Searching...
Saturday 9 November 2013
19:58 0

Video: Gadis Dihempuk Periuk Oleh Ibu Sendiri Gara-Gara…

SING


Bayangkan anda dihempuk dengan periuk oleh ibu sendiri gara-gara dia tak tahan mendengar suara ‘merdu’ anda..
Sadiskan..
Itu yang terjadi pada seorang gadis remaja di Brazil yang melalak dengan lagu popular dendangan Alicia Keys, Girl On Fire sambil merekodkannya menerusi ‘web cam’.
Namun apa yang tak disangka ialah ibunya telah menyerang gadis tersebut, mungkin gara-gara suara bising anaknya itu menganggu aktiviti yang dilakukan oleh ibunya pada ketika itu.
Iyalah, mana tahu maknya sedang syok layan drama kat tv, tiba-tiba anak buat bising.
Mana tak menyirap maknya kan.
Nyanyi lagu Girl On Fire, alih-alih dia yang kena Fire! Hahaha..
Apa-apa pun layan je la dulu video ini ya untuk hiburan hari Ahad anda!

sumber:beautifulnara.com


19:51 0

Jamal Abdillah Seorang Lelaki Sempurna Di Mata Saya – Nas Adila

Amboi amboi amboi. Sejak bergelar Datuk, saham Jamal Abdillah semakin meningkat naik di kalangan wanita nampaknya. Masih “bujang” setelah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini, dikatakan bahawa Jamal Abdillah akan masuk merisik penyanyi Nas Adila yang berusia 26 tahun. Pucuk muda lagi tue!!!
jamal
Untuk makluman, Nas Adila pernah dijemput sebagai artis jemputan ketika Konsert Extaravaganza Jamal Abdillah di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Mungkin ketika itu Datuk Jamal Abdillah tertarik hati dengan Nas Adila. Yang penting, bagi Nas, Jamal Abdillah adalah seorang lelaki sempurna di matanya. Kata Nas:-
Jamal seorang lelaki sempurna di mata saya. Dia sangat bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Ketika ini dia memang memerlukan kehadiran seorang suri di hati untuk menjaganya.
Saya masih terkejut sebenarnya apabila orang mengaitkan kononnya kami sedang bercinta dan saya bakal dirisik Jamal. Sungguh, saya tidak tahu pula mengenai hal merisik ini,
Kalau benar itu akan berlaku (acara merisik), saya perlu mengenali dirinya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
nas adila
sumber:Beautifulnara.com
19:42 0

Filem Seram Highland Tower Timbulkan Masalah Pada Penduduk

Filem Seram Highland Tower Timbulkan Masalah Pada Penduduk


Kuala Lumpur – Filem Melayu berunsur seram Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.
Penduduk berdekatan pangsapuri itu, Datuk Siti Hendon Chik, berkata filem berkenaan yang menggunakan pangsapuri yang ditinggalkan itu sebagai lokasi penggambaran memberi kesan negatif kepada mereka.
Katanya, filem itu menggambarkan seolah-olah kawasan berkenaan benar-benar berhantu.
Gambaran karut
“Itu semua karut, kami yang tinggal di sini sejak 1982 hingga sekarang masih belum mengalami kejadian aneh seperti digambarkan dalam filem itu.
“Sebaliknya, kehadiran orang ramai yang cuba memasuki kawasan ini juga mengganggu ketenteraman penduduk di sini,” katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dari pangsapuri berkenaan.
Beberapa blok pangsapuri itu dikosongkan selepas satu bloknya tumbang pada 1993.
Pengawal keselamatan kawasan itu, R Uguneswaran, 25, pula berkata ramai orang cuba menceroboh kawasan itu sejak 31 Oktober lalu.
Dia yang bertugas mengawal jalan masuk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, mendakwa diancam dipukul kerana tidak membenarkan pengunjung masuk.
“Malam semalam (kelmarin), hampir 100 remaja bermotosikal cuba memasuki dan apabila dihalang mereka memaki kami,” katanya. – Berita Harian
Filem Seram Highland Tower Timbulkan Masalah Pada Pendudukhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/TRIGYY-COM-Review-Filem-Highland-Tower-2013-680x1024.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/TRIGYY-COM-Review-Filem-Highland-Tower-2013-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama



19:34 0

Gelagat Menjengkelkan Awek Afrika Di Kaunter McDonalds…

Bila Wanita Afrika Buat Lawak Di McD


Kebanjiran warga Afrika di negara ini tak dapat dinafi menimbulkan bermacam-macam masalah.
Selain kes penipuan, black money dan pergaduhan; budaya mereka yang berbeza selalu menimbulkan perasaan kurang senang di hati masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh kejadian yang dikatakan berlaku di McDonald Kuching ini apabila sekumpulan wanita Afrika ke sana.
Seperti lagak ‘atttention seeker’, wanita-wanita ini buat macam restoran makanan segera itu keluarga mereka punya apabila duduk di atas kaunter sambil ‘feeling’ cantik.
Apabila ditanya sama ada mahu ‘take away’ (bungkus) atau ‘eat here’ (makan sini), mereka jawab ‘eat here’ jadi itulah sebabnya
mereka terus duduk atas kaunter.’
Macam mana pendapat anda, kelakar tak?

sumber: Mynewshub.my


19:28 0

Foto : Aeril Zafrel Dedah Perkara Sebenar?

Foto : Aeril Zafrel Dedah Perkara Sebenar?

Sejak berita sebenar mengenai perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal didedahkan, pelbagai kontroversi lain mula menghimpit rumah tangga pasangan selebriti ini.
Bermula dengan kontroversi kononnya Wawa masih lagi tunangan orang sewaktu berkahwin dengan Aeril, seterusnya mengenai isu mereka dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan terbaru, Aeril dikatakan pernah berkahwin dengan pelakon, Ummi Nazeera.
Dipetik menerusi laporan sebuah akhbar tabloid hujung minggu lalu, Aeril dikatakan pernah rapat dengan Ummi dan didakwa mempunyai hubungan dengan aktres tersebut sebelum ini.
Berikutan kontroversi itu, pelakon drama Cinta Jannah ini tampil memberi penjelasan sekaligus menafikan dakwaan tersebut. Menurut Aeril dia hanya berhubung dengan Ummi melalui laman media sosial dan tidak pernah berjumpa dengan aktres tersebut secara peribadi.
Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi. – dipetik dari mStar Online.


 Foto : Aeril Zafrel Dedah Perkara Sebenar?

Aeril dedah perkara sebenar di laman sosialnya
Setelah kontroversi tersebut dijelaskan kepada pihak media, akhirnya Aeril dilihat mula mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum siapakah individu yang dipercayai bertanggungjawab ingin menjatuhkan dirinya dan Wawa.
Menerusi laman sosialnya satu jam yang lepas, Aeril telah memuat naik sekeping foto dengan caption berbunyi :
Bila ajakannya tidak bersambut…?! ayat conty yang selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”. Pandangan kalian? #matanbukti1
Melalui perkongsian foto tersebut, Aeril telah mendedahkan beberapa mesej yang telah dihantar oleh seorang wartawan hiburan tempatan kepada Wawa dengan kata-kata berbunyi :
Foto : Aeril Zafrel Dedah Perkara Sebenar?
Melihat pada tarikh mesej tersebut, nampaknya ia telah dihantar sebelum pendedahan sebenar status hubungan Wawa dan Aeril.
Dalam pada itu, menerusi ruang komen yang diberikan beberapa pengikut laman sosial Aeril meminta agar pelakon tersebut bersabar dan tidak mengambil serius mengenai hal yang berlaku.
Apa pun, diharapkan agar kontroversi seperti ini tidak akan berterusan dan semoga semua kemelut ini dapat diselesaikan secara baik. Industri hiburan ini kecil sahaja, lambat laun apa yang disorokkan akan terdedah juga.
Sumber gambar : Instagram Aeril Zafril
19:18 0

GAMBAR: 10 Gaya Pelik Lady Gaga

10 Penampilan Pelik Lady Gaga

SIAPA yang tidak kenal dengan ‘kegilaan’ penyanyi kontroversi, Lady Gaga yang sentiasa muncul dengan penampilan pelik yang adakalanya tidak masuk akal.
Bagaimanapun, keanehan itulah yang menempatkan dia di kelas yang tersendiri berbanding selebriti lain.
Biarpun pernah dikecam kerana penampilannya itu, Gaga tidak pernah serik untuk terus tampil begitu.
Di sini, kami sertakan 10 gaya pelik penyanyi yang bakal muncul dengan album terbarunya, ‘Artpop’ pada 11 November nanti.
1. Gayanya sewaktu menghadiri Anugerah Muzik YouTube pada 3 November 2013 di New York.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
2. Gaga meninggalkan hotel di London pada 31 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
3. Dilihat mengenakan topeng dan topi hitam di London pada 30 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
4. Memakai topi bulu merak hitam ketika keluar dari Studio ITV, London selepas penggambaran ‘Graham Norting’ pada 29 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
5. Bergaya aneh umpama patung di luar hotel pada 28 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
6. Mengenakan ‘kaca mata’ pelik dengan dandanan rambut mengerbang pada 26 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
7. Sewaktu meninggalkan Hotel Ritz di Berlin, Jerman pada 25 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
8. Penampilan sewaktu majlis pra dengar lagu terbaru dari album ‘Artpop’ di Halle Berghain, Berlin pada 24 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
9. Muncul dengan penutup kepala ala nugget ayam, juga untuk promosi album terbarunya.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
10. Kelihatan agak normal sewaktu tiba di Ritz Carlton, Berlin pada 23 Oktober 2013.
10 Penampilan Pelik Lady Gaga
Oleh: ELZA
(Sumber asal: Billboard.com)





19:06 0

Penjenayah Larikan Kemaluan Lelaki

Penjenayah

Los Angeles – Empat orang didakwa menculik, menyeksa dan mengerat kemaluan seorang pemilik tempat penyimpanan ganja perubatan bagi memaksa mangsa mendedahkan tempat simpanan perniagaan dadahnya.
Tertuduh percaya mangsa menyembunyikan sejumlah besar wangnya di kawasan terpencil padang pasir.
Bagaimanapun penjenayah terbabit tidak menyangka bahawa mereka tersilap menilai mangsa kerana lelaki terbabit bukanlah pengedar dadah, sebaliknya cuma ahli perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penyimpanan ganja berlesen.
Dua daripada suspek, Ryan Anthony Kevorkian, 34, dan Naomi Josette Kevorkian, 33, ditahan di Fresno, tengah California semalam, sehari selepas defendan ketiga Hossein Nayeri, 34, ditahan di Republik Czech.
Pihak berkuasa berkata, pada awalnya Hossein melarikan diri dari AS ke Iran selama beberapa bulan tetapi ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ketika cuba melawat keluarganya di Sepanyol.
Kyle Shirakawa Handley, 34, dalang yang dituduh dalam kes penculikan itu sudah ditahan sejurus selepas insiden tersilap mangsa itu berlaku Oktober lalu.
Setiap suspek didakwa atas tuduhan menculik, melakukan kekacauan, penyeksaan dan mencuri dengan hukuman tambahan kerana menyebabkan kecederaan parah pada tubuh. Semua mereka ditahan tanpa dibenar diikat jamin dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan.
Mangsa – yang dirahsiakan identitinya oleh pihak berkuasa – adalah pemilik tempat penyimpanan ganja sah yang mewah di California.
Ganja itu disimpan untuk tujuan perubatan. Mangsa terselamat daripada dicacatkan tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama.
Polis berkata, suspek melarikan diri bersama potongan kemaluan mangsa supaya ia tidak dapat disambung semula. Menurut polis, rancangan penculikan itu dibuat selepas mangsa membawa beberapa penanam ganja yang menjadi pembekal kepada tempat penyimpanannya, termasuk Handley untuk percutian mewah hujung minggu ke Las Vegas. – Reuters
18:51 0

Gadis Paling Kurus Di Dunia Berusia 24 Tahun

kurus1
TEXAS – Manusia paling kurus di dunia kini disandang oleh Lizzie Velasquez yang berusia 24 tahun. Gadis berkenaan bukan kurus disebabkan dia mengalami masalah pemakanan iaitu aneroxia sebaliknya ia berpunca daripada sindrom yang jarang ditemui di dunia ini.
Penyakit itu hanya dialami oleh dua manusia sahaja di dunia ini.
Dia dilahirkan tanpa lemak di badan, justeru menyukarkannya untuk menambah berat badan.
Selain itu, Lizzie juga mengalami masalah penglihatan di sebelah matanya, serta sukar melakukan pergerakan badan.
Dengan ketinggian hanya 5 kaki dua inci, Lizzie hanya seberat kira-kira 23 kilogram, menyebabkan dia perlu makan setiap 20 minit meliputi 60 kali hidangan setiap hari.
Keadaan ini menyebabkan dia dibuli di sekolah dan di media sosial.
Namun di sebalik cabaran tersebut, Lizzie menjadi tabah dan berani berdepan dengannya, malah dia menjadi penceramah motivasi serta menulis dua buah buku untuk menceritakan mengenai keadaannya.
Buku-buku berkenaan mencatat jualan paling laris dan dia juga berjaya memerikan motivasi sebanyak 200 jam setahun.
Ketika menceritakan mengenai dirinya, Lizzie berkata, dia bangkit daripada kesedihan dan bertekad untuk melakukan sesuatu dalam hidup.
“Saya terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima diri sendiri dan menerima hakikat bahawa individu yang saya lihat di cermin itu adalah diri sendiri,’’ katanya.
Jelas Lizzie, menjadi sasaran pembuli di sekolah telah menjejaskan kehidupannya .
“Ibu bapa saya membesarkan saya untuk menjadi normal dan mereka tidak pernah memberitahu bahawa saya berbeza dengan orang lain,’’ katanya.

sumber:mynewshub.my

18:04 0

Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap

bank
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

“Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman… terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia,” ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.
pdrm

10:35 0

Wanita Termuda Menang Nombor Ekor RM27 Juta, Datang Seorang Tuntut Hadiah!

Wanita Termuda Menang Nombor Ekor RM27 Juta, Datang Seorang Tuntut Hadiah!

SEORANG eksekutif muda wanita yang baru berusia dalam lingkungan 30-an mencatat sejarah antara pemenang judi Toto 4D Jackpot termuda di negara ini bila memenangi pertaruhan sebanyak RM27 juta.
Berasal dari Kuala Lumpur, wanita berkenaan telah membeli gabungan nombor 5757 dan 1113 yang diilhamkan dari nombor lesen memandunya, nombor plat kereta dan beberapa tarikh bermakna dalam hidupnya.
Menurut sumber, tidak seperti kebanyakan pemenang lain, wanita itu hanya datang berseorangan ke ibu pejabat Sport Toto Malaysia untuk menuntut hadiahnya dengan alasan tidak mahu menganggu jadual suami dan ahli keluarganya yang lain.
Apapun jangan pula jadikan wanita ini sumber inspirasi pulak kerana ternyata selain judi itu sendiri satu perbuatan haram di sisi orang Islam, ia ternyata tidak membawa faedah.
Selalunya, mereka yang kaki judi ini akan musnah kehidupan masing-masing kerana terlalu banyak bertaruh sedangkan peluang untuk menang terlalu dan sangat TIPIS.
Wanita ini mungkin bertuah tetapi perlu ingat, ianya mungkin satu dalam sejuta.
Mahu senang atau kaya kenalah berusaha, tiada jalan singkat untuk mendapat apa yang kita idamkan…tetapi kalau rajin dan cekal, segalanya tidak mustahil!
Macam-macam hal….

sumber:mynewshub.my
03:06 0

Kalimah Allah: PR Berjaya Hadap Kes Mat Yo Ke AFC

Kalimah Allah: PR Berjaya Hadap Kes Mat Yo Ke AFC

Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang begitu kurang ajar menayangkan kalimah Allah ketika perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Bahrain pada 15 Oktober tersebut, berhadapan dengan kemungkinan digantung dari permainan bolasepak seumur hidup.
Ini setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari Pakatan Rakyat dan bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.
Pada 30 Oktober yang lepas, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipetik sebagai berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC. Rujukan mengenai perkara tersebut boleh dirujuk  disini.
Bagi yang tidak tahu, sebelum menjadi Setiausaha Agung FAM, Hamidin ialah Setiausaha Persatuan Bolasepak Selangor – negeri yang sekarang diperintah Pakatan Rakyat.
Jadi janganlah terperanjat kenapa isu ini sampai ke pengetahuan AFC.
Berita lanjut klik DI SINI









02:58 0

SEGERA: Kanak-Kanak Mangsa Culik Ditemui Di Tasik Titiwangsa Tengah Hari Tadi

SEGERA: Kanak-Kanak Mangsa Culik Ditemui Di Tasik Titiwangsa Tengah Hari Tadi

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.
“Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik…tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.
Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.
“Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.
“Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu,” katanya.
Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.
Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi turut mengesahkan Freddie berada dalam keadaan selamat ketika ditemui.
Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.
Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.
Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya. – Mstar.com.my
02:36 0

Taufan Haiyan Yang Terkuat Di Dunia Mula Melanda Filipina, Bawa Kesan Buruk Kepada Negeri Sabah

Taufan2Kapal-kapal dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.
“Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.
“Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angin kencang dan laut bergelora,” katanya kepada The Star.
Bagaiamanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.
Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.
Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulaun tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.
Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.
Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haifan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.
Ia melaporkan bahawa kelajuan angin 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat SAbah, Kudat, Sandakan dan Labuan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata MetMalaysia.
Ia turut meningkatkan amaran ribut daripada ‘Kategori Pertama’ (berbahaya kepada bot kecil) kepada ‘Kategori Kedua’