Searching...
Sunday 17 November 2013
23:36 0

Pikat Calon Istfri, Lelaki Ini Ketahuan Pakai Foto Palsu Model Tampan



Begitu sulitnya mencari calon isteri, seorang lelaki di China sampai harus menggunakan tubuh para model atletis untuk menarik perhatian wanita. Lelaki yang juga berprofesi sebagai model itu menempelkan foto wajahnya ke foto tubuh lelaki sempurna. 

Seperti dikutip dari China View, model China berwajah cukup tampan itu bernama Liang Chao. Dia mendadak menjadi populer setelah menampilkan lusinan foto dirinya di situs jejaring sosial Wiebo (mirip Twitter). Foto yang diperlihatkannya di situs tersebut bukan sekadar foto biasa.

Dalam foto-fotonya, Liang tampil  dengan busana stylish dan memiliki tubuh sempurna. Dan yang membuat foto tersebut jadi buah bibir adalah karena penampilan sempurna itu bukan Chao sebenarnya.


Lelaki 30 tahun itu ketahuan menggunakan foto-foto palsu. Dia menempelkan wajahnya pada tubuh pria-pria yang dianggapnya sempurna. Dalam salah satu, Chao tampak melakukan edit pada tubuh model six pack dengan mengganti wajah lelaki tersebut menjaid wajah dirinya. Di foto lainnya, dia terlihat berpose mengenakan setelan nan stylish sambil berjalan kaki.

Sebelum ketahuan memakai foto palsu, Chao mengaku dia banyak mendapat respon dari wanita yang tertarik menikah dengannya. Apalagi dia mengaku memiliki pendapatan yang cukup menjanjikan yaitu US$ 1.700 sebulan.



Meskipun kini dia banyak dicela karena memakai foto palsu untuk menarik perhatian wanita, Chao cuek saja. Saat ini sudah lebih dari 70 ribu orang mengomentari situs jejaring sosial yang menampilkan foto-foto palsunya tersebut.

"Daripada menghabiskan waktu bagaimana melakukan edit foto, seharusnya kalian memanfaatkan ketika boleh  melakukannya," begitu katanya.



sumber:Borakkosong.com
23:16 0

Kubur kena sita

Hordaland, Norway: Pengunjung sebuah tanah perkuburan Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarung dengan beg hitam, semalam.
Setiap beg dilekatkan notis amaran lewat bayaran, mengingatkan keluarga si mati batu nisan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh terdekat jika mereka gagal menyelesaikan bayaran tertunggak penyelenggaraan tanah perkuburan.

Tindakan luar jangkaan di tanah perkuburan itu dilaksana pengurusan syarikat Akasia yang dilantik menyelenggara kawasan terbabit.
Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat itu.

Undang-undang menetapkan, majlis perbandaran akan menanggung kos penyelenggaraan dan sewa untuk 25 tahun pertama bagi keranda dan 20 tahun pertama bagi pasu menyimpan abu mayat bagi setiap penduduk yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan.

Selepas tempoh itu, keluarga si mati perlu membawa kos penyelenggaraan tahunan, 518 krone (RM217) untuk sebuah keranda dan 363 krone (RM190) untuk sebuah pasu.
Foto
KEBANYAKAN batu nisan disarungkan beg hitam di sebuah tanah perkuburan di Bergen, Hordaland.
Kegagalan untuk memenuhi syarat itu boleh menyebabkan batu nisan terbabit dialih dan dimusnahkan.


Namun, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan terhadap mayat dan laman web Akasia menyatakan: “Kubur berkenaan sudah tamat tempoh dan boleh digunakan lagi.” Sebelum mengambil tindakan itu, pengurusan syarikat melekatkan notis pada batu nisan dan dibiarkan enam bulan sebelum beg hitam itu disarungkan. - Agensi
22:30 0

Isu Tak Sedap Dibalik Pemilihan Wanita dengan Punggung Terseksi di Brazil












Miss Bumbum merupakan sebuah kontes yang bertujuan untuk memilih wanita dengan bokongatau punggung terseksi di Brazil. Tahun ini adalah tahun ketiga penyelenggaraan acara tersebut, namun berbagai isu tak sedap mewarnai kontes yang diadakan satu tahun sekali ini. Mulai dari penyuapan juri, pemalsuan pemenang, implan bokong, hingga operasi laser dan kecaman di sosial media pada akhirnya selesai seiring terpilihnya pemenang pada kontes tersebut. 

27 wanita pun dengan bokong terseksi seantero Brazil, tampil mengenakan G-string dan berjalan di panggung untuk memperebutkan gelar Miss Bumbum Brazil. Tahap selanjutnya, beberapa peserta dieliminasi dan tinggal menyisakan 15 peserta. Di tahap inilah kecurangan tersebut diklaim mulai terjadi.

Bulan lalu, media lokal Brazil memberitakan bahwa Eliana, salah satu peserta kontes, menyuap juri sebesar US$ 32.000  untuk membuatnya terpilih sebagai runner up Miss Bumbum. Sedangkan Daily O memberitakan bahwa ia melakukan operasi implan pada bokongnya.

Salah satu peserta kontes, Poliana Lopes, mengatakan, "Sudah bukan rahasia lagi jika pemenang kontes tersebut dapat dibeli, dan mereka telah memiliki pemenangnya, Maria Sousa." Hal serupa juga diungkapkan peserta lainnya, Sheyla Mel, melalui akun twitternya.

Dai Macedo, yang juga merupakan peserta dalam kontes tersebut, ikut menyerang Maria Sousa melalui sosial media dengan tuduhan penyuapan juri. Namun ia menarik kata-katanya setelah ia yang ditetapkan sebagai pemenang.

"Saya hanya sedang emosional. Saya tidak berharap untuk menang. Semua orang mengatakan hal yang buruk tentang Miss Bumbum di sosial media. Sekarang saya sadar, bahwa kontes tersebut benar-benar nyata," begitu tulisnya di akun twitter miliknya.

Ironisnya, satu hal yang paling tidak nyata dari kontes bokong terseksi tersebut adalah bokong para peserta itu sendiri. Macedo mengakui bahwa dia melakukan butt uplift pada asetnya tersebut. "Saya memang memiliki bokong yang seksi, namun liposuction membuatnya lebih seksi," akuinya.

Macedo yang berharap boleh menjadi pembawa acara suatu saat nanti, berhasil meraih gelar Miss Bumbum tahun ini dan membawa pulang hadiah senilai US$ 2.100  serta kontrak iklan. Pemenang kontes ini biasanya akan meraih populariti sebagai selebriti di negara tersebut.



sumber:Borakkosong.com
07:25 0

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

TIGA buah helikopter tentera Amerika Syarikat yang membawa bantuan kemanusiaan tiba di sebuah lapangan terbang di Tacloban semalam.


GIPORLOS, Filipina - Bantuan makanan dan ubat-ubatan semalam tiba buat pertama kali di beberapa kawasan terpencil yang dilanda Taufan Haiyan yang telah meragut ribuan nyawa di Filipina.
Di Giporlos, kira-kira 12,000 mangsa taufan itu mula menerima bantuan tersebut yang dibawa dengan menggunakan helikopter Seahawk milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Helikopter itu mendarat di padang permainan sebuah sekolah rendah di sini yang terletak di Pulau Samar.
"Kami sangat gembira walaupun bekalan itu tidak mencukupi. Kami menerima bekalan yang kecil itu kerana tidak ada lagi makanan dan rumah di sini," kata Maria Elvie Depelco.

SEORANGBEBERAPA mangsa Taufan Haiyan membasuh pakaian di sebatang paip di bandar Tacloban, wilayah Leyte semalam.


Di bandar Guiuan dekat sini, pesawat-pesawat yang sarat dengan bekalan kemanusiaan mendarat dan berlepas setiap beberapa minit di sebuah landasan terbang milik tentera.
Kapal pengangkut pesawat milik AS, USS George Washington turut menghantar 118 tan makanan, air dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa taufan tersebut di bandar Tacloban.
Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu telah mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter.
Lebih 10,000 orang dipercayai telah terkorban.
Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan setakat ini seramai 4,460 orang telah terbunuh. - Agensi


07:10 0

Kisah Yan Bai, Samseng Melayu Paling Dikehendaki Di Singapura!


Kisah Yan Bai, Samseng Melayu Paling Dikehendaki Di Singapura!


PERAWAKANNYA yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.
Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi.
Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.
Ini engkaukan… engkaukan? Mana kau nak lari?” kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu.
Mereka tidak menemui sebarang bukti – dadah atau senjata api – dan Yan Bai tetap diam membisu.
Yan Bai digeruni dalam “dunia jenayah” yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan “nombor” masing-masing hingga mengorbankan nyawa.
Sebagai ketua satu-satunya kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di sini malah di seberang Tambak.
Selepas beberapa minggu ditahan di lokap Bukit Aman, beliau dikawal ketat dalam perjalanan ke Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada polis Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Koswe sebelah Singapura.
Atas dakwaan sebagai pengasas Omega, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) atau CLTPA.
Kisah Yan Bai, Samseng Melayu Paling Dikehendaki Di Singapura!
Yan Bai, kini 51 tahun, pernah ditahan di Penjara Chia Keng di Yio Chu Kang Road pada 1987 di bawah akta sama kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran heroin.
Beliau yang pernah dua kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) menyimpan dendam kerana mendapati pengedar Melayu, termasuk beliau, ditindas sindiket dadah kaya raya yang dikuasai kumpulan samseng.
Atas pemikiran itulah beliau menubuhkan kumpulan Singapura 14, hasil perbincangan dengan beberapa banduan penjara itu yang kebanyakannya tinggal di sekitar Geylang.
Namun, kumpulan itu dibubarkan selepas dua tahun kerana sesetengah anggota melanggar etika gengster – terlibat dalam kegiatan homoseksual.
Yan Bai, yang disokong enam banduan Melayu yang lain, kemudian mengangkat sumpah sehidup semati dengan Al-Quran untuk menubuhkan kumpulan Omega sempena sambutan hari jadinya pada 23 September 1989.
Dengan penubuhan kumpulan yang menarik penyertaan kian ramai banduan, beliau “turun cakap” dengan kepala gengster yang lain bagi membolehkan banduan Islam mengangkat wuduk di tandas antara 7 dengan 8 malam di penjara itu.
“Sebelum itu, susah nak ambil wuduk pada waktu maghrib dan isyak. Bayangkan lebih 30 orang berebut nak pakai tempat tandas yang hanya ada sebuah. Ada kepala gengster yang tak setuju tapi saya jumpa mereka one to one. Mereka tak berani angkat muka. Akhirnya semua ikut peraturan yang dipersetujui itu dan tiada lagi pergaduhan,” sambung Yan Bai yang ditemui baru-baru ini dengan memakai jean hitam, sepatu sukan, dua rantai berjuntai di tengkuk serta gelang dan cincin berbaris.
Sejak itu, Yan Bai semakin dihormati di penjara yang kini telah pun dirobohkan.
Selepas lima setengah tahun, Yan Bai dipindahkan ke Kem Ahmad Ibrahim di Upper Thomson Road, tetapi melarikan diri hanya beberapa bulan selepas itu.
Ketika pelarian itulah kumpulan Omega semakin berkembang dengan para anggota semuanya Melayu bersepah di sana sini.
Kumpulan yang disifatkan sebagai berani mati itu beransur-ansur menguasai pengedaran dadah dan sekali gus mengurangkan monopoli kumpulan-kumpulan samseng lain.
Dalam 1990-an itulah masalah dadah di kalangan masyarakat Melayu memuncak sehingga ke tahap membimbangkan. Yan Bai ditangkap sekali lagi dan ditahan atas kesalahan melarikan diri dari penjara.
Beliau dibebaskan pada 2000 dan berkahwin pada hari jadinya – 23 September.
Menyedari gerak-geri dan kegiatannya dipantau polis, Yan Bai bersembunyi di Indonesia dan Malaysia tetapi masih memberi arahan kepada orang-orang kanannya di Singapura.
Jaringan rapat dan berurusan secara langsung dengan kongsi-kongsi gelap yang juga menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia, menyaksikan Yan Bai dihormati dan diberi bantuan.
“Semuanya beres macam pasang siap apabila saya sampai ke Malaysia. Mereka kasi kad pengenalan, pasport dan serahkan sebuah kereta baru Proton Saga dengan hanya bayar sagu hati tanda persaudaraan sebanyak RM3,600.
“Jumlah tersebut juga sempena lambang kumpulan samseng 36 yang berpengaruh di Malaysia,” kata Yan Bai sambil menyatakan para anggota kumpulannya hidup senang hasil kegiatan mengedar dadah tetapi dicemburui kumpulan-kumpulan samseng lain.
“Dulu budak-budak jam (Omega) nak dapat satu peket heroin, boleh buat 40 hingga 50 suku, pun susah daripada sindiket lain. Saya kasi budak-budak kita hidup. Satu peket saya tolak $80 dan mereka jual $250.
“Saya pastikan harga tetap di pasaran… tak boleh main bangsat,” tambahnya.
Namun, sejak dibebaskan Februari lalu, beliau mengaku kesempitan kerana sukar mendapat pekerjaan dan kini dalam proses cerai.


sumber:Mynewshub.my
05:13 0

Pengguna Smartphone Pasti Tersindir Melihat Video Ini, Sad But True

Anda pengguna smartphone? Kami pastikan hampir semua menjawab ''Iya'', kerana hampir semua orang memiliki benda ini. Rasanya ada yang kurang jika tidak memiliki smartphone.
Namun tahukah Anda, semakin menjamurnya smartphone boleh mengubah kehidupan dan kebiasaan. Sekarang kita jadi lebih sering memotret makanan sebelum makan, lebih sering chit-chat via BBM atau WhatsApp ketimbang berbual langsung dan sebagainya.
Kadang kebiasaan ini agak menyakitkan bagi beberapa orang. Perasaan yang disampaikan video ini mungkin pernah Anda alami. Bagaimana rasanya jika Anda lupa membawa smartphone sedangkan teman yang lain lebih peduli dengan smartphone-nya ketimbang Anda.
(c) youtube.com/charstarleneTV
Saat bangun tidur, bukan ciuman selamat pagi yang didapat, pasangan lebih sibuk membaca status. Saat ngobrol dengan teman-teman, mereka lebih sibuk dengan entah siapa yang menulis pesan di BBM atau WhatsApp. Bahkan anak-anak lebih senang main melalui smartphone ketimbang main ayunan.
Ketika ingin heboh high five dengan teman karena berhasil memasukkan pin-pin bowling, tidak ada yang peduli. Saat memberi kejutan ulang tahun, bahkan yang ulang tahun lebih peduli memotret kuenya ketimbang yang memberi kejutan. Menyakitkan..
Tapi inilah perkembangan zaman, mungkin menyakitkan, tapi mau tidak mau harus kita hadapi. Mungkin pendapat teman saya benar mengenai kemajuan teknologi.

INTERNET DAN SMARTPHONE,

MENDEKATKAN YANG JAUH,

MENJAUHKAN YANG DEKAT.

Apakah Anda juga pernah mengalami hal yang sama? 

sumber:Borakkosong.com
05:00 0

Dera: Ibu kanak-kanak ditahan bantu siasatan

Gambar hiasan sahaja

KUALA TERENGGANU - Polis menahan ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan, dipercayai didera, di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, tangkapan itu dilakukan pada 4.30 petang iaitu sejurus selepas pengkebumian jenazah Putri Nur Qistina Balqis Abdullah hari ini.

Beliau berkata, ibu tunggal berusia 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian anaknya Jumaat lepas.

"Laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada tempurung kepala dan kesan kecederaan abdomen akibat benda tumpul pada mangsa.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa didera, jatuh atau sebaliknya, kerana jika kanak-kanak ini jatuh juga akan mengakibatkan kecederaan seperti itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Putri Nur Qistina Balqis, dari Kampung Seberang Jerteh, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam.

Pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa mendapati kesan kecederaan dan lebam di dahi, pipi serta kepala.

Bagaimanapun, Manoharan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama - sumber
04:32 0

Wanita disamun turut dinoda dalam kereta


Alor Setar: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang. 

Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa. 

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.

Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan. 

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu. 

“Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit. 

Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama. - sumber
04:01 0

Final Ratu Rania 2013|Juara Ratu Rania Musim Pertama

ratu raniaSETELAH sembilan minggu bersaing, program realiti Ratu Rania bakal berakhir. Program yang baru bersiaran untuk musim pertama itu merupakan sebuah rancangan pencarian ikon wanita moden dan kini, dua finalis akhir telah pun diumumkan.
Dua orang ibu iaitu Normazuraida Zakaria, 34 tahun dan Rosnawati Bachok, 37 tahun merupakan finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Ratu Rania musim yang pertama ini.
Finalis yang dipilih melalui sistem permarkahan 100 peratus oleh tiga orang juri tetap yang terdiri daripada Rizalman Ibrahim, Rozita Che Wan dan Ziana Zain itu telah mengetepikan dua lagi peserta di peringkat separuh akhir.
Selain menguji sejauh mana pengetahuan mereka terhadap produk Safi Rania, mereka juga dinilai mengikut tiga kriteria utama yang lain iaitu keyakinan diri, pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.
Walaupun mereka merupakan seorang ibu dan isteri, tanggungjawab terhadap keluarga tidak diabaikan walaupun mempunyai jadual yang sibuk. Namun begitu, mereka terpaksa berkorban dari segi masa untuk dibahagikan antara menjadi peserta program serta menguruskan keluarga.
Aida tegas dalam kelembutan
“Walaupun jadual saya padat, saya tidak sesekali abaikan keluarga ketika sibuk menguruskan karier saya sebagai pegawai tadbir di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
“Saya akui saya perlu bijak bahagi masa, tambahan pula saya seorang ibu tunggal,” tutur Normazuraida atau lebih mesra disapa Aida ini.

Apa yang menariknya, ketika bertemu wanita itu, dia kelihatan seperti seorang wanita yang lemah lembut pertuturannya.

sumber:mummynemo.com
03:44 0

Malang Si Mak Nyah, Ditetak Selepas Beri Khidmat Seks


mak nyahSeorang mak nyah bukan sahaja tidak mendapat bayaran terhadap perkhidmatannya yang ditawarkan, malah lebih malang, dia turut disamun dan ditetak sebanyak tujuh kali oleh pelanggannya di kepala di biliknya di Jalan Daud di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang baru selesai memberi khidmat seks tidak sempat meminta bayaran apabila suspek bertindak pantas cuba mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi banyak barang kemas.

sumber:Mummynemo.com
03:24 0

Murid Cemerlang UPSR Terima Hadiah Mini Cooper[Gambar]

fatini“Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.
Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.
“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.
“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.

sumber:Mummynemo.com
03:02 0

5 Fesyen Wanita Yang Tidak digemari Lelaki

fesyenFesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini.
Ini kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda malah jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka.
Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini:
Cermin mata besarKebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.

Bibir yang merah menyalaKebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda.

Bulu mataMemang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita. Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar.
Selipar/KasutOh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.
Pakaian yang terlalu seksiAkhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah.

sumber:Borakkosong.com