Searching...
Sunday 10 November 2013
07:08 0

Zubir Mohon Maaf Pada Ummi Nazeera


Adakah benar pelakon Ummi Nazeera sudah berhijrah sepenuhnya?

Wartawan hiburan sensasi, Zubir Yunus akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres Ummi Nazeera.
Ucapan maafnya itu dipaparkan menerusi artikel Zubir dalam akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop, hari ini.
“Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan.  Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa.  Harap pihak lain tidak menyibuk”!, ” katanya dalam artikel berkenaan.
Ummi yang kini masih lagi menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf berikutan penulisan artikel yang mendakwa dirinya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel.
Menganggap artikel itu sebagai fitnah, Ummi sekali gus menjelaskan dalam laman Twitternya, “pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril secara berdepan. Perkara kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia (Aeril) di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya”.
Gosip mengatakan Ummi dan Aeril pernah bernikah turut dikuatkan dengan penghijrahan Ummi yang kini sedang mendalami ilmu agama seperti mana juga Aeril.
Namun, Ummi menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan dia tidak perlu berubah ke arah yang lebih baik disebabkan seorang lelaki, sebaliknya itu adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi olehnya sebagai seorang Muslimah.

SUMBER:mynewshub.my
07:03 0

VIDEO : Cubaan Curi Motor Yang Gagal

VIDEO : Cubaan Curi Motor Yang Gagal


JIKA anda tidak mengunci pintu pagar rumah pada waktu siang, ia memberi peluang untuk penjenayah untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah mencuri atau pecah rumah.
Di laman Facebook Giler Kentang, satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) cubaan mencuri motosikal di waktu siang hari.
Kejadian dipercayai berlaku hari ini melalui tarikh rakaman CCTV berkenaan.
Pada permulaan video selama 3:15 berkenaan, suspek dilihat berulang alik meninjau rumah mangsa sebanyak tiga kali bagi memastikan keadaan benar-benar selamat untuk mencuri.
Kemudian suspek yang berpakaian t-shirt putih dilihat menghampiri pagar rumah berkenaan dan cuba membukanya biarpun sukar kerana pagar itu ialah pagar elektrik automatik.
Suspek kemudiannya berjaya masuk dan cuba mencuri sebuah motosikal.
Ketika cuba membawa motosikal yang dcurinya itu keluar, ia tersangkut di pintu pagar sebelum penghuni rumah berkenaan keluar apabila menyedari sesuatu yang mencurigakan berlaku.
Lagak pencuri yang ketakutan cuba juga untuk melarikan motosikal itu namun ditinggalkannya selepas tuan rumah mengejarnya dengan cangkul.
Berhati-hatilah, kita perlu juga merangka satu perancangan keselamatan di rumah sendiri kerana ia juga menjadi lokasi berpotensi untuk menjadi mangsa penjenayah. -mynewshub.my




Berhati-hatilah, kita perlu juga merangka satu perancangan keselamatan di rumah sendiri kerana ia juga menjadi lokasi berpotensi untuk menjadi mangsa penjenayah. -mynewshub.my
Oleh : PAPA DIVA
VIDEO : Cubaan Curi Motor Yang Gagalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-10112013-70654-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-10112013-70654-PM-150x150.jpgAuthor MNHJenayahTerkini,
JIKA anda tidak mengunci pintu pagar rumah pada waktu siang, ia memberi peluang untuk penjenayah untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah mencuri atau pecah rumah. Di laman Facebook Giler Kentang, satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) cubaan mencuri motosikal di waktu siang hari. Kejadian dipercayai berlaku hari ini melalui tarikh...
JIKA anda tidak mengunci pintu pagar rumah pada waktu siang, ia memberi peluang untuk penjenayah untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah mencuri atau pecah rumah. Di laman Facebook Giler Kentang, satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) cubaan mencuri motosikal di waktu siang hari. Kejadian dipercayai berlaku hari ini melalui tarikh rakaman CCTV berkenaan. Pada permulaan video selama 3:15 berkenaan, suspek dilihat berulang alik meninjau rumah mangsa sebanyak tiga kali bagi memastikan keadaan benar-benar selamat untuk mencuri. Kemudian suspek yang berpakaian t-shirt putih dilihat menghampiri pagar rumah berkenaan dan cuba membukanya biarpun sukar kerana pagar itu ialah pagar elektrik automatik. Suspek kemudiannya berjaya masuk dan cuba mencuri sebuah motosikal. Ketika cuba membawa motosikal yang dcurinya itu keluar, ia tersangkut di pintu pagar sebelum penghuni rumah berkenaan keluar apabila menyedari sesuatu yang mencurigakan berlaku. Lagak pencuri yang ketakutan cuba juga untuk melarikan motosikal itu namun ditinggalkannya selepas tuan rumah mengejarnya dengan cangkul. Berhati-hatilah, kita perlu juga merangka satu perancangan keselamatan di rumah sendiri kerana ia juga menjadi lokasi berpotensi untuk menjadi mangsa penjenayah. -<strong> mynewshub.my</strong> <div id="fb-root"></div> <script type="text/javascript">// <![CDATA[ (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); // ]]></script> <div class="fb-post" data-href="https://www.facebook.com/photo.php?v=584845498231440" data-width="550"> <div class="fb-xfbml-parse-ignore"><a href="https://www.facebook.com/photo.php?v=584845498231440">Post</a> by <a href="https://www.facebook.com/gilerkentangblog">GilerKentang</a>.</div> </div> Oleh :<strong> PAPA DIVA</strong>
 





06:47 0

SEMAKIN PANAS…Zubir BiPop Tempelak Kenyataan Aeril Zafrel

Oh! Artis Belasah Zubir Bipop Berlagak Tuhan

Jika sebelum ini Aeril Zafrel pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan wartawan Zubir Yunus sebagai tidak berakhlak apabila menyiarkan cerita yang tidak berasas mengenainya yang dikatakan pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera, kali ini Zubir kembali menempelak pelakon tersebut menerusi ruangan pojoknya, hari ini.
Zubir menyifatkan tindakan Aeril yang bernikah sebanyak dua kali juga sebagai tidak berakhlak apabila wartawan tersebut turut menyiarkan petikan seorang penceramah bebas mengenai perkahwinan kali kedua seperti mana yang dilalui oleh Aeril dan juga isterinya, Wawa Zainal.
Menurut Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, tindakan bernikah bernikah dua kali tidak wajar dilakukan atau tidak boleh dicontohi oleh orang lain.
“Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak,” katanya yang dipetik menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop.
Nampaknya semakin hangat dan rumit kes yang berlaku di antara Zubir-Aeril ini.
Bagi penulis, hentikanlah segala perbalahan ini dan saling bermaafanlah kalian.
Bergaduh lama-lama pun tidak membawa sebarang kebaikan pun kerana hubungan pihak media dan artis seharusnya bagai isi dan kuku, kerana kedua-duanya saling memerlukan dalam industri hiburan tanah air.
Tak gitu?

sumber:mynewshub.my


06:08 0

Wajah 5 Hackers @ Penggodam Paling Dikehendaki FBI

HACKERS

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) telah menawarkan sebanyak USD100,000 (RM317,750) kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan maklumat mengenai lima penggodam yang paling dikehendaki oleh lembaga penyiasatan tersebut.
Senarai nama lima penggodam tersebut juga telah diedarkan oleh FBI dalam usaha mereka untuk menjejaki penjenayah siber  berkenaan.
Dua daripada mereka yang paling dikehendaki itu berasal dari Pakistan, dikenali sebagai Farhan Arshad dan Noor Aziz Uddin.
Mereka dipercayai terlibat dalam sistem penggodaman telekomunikasi antarabangsa di antara tahun 2008 sehingga 2012.
Farhan dan Noor Aziz dikatakan mendapat capaian ke dalam sistem komunikasi perniagaan, sekali gus berjaya memperoleh USD50 juta hasil aktiviti haram itu.
FBI percaya aktiviti mereka turut dijalankan bukan sahaja di Pakistan, sebaliknya termasuk di Filipina, Arab Saudi, Switzerland, Sepanyol, Singapura, Itali dan Malaysia.
Penggodam ketiga yang paling dikehendaki ialah Carlos Perez-Melara, di mana dia menggunakan modus operandi dengan mencuri segala maklumat sulit mengenai pelanggannya.
Perez-Melara telah memperkenalkan satu laman web penipuan yang diwujudkannya iaitu ‘catch a cheating lover’, kemudiannya apabila pelanggan memuat naik program tersebut di komputer tersebut, secara tidak langsung maklumat peribadi dan sulit mereka akan terdedah kepadanya.
Keempat ialah Andrey Nabilebich Tamme, yang dipercayai terlibat dalam sistem yang dinamakan sebagai ‘Operation Ghost Click’ yang telah menggodam lebih empat juta komputer di 100 negara di antara tahun 2007 sehingga Oktober 2011.
Di Amerika sahaja, sebanyak 500,000 mangsa dilaporkan telah tertipu dengan helah yang digunakan oleh Tamme.
Akhir sekali ialah Alexsey Belan, yang dikehendaki kerana secara haram memasuki rangkaian data tiga syarikat yang berpangkalan di Amerika, kemudiannya mencuri maklumat data serta identiti pekerja syarikat tersebut bermula pada 2012 sehingga tahun ini.
 

sumber:mynewshub.my

04:21 0

Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Di Hadapan Rumah





penguatkuasa 1



KUANTAN – Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik (Gambar bawah) dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

“Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

“Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,” katanya.Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA
RaflieJAIP
04:11 0

Suami Norazita Mahukan Hukuman Setimpal Buat Pembunuh Isterinya
















IRWAN


Suami kepada pegawai operasi Ambank yang mati ditembak, Irwan Kamaruddin melahirkan rasa kesyukuran di atas usaha keras pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tertangkapnya suspek pembunuhan isterinya, Norazita Abu Talib, 37.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah berjaya ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada jam 7.00 pagi tadi.

Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.
Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa penghargaan di atas usaha pihak polis yang bermati-matian memburu suspek sehingga ke lubang cacing.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana kehidupannya serta dua anaknya selepas pemergian isterinya pada 23 Oktober lalu, Irwan hanya berkata kehidupannya tetap berjalan seperti biasa namun rasa sunyi tanpa kehadiran isteri di sisinya.

Norazita telah ditembak dengan menggunakan ‘pump gun’ oleh Ardi yang merupakan pengawal keselamatan di bank berkenaan ketika Allahyarham sedang menyimpan wang hasil operasi bank pada hari tersebut.

Pengawal yang merupakan warga negara Indonesia itu juga dilaporkan telah melarikan wang berjumlah RM450,000 sejurus insiden itu berlaku.

sumber:mynewshub.my
00:34 0

Pengawal Keselamatan – Ardi Kini Menghitung Hari Ke Tali Gantung

ardi


Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.
Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.
Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.
Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.
Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.
Jutaan rakyat Malaysia pastinya berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.
Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.
Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.
Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.
Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.
Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.
Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes  selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti. - Mynewshub.my