Searching...
Wednesday 13 November 2013
04:54 0

VIDEO : Kedai Telefon Disamun Di Klang

VIDEO : Kedai Telekomunikasi Disamun Di Klang

DUA orang lelaki berbangsa India dipercayai telah merompak sebuah kedai telekomunikasi di Bandar Puteri Klang semalam, pada pukul 7.20 malam.
Video rakaman kamera litar tertutup insiden rompakan itu kini tersebar di laman sosial Facebook dan ia turut dikongsikan seorang seorang pengguna Facebook KS Suresh ke laman Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC).
Video berkenaan selama 1:43 menunjukkan visual sebuah kedai menjual alat-alat telefon bimbit kelihatan tenang dengan seorang penjaga kedai bekerja menjaga kaunter kedai berkenaan.
Suspek yang melakukan kegiatan itu berdua mengeluarkan parang daripada dalam baju masing-masing sebelum mengugut akan mencederakan penjaga kaunter kedai berkenaan.
Kemudian, seorang pelanggan cuba memasuki kedai berkenaan tetapi melarikan diri apabila ada rompakan sedang berlaku.
Seorang suspek kemudian berlari ke pintu cuba menangkap pelanggan berkenaan tetapi gagal. Dia kemudiannya mengawasi pintu kedai berkenaan bagi mengelakkan ada lagi orang ramai yang datang ke kedai itu.
Penjaga kedai yang ketakutan selepas diacu dengan dua bilah parang, hanya mampu melihat sahaja barangan di dalam kedai jagaannya dicuri kedua-dua penjenayah itu. –mynewshub.my
04:29 0

Tarif Elektrik Dijangka Naik Tahun Hadapan

Tarik Elektrik Dijangka Naik Tahun Hadapan


TARIF elektrik dijangka dinaikkan selewat-lewatnya pada Januari atau Februari tahun hadapan.
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.
Untuk rekod, tarif elektrik sedia ada adalah berdasarkan harga gas yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM13.70 setiap juta metrik unit termal British (mmBTU).
Sementara Petronas pula perlu membeli gas di pasaran pada harga RM42 mmBTU ke atas, iaitu kira-kira dua atau tiga kali ganda daripada harga yang ditetapkan kerajaan.
Tekanan itu menyebabkan penyelarasan tarif elektrik perlu dilakukan.
Waktu ini, TNB bergantung sebanyak 70 peratus gas bagi menjana elektrik sementara bakinya diperoleh daripada arang batu dan hidro.
Setakat ini, TNB telah memberi beberapa maklumat termasuk mengenai peningkatan harga gas asli cecair (LNG) kepada kerajaan yang memungkinkan penyelarasan tarif elektrik dilakukan.
Menurut sumber, setiap subsidi tiga ringgit yang dikurangkan oleh Petronas mendorong kepada 1.6 sen peningkatan pada kadar tarif.
” Yang pasti kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi,” menurut sumber itu kepada Mynewshub.my.
Untuk rekod, TNB sebelum ini memberi jaminan bahawa cadangan tarif elektrik baharu tidak akan membebankan jika diperkenalkan kelak kerana ia masih melindungi kepentingan sebahagian besar pengguna.
Pada Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd berkata, lebih 50 peratus pengguna domestik iaitu kira-kira empat juta pengguna tidak akan menerima kesan daripada penyelarasan tarif elektrik baharu itu, yang setakat ini tiada sebarang tarikh penguatkuasaan diberikan.
Malah katanya, caj pengguna elektrik di bawah 200 kilowatt jam (kWh) sebulan atau bersamaan RM70 sebulan tidak akan terjejas dalam cadangan penyelarasan tarif baharu itu.
“Tidak akan ada peningkatan berganda di dalam tarif elektrik baharu yang akan membebankan pengguna, sebaliknya sebahagian besar pengguna domestik tidak terkesan daripada pelarasan itu,” katanya.

sumber:mynewshub.my
04:09 0

Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI Depan Bekas Suami Di Puchong!

Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI Depan Bekas Suami Di Puchong!


Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.
Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.
“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.
“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.
Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.
“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
* GAMBAR HIASAN

sumber:mynewshub.my