Searching...
Thursday 14 November 2013
13:05 0

Idola Kecil 6: Kemampuan Luar Biasa Peserta

idola kecil 6.Selepas lima musim bersiaran, ranca­ngan kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Idola Kecil kini kembali untuk musim keenam di TV9. Dalam episod pengenalan yang ditayang­kan Sabtu lalu menyaksikan 11 peserta berusia 10 hingga 12 tahun terpilih.
Mereka ialah Abdul Razzaq Muqri Abdul Qahhar, Aby Norlila Kamaruddin, Aida Syazlina Mohammad Azmi, Ammierul Daneal Eddy Noor, Danial Cheur Hamasiah, Muhammad Aliff Kadiron,Nur Afreena Saiful Najib, Nur Afreena Saiful Najib, Nor Alleeya Nor Edwan, Nur Emilia Natasha, Razin Aiman dan Shafiqah Amira Sukor.
Kemampuan mereka bakal teruji pada konsert pertama Sab­tu ini jam 8.30 malam.
Tahun ini menjanjikan persembahan hebat dan memukau 11 peserta terbabit kerana mereka memiliki kemampuan luar biasa dan daya penarik tersendiri. Anda juga boleh me­ngikuti perkembangan dan gelagat peserta cilik ini menerusi Idola Kecil Klip Mini pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.58 petang selama dua minit bermula semalam.

Klip Mini ini akan diterajui oleh Ben Laden dari Idola Kecil 5 dan stesen radio HotFM juga akan menghangatkan lagi Idola Kecil 6 dengan segmen Geng Radio untuk mempromosikan secara eksklusif semua peserta Idola Kecil 6 dengan temubual mingguan dan pelbagai aktiviti lain.
Idola Kecil 6 juga ingin memberi nafas­ baru dan sentuhan berbeza melalui tenaga pengajarnya di mana komposer muda, AG Coco atau nama sebenarnya, Hezry Hafidz dipilih sebagai pengarah muzik untuk memberikan impak lebih segar terhadap susunan muzik sambil dibantu Cikgu Delly (Fadlita Mohd Taib) yang masih kekal sebagai guru vokal.
Vokal masih lagi menjadi fokus utama bagi melahirkan bintang cilik berbakat, tetapi aspek tarian dilihat menjadi pelengkap bagi melahirkan penghibur yang serba boleh. Oleh itu tidak lengkap musim ini tanpa guru tari yang diterajui Fazrin Zainuddin atau ingin dikenali sebagai Fuzzwayne dari kumpulan Elecoldxhot.
Tugas penting sebagai juri tetap pula digalas pemenang Versus musim kedua, Tomok. Untuk konsert pertama ini, Tomok akan dibantu penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor dan Akim Ahmad sebagai juri jemputan. Pengacara Idola Kecil 6 masih lagi kekal milik Alif Satar yang dilihat sudah mempunyai keserasian untuk mengendalikan Idola Kecil.
Jangan lupa untuk saksikan 11 peserta Idola Kecil 6 berentap dalam konsert pertama 16 November ini dengan lagu-lagu pilihan mereka seperti Setengah Mati Merindu (Judika), Tiada Kepastian (Ziana Zain), Aku Permata (Salma), Kita (Forteen), Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor), Seroja ( Search), Terukir Di Bintang (Yuna), Permata (Alyah feat Ben), Samudera (Nora), Wrecking Ball (Miley Cirus) dan Pelangi Senja (Stacy).
Maklumat lanjut layari www.tv9.com.my/idolakecil6s serta geng radio HotFM di www.hotfm.com.my. Anda juga boleh layari www.tonton.com.my untuk siaran ulangan Idola Kecil 6.
12:52 0

Bas Ke Genting Terbabas, 1 Cedera Parah

                                                                       bas

Seorang penumpang cedera parah apabila bas persiaran yang membawa 22 penumpang terbabas ke dalam longkang di Km 3 Jalan Batang Kali-Jalan Genting, di sini awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superitendan Zulkifli Bidin berkata, lelaki berumur 58 itu patah kaki kanan akibat tersepit dalam kejadian pukul 5 pagi tersebut dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Beberapa penumpang lain termasuk pemandu bas itu dilapor mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas kejadian itu, Zulkifli berkata nahas berlaku dalam keadaan hujan renyai apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas tersebut, menyebabkan pemandunya mengelak ke tepi jalan.
“Tindakannya mengakibatkan bas yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Genting Highlands itu terbabas dan masuk ke dalam longkang,” katanya menambah  semua penumpang rakyat tempatan.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian.
Operasi tamat pada pukul 6.28 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, katanya. – Bernama



12:46 0

Masalah Seksual Lelaki Disebabkan Penyakit Dan Keletihan

seks lelakiLelaki sudah pastinya akan mengalami ereksi jika terdapat tindak balas rangsangan seksual. Ia adalah perkara biasa bagi seorang lelaki jika dia tidak mempunyai apa- apa masalah kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang baik.
Begitupun, jika keadaan tidak mengizinkan seperti ketika keletihan atau tekanan misalnya, tindak balas seksual tidak atau sukar untuk berlaku. Namun, ereksi masih boleh berlaku jika ia dipaksa tetapi akan memberikan kualiti erek yang berkurangan seperti tidak keras atau tidak cukup padat.
Bagi mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, situasi ini boleh berlaku kepada mereka bila-bila masa saja. Pesanan saya untuk kaum lelaki, jika anda mahukan daya ereksi yang terbaik, sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat.
Senaman berkala seperti joging, berjalan atau berenang dapat membantu menyihatkan badan. Senaman ini dapat membina stamina yang amat diperlukan ketika mahu bersama pasangan. Senaman kegel atau senaman ‘kemut’ juga membantu memantapkan benteng zakar.

Senaman ini boleh dilakukan empat hingga lima kali sehari dan setiap kali hanya dua atau tiga minit saja sudah mencukupi. Namun jika anda masih mendapati kemampuan ereksi kurang padat atau kurang meyakinkan, segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sesetengah lelaki gagal mempunyai daya ereksi mantap walaupun mengamalkan gaya hidup sihat kadangkala mempunyai masalah kesihatan dalaman. Ia seperti kemunculan penyakit kronik kencing manis atau tekanan darah tinggi.
Jika kebetulan anda mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam darah, anda perlu mendapatkan rawatan kerana masalah ini turut memperlahankan perjalanan darah ke dalam otot zakar.
Sesetengah lelaki mengesyaki keadaan buah zakar kiri kelihatan lebih besar dan menyangka ia berkaitan dengan masalah lemah syahwat. Bagaimanapun, tanggapan itu salah. Jika anda berasa ragu selepas membuat pemeriksaan kendiri terhadap zakar, lebih baik anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Jangan sekali-kali memakan ubat kuat atau apa-apa alat untuk zakar yang dijual secara berleluasa di pasaran luar. Semua itu mungkin tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan kemungkinan diperbuat daripada bahan tiruan.

Justeru, nasihat doktor adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mana-mana lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin.
sumber:mummynemo.com
07:02 0

Susah Dapat Kekasih: Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Diperkenalkan

rent Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.
Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka.
Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.
Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan.
Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.
Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.
Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.
Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja.
“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.
Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi
06:53 0

Episod Akhir Drama Love You Mr. Arrogant Catat Angka 4.6 Juta Penonton

Drama Love You Mr. Arrogant yang telah tamat ditayangkan di TV3 memang popular sangat-sangat. Setiap petang wall Facebook dan Twitter  dipenuhi dengan komen-komen daripada mereka yang menonton drama ini.  Tak berkesempatan untuk mengikuti drama yang diadaptasikan daripada novel ini kerana kekangan masa. Namun daripada apa yang dibaca, memang hebat penangan Love You Mr. Arrogant ini.
love you mr arrogant
Episod akhir drama yang ditayangkan pada 7 November lalu telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak 4.6 juta. Hebat sangat tue. Malah drama ini juga telah mempopularkan pelakon baru seperti Azlee Khairi, Zara Zya dan Keith Foo. Namun apa yang  sedih apabila ada isteri-isteri/awek-awek/gadis-gadis yang membandingkan watak hero drama ini dengan suami/pakwe/lelaki mereka. Satu perkara yang tak wajar pada pandangan saya.
love you mr arrogant
Namun begitu drama Love You Mr Arrogant ini menunjukkan bahawa drama yang baik pasti akan mendapat sambutan. Lebih-lebih jika ia diadaptasi daripada novel yang sudah pun mempunyai pengikut tersendiri. Diharap pada masa akan datang, akan lebih banyak novel akan diadaptasi ke kaca TV. Sama-samalah kita nantikan. Apa pendapat anda mengenai drama Love You Mr. Arrogant ini?


sumber:beautifulnara.com
06:07 0

Ada Peserta Mr. Planet Malaysia Nak JUAL BADAN, Beraksi SEPARUH BOGEL Untuk Menang!

Ada Peserta Mr. Planet Malaysia Nak JUAL BADAN, Beraksi SEPARUH BOGEL Untuk Menang!

Bukan nak menyibuk tapi Murai Batu sampai terbeliak mata selepas dapat tahu salah seorang peserta Mister Planet Malaysia yang sedang rancak dijalankan sanggup jual badan dan rupa hanya semata-mata ingin merebut gelaran juara.
Malah, Murai Batu dapat tahu, peserta berkenaan disifatkan sanggup menggadai maruah seandainya itu adalah cara terbaik untuk dirinya menang dengan cara yang mudah.
Sunggupun Murai Batu tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak, peserta tersebut yang di lihat antara yang paling mendapat sambutan dalam pertandingan ini telah kantoi bersikap sedemikian dalam salah satu ujian yang dijalankan.
Bagaimanpun, pihak pengajur difahamkan telah menasihati peserta berkenaan dan mata yang dipungutnya telah ditolak atas kesilapan tersebut.
Dalam pada itu, Murai Batu dengar cerita, beberapa peserta yang lain pula sudah sangat teruja untuk beraksi separuh bogel di depan lensa kerana tahu bentuk badanya merupakan daya penarik utama buatnya untuk menang.
Yang penting, Murai Batu rasa tidak seronok kerana perkara sebegini boleh berlaku?. Yelah, setahu Murai Batu pertandingan ini dibuat untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Kalau baru peringkat begini sudah buat perangai teruk macam gini, macam mana pula nanti bila sudah dipilih untuk wakil negara? Mungkin sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan menjejaskan imej negara.
Nasihat Murai Batu, penganjur kenalah betul-betul memilihdan melatih pemenang yang akan diumumkan pada penghujung November ini. – Murai.com.my





03:58 0

Kaki hilang 26 jam


kaki1[Gambar] MUHAMMAD Taufiq terlantar di hospital.
Batu Pahat: “Saya panik apabila kaki kanan (bawah lutut) putus dan hanya mampu menjerit meminta orang ramai tolong cari kaki sambil bertawakal ditemui semula,” kata Muhammad Taufiq Ruzman, 23, penunggang motosikal terputus kaki kanan dalam kemalangan di Simpang Sungai Suloh, Jalan Tanjung Labuh di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Taufiq menunggang Yamaha 125Z dalam perjalanan ke bandar ini, namun sebaik tiba di lokasi, dia mendakwa dirempuh sebuah Nissan Latio menyebabkan kaki kanannya terputus dan melambung sejauh kira-kira 200 meter manakala dia tercampak di atas jalan raya.
Menurutnya, sejurus kejadian dia sempat melompat ke tepi jalan walaupun menyedari kaki kanannya terputus bagi mengelak dilanggar kenderaan lain selepas dirempuh sebuah kereta.
“Saya terus hubungi bapa yang berada di Johor Bahru dan cuba mencari kaki, namun gagal.
kakiANGGOTA polis dan orang ramai membantu mencari kaki mangsa yang putus akibat kemalangan di Jalan Tanjung Labuh, kelmarin.
“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan dan lebih gembira apabila kaki yang terputus ditemui semula selepas kira-kira 26 jam hilang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di Hospital Putra di sini, semalam – Hmetro Online


03:41 0

Hentikan SERTA MERTA Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald! -Sultan Selangor

Hentikan SERTA MERTA Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald! -Sultan Selangor



SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta merta.
Baginda bertitah, ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri itu khususnya, dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
“Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas.
“Semua rakyat di Selangor khasnya perlu menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, undang-undang serta keputusan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Baginda juga menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam. – BERITA HARIAN
02:20 0

Remaja Tiru Program TV, Campak Bayi Dalam Sungai

India – Akibat terlalu obses dengan rancangan di televisyen, seorang remaja berusia 14 tahun telah menculik seorang kanak-kanak berusia setahun dan mencampaknya ke dalam sungai.
Tujuan remaja itu berbuat demikian adalah bagi melihat sama ada polis mampu menangkapnya.
Remaja itu yang obses dengan program Savdhaan India, iaitu yang rancangan yang menyiarkan cerita-cerita jenayah di India, telah menculik Sumit Singh ketika kanak-kanak itu bermain di luar rumahnya.
Kejadian tersebut disaksikan oleh jirannya yang melihat remaja itu membalut bayi tersebut dengan kain sebelum mencampaknya ke dalam sungai.
Malangnya mayat kanak-kanak lelaki itu tidak ditemui meskipun pihak berkuasa sudah empat hari melancarkan gerakan mencari dan menyelamat di sekitar sungai terbabit.
Dalam pada itu, bapa dan ibu mangsa, Santosh Singh, 34, serta isterinya Urvashi, 29, yang berasal dari Indore, Madhya Pradesh, kini berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan satu-satunya anak mereka itu.
Santosh ketika ditemui berkata,sehingga kini mayat Sumit gagal ditemui meskipun usaha mencari telah dilancarkan.
“Kami hanya boleh mengharap agar Sumit diselamatkan oleh individu lain,’’ katanya.
Ketika kejadian Sumit sedang bermain di luar rumahnya apabila dia diculik. Ketika itu ibunya hanya masuk sekejap ke dalam rumah dan selepas keluar, dia mendapati anaknya itu sudah hilang.
Sementara polis pula memberitahu, remaja itu pada awalnya menafikan dia mencampak kanak-kanak tersebut sebaliknya mendakwa dia hanya membuang sampah di dalam sungai.
Namun selepas beberapa hari, akhirnya remaja itu mengaku dan memaklumkan dia berbuat demikian kerana meniru rancangan di televisyen.
Jelas polis itu, remaja tersebut ingin menguji polis sama ada pihak berkuasa boleh menangkapnya kerana dalam rancangan itu, polis gagal mengesan pesalah.
Dia kini dihantar ke pusat tahanan juvana sementara menanti perbicaraan di mahkamah.
Remaja itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal sebaliknya bersikap agresif.
Keluarganya juga mengesahkan remaja itu sering menonton program berkenaan dengan kusyuk dan akan mengamuk jika ada orang lain menukar rancangan yang lain.


01:51 2

(Gambar) Baju ‘biawak’ tanpa seluar dalam

Beliau semakin dikenali dengan fesyen-fesyen yang daring dan berani selepas berpisah dengan kekasihnya, Lewis Hamilton awal tahun ini.
Pada malam Selasa lepas, Nicole Scherzinger telah muncul dengan gaya yang begitu berani di majlis harijadi Sushi Samba di London.
Hakim rancangan X-Factor itu hadir dengan memakai pakaian rekaan ala-ala ‘biawak komodo’ dengan jaringan halus di bahagian tepi hingga jelas menampakkan beliau tidak memakai seluar dalam.
Beliau melengkapkan penampilan seksinya dengan sepasang kasut bertumit tinggi berwarna hitam sambil membiarkan rambutnya lepas.

01:12 0

Pengikut Siti & KJ Berbalah Kerana Twitter

CT

PETALING JAYA – Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.
Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata salah seorang pengikut Khairy.
Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
siti 1
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.
Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
kj
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan. – mStar Online



01:00 0

132,801 Peminjam PTPTN Kena ‘BLACKLIST’ Imigresen, Tak Boleh Keluar Negara!

Seramai 132,801 Peminjam PTPTN Kena 'BLACKLIST' Imigresen, Tak Boleh Keluar Negara!

KUALA LUMPUR – Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.
“Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.
“Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).
Khalid bertanyakan mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.
Kamalanathan berkata peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik pinjaman selepas 16 bulan daripada tarikh tamat pengajian akan menerima surat makluman daripada PTPTN kepada mereka untuk menyatakan sebab tidak berbuat demikian.
Menjawab soalan tambahan Datuk Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) mengenai peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian selama 16 bulan, Kamalanathan berkata pihak PTPTN sedia mendengar masalah yang dihadapi peminjam yang tidak mampu membuat pembayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.
“Bagi peminjam yang tidak mampu membayar, mereka boleh menghantar e-mel kepada PTPTN bagi menyatakan masalah mereka dan PTPTN sedia membantu mereka sama ada mengurangkan ujrah pinjaman ataupun membayar ansuran bulanan dalam jumlah yang rendah,” katanya.
Peminjam yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas 16 bulan tamat pengajian juga diminta untuk memaklumkannya kepada PTPTN. – BERNAMA