi serupa oleh China gagal.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Kami (bukan cuba bersaing dengan sesiapa) tetapi bersaing dengan diri sendiri,” kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan.
Kapal angkasa berwarna emas sebesar sebuah kereta kecil itu dilancarkan untuk mengesan kewujudan metana di atmosfera Marikh.
Kehadiran metana merupakan bukti bahawa terdapat hidupan primitif di planet itu.
Kekurangan kuasa untuk melakukan penerbangan terus, kapal angkasa itu akan mengorbit Bumi selama hampir sebuah untuk mengumpul pecutan bagi melepasi graviti Bumi.
Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan melakukan perjalanan ke Marikh yang mengambil masa selama sembilan bulan.
Pelancaran tersebut dilakukan lima tahun selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan.
Misi tersebut menelan belanja sebanyak AS$73 juta (RM231 juta).
Kos itu kurang satu per enam daripada perbelanjaan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk misi penghantaran kapal angkasa ke Marikh hujung bulan ini. – AFP


00:10 0

470,395 Calon Ambil SPM Hari Ini

spm
KUALA LUMPUR – Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Disember depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 25,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa dan SMK Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tinjauan Bernama mendapati calon-calon membuat keputusan bijak untuk datang awal ke sekolah dan mengelak kesesakan lalu lintas.
Terdapat juga beberapa calon yang dilihat mengambil kesempatan untuk membuat rujukan terakhir bersama rakan-rakan mereka sebelum menduduki peperiksaan.
Calon dikehendaki menduduki bilik atau dewan peperiksaan seawal 7.50 pagi bagi mendengar taklimat dan mengisi butiran maklumat diri di kertas jawapan, iaitu 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
Hari ini, calon menduduki dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual bagi calon yang mengambilnya. – BERNAMA

00:01 0

Jumpa cicak dalam kek kahwin

 Jumpa cicak dalam kek kahwin
Mohd Suffian dan Siti Hajar menunjukkan cicak yang ditemui dalam kek dua tingkat sempena majlis perkahwinan adik mereka.
TIKAM BATU – Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.
Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.
Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.
“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.
“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.
“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.
“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.
Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.
Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.
“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.
“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.
“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.
Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.
“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya – Sinar Harian