Searching...
Thursday 7 November 2013
13:53 0

Pelajar wanita ambil SPM dalam penjara catat keputusan 5A,3B

spmdlmpenjara
Seorang tahanan reman sedang menjawab soalan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.
KOTA BAHARU – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.
Gadis yang dikenali sebagai Nur itu menyifatkan pengalamannya menduduki peperiksaan tersebut di penjara sebagai satu mimpi ngeri yang tidak pernah diduga akan terjadi ke atas dirinya.
“Saya tidak menyangka pergaduhan adik-beradik boleh membawa saya ke sini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Nur, 18, berkata dia hanya mengambil kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan kali ini bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambilnya tahun lalu.
“Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan mahu memperbaiki keputusan itu kerana saya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,” katanya yang mencatat keputusan 5A, 3B dan 1D dalam SPM tahun lepas.


Anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Lembah, Gaal, Pasir Puteh itu ditahan reman sejak 24 Okt lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan bersenjata.
Nur yang pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam pengurusan ladang di Universiti Teknologi Mara, berkata dia belajar sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.
“Fokus saya dalam peperiksaan ini agak terganggu dan berasa tidak yakin untuk menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu memikirkan keadaan sekarang,” katanya.
Gadis ini bagaimanapun tidak patah semangat dan berharap dapat merealisasikan cita-citanya untuk menjadi doktor pakar mata dan telinga.
Abang dan kakak saya juga doktor, dan mereka menjadi penyuntik semangat, katanya.
Sementara itu,  Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan Wan Sani Abd Latiff berkata calon tersebut mempunyai semangat yang tinggi sekalipun berada di penjara serta tekun melakukan ulang kaji sebelum peperiksaannya hari ini.
“Selama dia berada di sini dia tidak membuat masalah, Kita bantu dia dari segi penyediaan bahan bacaan untuk dia menghadapi peperiksaan hari ini,” katanya.
Menurutnya pihak penjara juga mengasingkan calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada ulang kaji pelajaran.
“Keseluruhannya terdapat 20 calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah dan SPM namun  19 daripadanya telah dipindahkan ke Sekolah Integriti di Bentong bagi banduan wanita dan Sekolah Integriti Marang, Terengganu bagi banduan lelaki,” katanya. – Bernama


06:34 0

PANAS!!!… Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh?


Sharifah Sakinah

Beberapa blog dan laman sosial hari ini melaporkan bahawa artis yang selalu berkelakuan pelik, Sharifah Sakinah telah dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh.
Menurut blog berkenaan, ia bagi membolehkan Sharifah diberikan rawatan atas permasalahan jiwa dan perangai gilanya.
Tidak diketahui bila dia dihantar dan sampai bila dia akan ditahan di sana.

Semua itu dibuat berdasarkan sekeping gambar seorang wanita yang menyerupai Sharifah Sakinah dalam sebuah van yang tertulis perkataan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh yang tersebar di Facebook sejak semalam.
Sharifah Sakinah dihantar ke pusat rawatan mental Sg Buloh
Oklah… penulis sebenarnya menahan ketawa seorang diri ketika menulis entri ini.
Bukan apa… penulis agak yakin laporan blog-blog berkenaan tidak tepat dan gambar itu pun terutama bahagian tulisan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh mungkin direka.
Penulis Google nama Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh … tak jumpa pun.
Tanya beberapa rakan pun tak pernah dengar.
Paling hampir penulis jumpa selain Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ialah Unit Psikologi Kaunseling di Hospital Sungai Buloh.
Lagipun, rawatan kerajaan untuk bidang itu akan menggunakan istilah psikologi atau psikiatrist dan bukannya mental.
Jadi… melainkan penulis benar-benar tersilap… rasanya Sharifah Sakinah belum lagi diheret ke mana-mana pusat rawatan jiwa di negara ini.
Namun, apa yang menarik hati di sini ialah… sebenarnya seolah-olah ada sebahagian anggota masyrakat mempercayai entri blog-blog berkenaan tanpa mempersoalkan langsung kebenarannya.
Hakikat, itu bukan salah pembaca atau masyarakat…. tetapi salah Sharifah Sakinah yang sering membawa imej yang pelik-pelik melalui video klip yang dihasilkan dengan kawan-kawannya, menyebabkan ramai yang menerima berita dia dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh tanpa banyak soal.
Membaca sesetengah komen, bukan sekadar ramai yang tidak terperanjat, malah semacam gembira kerana artis itu akhirnya dihantar untuk menerima rawatan.
Kalau tiba-tiba muncul cerita Siti Nurhaliza atau Yuna dihantar ke tempat itu… penulis yakin ramai sekali yang akan mempersoalkan kesahihan dan pastinya marah dengan pihak yang menyebarkan berita seperti itu.
Namun tidak pula bila ia melibatkan Sharifah Sakinah.
Jadi… dalam hal ini, Sharifah Sakinah adalah pihak yang harus melihat kepada reaksi masyarakat bila berita seumpama itu tersebar dan kemudian berfikir…“Apakah aku nak kena buat parodi baru untuk kutuk orang yang kata aku kena dapatkan rawatan mental…atau aku perlu berubah?,”.
06:22 0

Hampir Hancur Dalam Timbunan Kaca Dua Tan


kaca 2

MUAR — Seorang warga Myanmar maut selepas dihempap
kira-kira 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram dalam kejadian di
belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh, di sini hari ini.
Dalam kejadian 2.15 petang itu, Thang Ngaih Lian, 22, maut di tempat
kejadian susulan kecederaan parah di leher dan kepala akibat terkena kepingan
kaca yang berkecai.
Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, sebelum kejadian mangsa bersama
tiga lagi rakan sekerja ditugas memunggah 500 keping kaca dari sebuah lori ke
dalam kedai berkenaan.
“Sebelum kejadian itu mereka berempat sudah menurunkan 350 keping dan mangsa
mahu berehat seketika di atas lori dan yang lain duduk di depan lori,” katanya
kepada pemberita di lokasi kejadian.
Katanya dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendengar dentuman
yang kuat diikuti bunyi berkecai menyebabkannya bergegas ke bahagian belakang
kedai.
“Saya cuma nampak timbunan kaca yang berkecai di dalam longkang dan tubuh
mangsa langsung tidak kelihatan,” katanya.
Katanya dia percaya baki kepingan kaca itu menggelongsor dan menghempap
mangsa sebelum terjatuh ke dalam longkang bersama-sama mangsa.
“Kami yang tidak dapat mengeluarkan mangsa segera menghubungi pihak bomba
yang datang dengan enam anggota dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk
mengeluarkanya daripada timbunan kaca,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.– BERNAMA
**Gambar Hiasan
03:54 0

Pemilik Taska Dera Kanak-Kanak Di Taman Melati Serah Diri

Pemilik Taska Dera Kanak-Kanak Di Taman Melati Serah Diri



Sabtu lalu, Mynewshub ada menyiarkan video memaparkan kanak-kanak ditengking dan dipukul di sebuah taska.
Susulan video tersebut yang menjadi viral hingga disiarkan dalam Buletin Utama, pemilik Taska Permata Harapan di Taman Melati, Gombak telah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, 10.30 pagi tadi.
Hal ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang turut memaklumkan, wanita berkenaan akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok.
Kes dera di taska berkenaan terbongkar selepas seorang bapa berjaya merakam kejadian tersebut apabila meletakkan kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya.
Rakaman berkenaan dibuat pada 18 Oktober 2013 oleh seseorang dikenali sebagai Mohamad yang menunjukkannya kepada seorang ibu yang menghantar anaknya ke sana.
Si ibu berkenaan kemudiannya membuat laporan polis hingga membawa kepada siasatan lanjut pihak berkuasa.
laporan-polis
Dalam pada itu, pembongkaran kes dera di taska berkenaan di internet termasuk di laman sosial dan forum menyaksikan ada ibu bapa lain tampil berkongsi pengalaman menghantar anak mereka ke sana.
Salah seorangnya dikenali sebagai Melati mendakwa, anaknya pernah mengalami lebam selepas dihantar ke sana, dua tahun lalu.
Apabila ditanya pemilik taska dikenali sebagai Kak Ita memberi alasan anaknya mungkin terkena demam campak namun selepas diperiksa, doktor mengesyaki anaknya didera.
Dia kemudiannya membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tiada tindakan diambil sampai ke hari ini. - REM RAMZI

Fullscreen capture 1172013 44424 PM

Fullscreen capture 1172013 52845 PM

sumber;mynewshub.my








03:39 0

Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri



SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar.

Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya.

Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam.

Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan.

Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen’s di Nottingham  malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire.

Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha.
02:02 0

Keputusan UPSR 2013 Diumumkan 14 November

Keputusan UPSR 2013

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 November ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memberitahu, terdapat seramai 478,848 calon UPSR pada tahun ini.
“Calon boleh mendapatkan keputusan UPSR daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
“Calon boleh juga menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui SMS 15888,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, perkhidmatan semakan UPSR menggunakan SMS itu akan diaktifkan pada 14 November 2013.
Kata kenyataan itu, perkhidmatan tersebut bermula pukul 10 pagi hingga pukul 11.59 malam 20 November ini. – mynewshub.my
Keputusan UPSR 2013 Diumumkan 14 Novemberhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Keputusan-UPSR-2013.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Keputusan-UPSR-2013-150x150.jpgMyNewsHubTerkini,