Searching...
Friday 8 November 2013
01:46 0

Video: Ulasan Dan Ujian “Hempas” Nexus 5

nexus5

Nexus 5 merupakan salah satu daripada peranti yang amat dinanti-nantikan oleh peminat peranti Google yang berkemungkinan besar akan dilancarkan pada 20 November ini di Amerika.
Antara spesifikasi yang terdapat pada peranti ini termasuk skrin 5 inci HD Penuh, prosessor 2.2GHz Snapdragon 800, memori RAM 2GB serta pilihan memori 16GB/32GB.
Peranti yang direka berasaskan peranti G2 daripada LG ini juga mempunyai kamera belakang 8MP dan 1.3MP bagi kamera hadapan.
Android Authority, salah satu daripada saluran di YouTube yang terkenal bagi ulasan peranti Android telah memuat naik dua video berkenaan dengan Nexus 5 termasuk “unboxing” serta ujian hempas bagi produk tersebut.
Lihat video di bawah ini untuk lebih “mengenali” bakal peranti baru anda.
Ulasan:
Ujian hempas:
Video: Ulasan Dan Ujian “Hempas” Nexus 5http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/nexus5.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/nexus5-150x150.jpgMyNewsHubTerkini,,


01:28 0

Rabecca Nur Al-Islam Menang Kes Saman

Rabecca Nur Al Islam Menang Kes Saman
Sekitar bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menyaman produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.
Berikutan kes saman itu, Rabecca telah melahirkan rasa syukur kerana kemenangan berpihak pada dirinya dan dalam masa yang sama, pelakon tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menyelesaikan kes tersebut.
Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz… Syukur… Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar. – Media Hiburan
Rabecca Nur Al Islam Menang Kes Saman
Foto yang dikongsikan oleh Erma Fatim
Dalam pada itu, menerusi laman sosial Erma Fatima, penerbit tersebut dilihat tenang menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah dan berkongsi sekeping foto yang mengandungi caption berbunyi :
There is a HIGHER COURT then courts of justice and that is the court of CONSCIENCE . It supercedes all other courts.
Untuk makluman, drama bersiri Dejavu Di Kinabalu telah diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, pada setiap hari Isnin hingga Khamis.
Drama tersebut mula ditayangkan pada 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha serta Nazim Othman – Ohbulan


01:09 3

Kisah ‘Orang Tak Betul’ Mengenai Pesawat Angkasa

Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang matematik dan fizik. Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
Bijak
SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.
Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.
Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.
Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!
Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.

NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )