Searching...
Monday 18 November 2013
23:58 0

Gambar Kontroversi! Remaja Islam sekarang.

Well apa yang nak di kata kat sini tengok lah gambar-gambar remaja melayu/islam sekarang ni dah macam orang bukan islam, dari segi pakaian mahupun perbuatan. Kenapa eh dorang berani buat macam ni tangkap gambar lepas tu tunjuk kat satu dunia, tak malu ke.. ataupun terpegaruh dengan artis-artis opss sebab artis pun ada berperangai macam ni jugak kan..

Ini bukan ingin memalukan tetapi gejala ini tidak dipandang serius oleh orang ramai yang hanya berkata "biarlah dosa dorang tanggung" padahal gejala ini boleh merebak dan terkena saudara atau adik- beradik, anak-anak kita nanti jika tidak dibendung. Ya itulah kuasa pengaruh rakan sebaya, kuasa ingin mencuba benda baru dan ingin "up" diri masing-masing amat tinggi.

Cuba korang nilaikan sendiri mana letaknya moral,akidah dan perasaan malu budak-budak zaman sekarang ni, ke didikan agama mak bapak bagi tak cukup.. ataupun nak kena buat undang2 baru kat malaysia ni supaya berkelakuan sopan.

Apa-apapun mohon di bukakan pintu hati dan bertaubatlah. Amin..




















sumber: cantikjer.com

23:33 0

Hanis Zalikha Berlagak Ala Diva?


Namun bukan sekali dua  keluar berita mengenai Hanis yang dikatakan ‘kekwat’. Sejak awal kemunculannya terdapat khabar angin yang Hanis seorang yang sombong dengan peminat namun semuanya dinafikan oleh Hanis.
Yang terbaru, ialah tulisan ruangan pojok Kak Pora di Berita Harian Ahad yang mendakwa ada penerbit yang sudah tidak kuasa untuk bekerjasama dengan Hanis yang dianggap berlagak diva. Malah menurut Kak Pora juga, seorang penerbit yang pernah menawarkan Hanis tugasan mengacara hanya bercerita perkara-perkara negatif tentang Zalikha setelah tugasan dilakukan.

Menurut Kak Pora lagi, walaupun Hanis menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baru, Hairul Azreen, dia telah mendedahkan pula panggilan manjanya kepada pelakon itu di sebuah set penggambaran.
Jika benar isi tulisan Kak Pora maka Hanis perlu memperbaiki diri untuk bersikap lebih ‘humble’ supaya tidak menimbulkan kemarahan orang lain.  Walaupun sudah sedia popular melalui penulisan blog, pendekatan memasuki dunia hiburan adalah satu aspek yang berlainan. Artis, seperti ahli politik menjual imej dan sekiranya imej yang diberikan menimbulkan persepsi negatif, maka sukar mendapat sokongan ramai.
-Beautifulnara.com
23:18 0

Seksi: Penasihat Menteri Luar Serbia Disiasat

SERBIA – Gara-gara bergambar seksi dalam iklan di sebuah tabloid, seorang penasihat kepada Menteri Luar Serbia, Vanja Hadzonic, 27, kini disiasat.
Gambar yang disiarkan dalam akhbar Blic itu telah menyebabkan kekecohan di Kementerian Dalam Negeri itu.
Selain disifatkan sebagai tidak sesuai dengan imej seorang pegawai kerajaan, apatah lagi sering berurusan dengan negara luar, Kementerian Luar juga dilaporkan malu dengan aksi berkenaan.
Vanja yang mempunyai ijazah dalam pengurusan media itu merancang untuk menjadi diplomat.
Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai gambar terbabit yang kini sudah tersebar di internet.
Dalam pada itu, ketuanya yang juga Setiausaha Kementerian Luar Serbia, Ivan Mrkic berkata, wanita itu kini disiasat dan dia juga telah menutup profilnya dalam media sosial.
“Untuk muncul dalam mana-mana media sosial adalah hak masing-masing. Namun sebagai kakitangan kerajaan, setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan,’’ katanya.
Vanja pernah menjadi Naib Presiden  bagi sayap belia Parti Sosialis, iaitu parti yang pernah diterajui oleh penjenayah perang, Slobodan Milosevic.


sumber:cantikjer.com
22:53 0

Gambar: Apabila Penzina Dihukum Tembak Di Khalayak Ramai

Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai di Yaman dimana Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya.
Tahu la apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.
Saksikan gambar-gambar pelaksanaan ini di Yaman di bawah ini.
Saat–saat sebelum dirinya di bunuh , apakah yang bermain di fikiran orang ini?
http://i.imgur.com/5nAbU.jpg
http://i.imgur.com/e2WhP.jpg
Kalau korang nak tau di dunia ini terdapat 59 buah negara yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan - Amekaw blog
22:36 0

VIDEO AKTIVITI PARANORMAL DI VILLA NABILA




Sebuah rakaman seram, aktiviti paranormal di Villa Nabila, Segamat, Johor.
Dirakamkan oleh beberapa pelajar yang dikatakan hilang dalam villa tersebut. Rakaman ini sempat diambil salinannya oleh salah seorang admin kami dan diupload ke mari. Jom sebarkan….! Memang seram walaupun tiada apa-apa entiti paranormal yang berjaya dirakamkan.






-pencurimovie




15:17 0

Garis masa 200 tahun kamera



PELUANG berkunjung ke Muzium Kamera yang terletak di George Town, Pulau Pinang memberikan perspektif yang berbeza mengenai dunia kamera.
Rasa teruja untuk melihat sendiri bentuk dan rekaan kamera yang digunakan pada 200 tahun lalu membuak-buak apatah lagi ia muzium kamera pertama di Asia Tenggara.
Pencapaian tersebut membolehkan muzium ini mencatat nama dalam Malaysia Book of Records pada 23 Julai lalu.
Muzium berharga RM1 juta ini dirasmikan pada 31 Ogos lalu.
Salah seorang Pengarah Muzium Kamera iaitu Najieb Ariff Nazir Ariff, 35, berkata muzium itu merupakan ilham bersama enam orang rakannya yang lain iaitu Tony Chng, 34; Chris Cheah, 33; Venus Khor, 28; Lance Ooi, 27; Paul Lee, 27 dan Adrian Soh, 26. Kesemua mereka merupakan jurugambar profesional dan pencinta seni fotografi.
"Idea untuk membuka muzium kamera ini tercetus pada awal tahun 2012 apabila Chng dan Ooi bertemu seorang rakan mereka yang juga pengumpul kamera vintaj pada sebuah majlis makan malam di Terengganu. Chng dan Oii tertarik dengan kamera lama jenis Rolleiflex yang digunakan rakan mereka itu untuk merakam gambar pada majlis tersebut.

MUZIUM Kamera yang dibuka pada 31 Ogos lalu ini bernilai hampir RM1 juta.


Vintaj
"Ketika itu, mereka secara berseloroh memberitahu alangkah bagusnya jika mereka dapat mengumpul kesemua koleksi kamera lama itu," ujar Najieb.
Najieb memberitahu, kamera vintaj dipilih kerana ia sukar diperoleh sekarang.
"Kebanyakan orang kini memiliki telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan kamera. Mereka juga boleh memuat naik gambar yang diinginkan pada bila-bila masa dan di mana jua. Tetapi jangan lupa, 20 tahun lalu kita masih menggunakan filem untuk menghasilkan gambar.
"Pengalaman mengendalikan kamera lama ini juga sangat mencabar. Bayangkan kerja untuk menghasilkan sekeping gambar juga memakan masa yang lebih lama berbanding kamera digital.
"Jadi, Muzium Kamera ingin membawa kembali kenangan fotografi serta mendidik anak-anak muda mengenai asal usul kamera.
"Kami memilih Pulau Pinang sebagai lokasi muzium ini disebabkan kebanyakan daripada kami berasal dari negeri ini. Secara tidak langsung, kami mahu menyumbang kepada industri pelancongan negeri menerusi muzium ini," tambahnya.

HAMPIR 70 peratus kamera lama di muzium ini masih berfungsi dengan baik.


Muzium dua tingkat seluas 371 meter persegi ini menempatkan pameran fotografi dan kedai menjual barangan cenderamata serta kafe di tingkat bawah manakala galeri pameran yang menempatkan lebih 300 kamera vintaj di tingkat atas.
Melangkah masuk ke pekarangan muzium ini, pengunjung dihidangkan dengan pameran fotografi karya jurugambar dokumentari, Maggie Steber serta beberapa replika kamera lama.
Penulis dibawa ke tingkat atas yang menempatkan kamera vintaj, bilik pinhole, bilik obskura dan bilik gelap oleh seorang kakitangan muzium yang bertindak sebagai pemandu pelancong, Mohd. Azzeem Mohd. Naim, 22.
Sebelum memasuki ruang pameran utama, penulis terlebih dulu diterangkan tentang konsep keseluruhan ruang di tingkat atas menggunakan peta. Di sini, pengunjung dapat merasai pengalaman fotografi dengan cara yang berbeza.
Di bilik obskura, pengunjung boleh mengendalikan kamera pertama di dunia, iaitu kamera obskura.
Kamera ini membenarkan cahaya masuk melalui lubang kecil dan menghasilkan imej songsang yang kemudiannya diunjurkan dari cermin bersudut ke panel kaca pada peranti, di mana kertas boleh diletakkan di atasnya supaya imej dapat dikesan.

BILIK gelap ini hampir 100 peratus sama dengan bilik gelap fotografi yang sebenar.


Koleksi unik
Kamera merupakan sejenis alat optik yang merekodkan imej yang boleh disimpan secara langsung dan dihantar ke lokasi lain. Ia diterjemahkan melalui paparan gambar atau imej bergerak seperti video dan filem.
Istilah kamera berasal daripada perkataan Latin, obscura yang bermaksud bilik gelap.
"Pengunjung turut berpeluang mengendalikan kamera antik yang sebenar serta menghayati sejarah kamera sejak abad ke-19 hingga abad ke-21," beritahu Najieb.
Koleksi kamera perisik dan kamera untuk senapang ciptaan Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua pula menghiasi sebuah bilik unik di muzium ini.
Penulis seterusnya dibawa ke replika bilik gelap yang juga bilik untuk memproses gambar bagi mendidik pengunjung tentang cara gambar filem dihasilkan.
"Terdapat dua bahagian di bilik gelap ini iaitu kawasan kering dan basah tetapi kami tidak menggunakan bahan kimia sebenar untuk memproses gambar disebabkan ia agak bahaya untuk kanak-kanak.
"Replika bilik gelap ini hampir sama dengan keadaan bilik gelap yang sebenar," beritahu Najieb.
Sebahagian daripada koleksi kamera di muzium ini diperoleh dari lebih 20 negara termasuk Jepun, Rusia, China, Jerman, India dan Amerika Syarikat (AS). Ia dibeli secara online melalui laman web eBay.
"Di Malaysia, kami memperoleh koleksi kamera daripada pengumpul kamera lama dan kedai barangan antik di sekitar Terengganu dan Perak," ujarnya sambil memberitahu, penggunaan slogan Bring Back the Time menjadi tema kepada muzium itu.

SEJARAH penciptaan kamera diterjemahkan melalui garis masa di muzium ini.


Tambahnya, antara jenis kamera yang terdapat di muzium itu ialah SLR, kamera polaroid, kamera obskura, kamera pengintip, kamera refleks lensa berkembar, kamera, kamera plat basah dan kamera lipat.
"Kami juga ada mempamerkan koleksi kamera untuk kanak-kanak yang berbentuk karakter kartun Bugs Bunny, Barbie dan Spiderman yang dibawa dari Amerika Syarikat.
"Pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi pelajar dan warga emas manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun," jelasnya yang mempunyai lapan orang kakitangan.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat peralatan lain yang digunakan bersama kamera seperti tripod buatan AS.
"Kamera yang digunakan pada tahun 1800 sangat berat dan panjang. Kadangkala sesi bergambar memerlukan masa sekitar empat hingga lapan jam bagi sekeping gambar.
"Tripod ini digunakan bagi memastikan gambar yang diambil tidak kabur atau bergegar," tambahnya sambil memberitahu hampir 70 peratus kamera lama yang terdapat di muzium itu masih berfungsi.
Jelasnya, pihaknya juga ada menjual cenderamata yang berasaskan kamera seperti mug bermotifkan lensa kamera, pelekat magnet dan baju-T yang dijual pada harga antara RM5.90 hingga RM200.



sumber:kosmo online
15:05 0

Rakam sendiri video berita



KETUA Koresponden Antarabangsa dari Cabel News Network (CNN), Christiane Amanpour pernah berkata, wartawan yang luar biasa adalah mereka yang sanggup merisikokan nyawa sendiri demi menyampaikan berita yang luar biasa.
Beliau menyampaikan ucapan penuh emosi tersebut pada majlis Anugerah Kewartawanan Satria Antarabangsa 2012 yang berlangsung awal tahun ini.
Katanya, wartawan bukan sekadar keluar mencari dan menulis berita tetapi usaha mereka seharusnya mampu mengajar masyarakat tentang sistem pemerintahan, nilai-nilai kemanusiaan dan mendidik masyarakat menjadi bangsa yang kuat.
Kepada koresponden TV3 di England, Haliza Hashim Doyle, pengalaman selama dua dekad berkhidmat di England banyak mendedahkannya tentang pengalaman baharu. Meskipun tanpa berlatar belakang dalam dunia kewartawanan, ibu kepada dua anak yang mesra dengan panggilan Haliza itu membenarkan kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Mengimbas pembabitan awalnya, figura dunia penyiaran itu bertugas di England sejak tahun 1993 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai wartawan di TV3. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke England kerana sudah lama berhajat untuk bekerja di sana. Haliza memberanikan diri bertanya kepada pihak pengurusan sama ada berminat untuk menjadikannya koresponden di England.
"Saya sedar bahawa saya tidak banyak pengalaman bekerja, tetapi saya tetap beranikan diri bertanya adakah bos mahu saya jadi koresponden di England?" cerita Haliza.
Takdir menyebelahinya apabila majikan Haliza bersetuju dengan cadangan tersebut. Berhijrah ke luar negara dan menjadi koresponden bermakna Haliza perlu menguruskan segala-galanya sendiri.

HALIZA bersama anak perempuannya, Emma Suraya Doyle, 18 (kiri), suaminya, Jonathan Doyle dan anak lelakinya, Edward Iskandar, 15 pada sambutan hari raya lalu di Kemensah, Kuala Lumpur.


Beliau bekerjasama dengan jurukamera agensi berita antarabangsa Reuters untuk menghasilkan visual yang dikehendaki. Hari ini, pengalaman yang diperoleh selama dua dekad membolehkan Haliza merakam visual, menulis dan menyunting berita tersebut tanpa bantuan sesiapa.
Pihak syarikat akan membayar gaji mengikut berita yang dihasilkan. Bagi melancarkan urusan pekerjaannya, Haliza akan bertanya kepada pihak syarikat sama ada dia perlu atau tidak membuat liputan satu-satu tugasan di London.
Kebanyakan liputan yang dibuat adalah hal-hal yang berkaitan dengan Malaysia seperti lawatan rasmi kerajaan Malaysia, persidangan yang diwakili negara, isu semasa melibatkan Malaysia dan keputusan pilihan raya yang diperoleh melalui undi pos di England.
Sumbang berita
"Saya perlu tanya pejabat di Kuala Lumpur sebelum buat liputan supaya tidak membazir masa dan tenaga. Kadang-kadang isu yang kita nak buat itu sudah disiarkan.
"Kalau menteri datang untuk lawatan rasmi ke England, saya perlu tahu jadualnya secara terperinci untuk mendapatkan nilai berita yang sesuai disiarkan," jelas Haliza yang dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan dibesarkan di Rawang, Selangor.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Haliza meneruskan pengajian Diploma Perniagaan di Institut Teknologi Mara dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Cardiff di Wales, England dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Menurut Haliza, dia tidak pernah bercita-cita menjadi wartawan tetapi jatuh cinta dengan kerjaya tersebut selepas menyumbangkan artikel untuk akhbar pelajar di Universiti Cardiff.
Semasa mengikuti pengajian ekonomi di sana, beliau memilih beberapa subjek elektif seperti media, kaji jenayah dan undang-undang jenayah.
Sebaik menamatkan pengajian, Haliza mencuba nasib untuk menjadi wartawan di TV3. Ketika itu, terdapat beratus calon temu duga lain yang hadir dan hanya 14 daripada mereka berjaya diserap untuk berkhidmat di TV3.

ISTERI Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ditemu bual Haliza sewaktu beliau melakukan lawatan ke sekolah di Islington, London.


"Saya ingat lagi sewaktu ditemu duga, panel penemuduga bertanya tentang politik di England dan hal berkaitan Perang Teluk. Kebetulan saya baru pulang dari sana, dapatlah saya jawab soalan tersebut, agaknya sebab itu saya diterima," kata Haliza sambil berseloroh.
Sepanjang berkhidmat menjadi koresponden, Haliza melibatkan diri dalam pelbagai bentuk persatuan untuk membina rangkaian dan kenalan baik dengan semua golongan masyarakat.
Jika terpaksa membuat liputan di Eropah pula, beliau akan menggunakan perkhidmatan agensi tempatan di sana. Kadang-kadang, Haliza tanpa segan silu mendekati pengamal media tempatan yang dikenalinya.
Kebanyakan wartawan di England mampu melakukan pelbagai tugas seperti membuat liputan mengenai fesyen, politik dan perniagaan. Haliza mengakui bahawa tidak semua perkara diketahuinya, jadi beliau akan menghubungi kenalan yang boleh membantunya mendalami isu berkenaan.
Ketika ditanya mengenai pengalaman manisnya sepanjang bergelar wartawan penyiaran, Haliza merupakan seorang yang mudah gembira dengan tugasannya.
Baginya, kenangan manis adalah apabila beliau dapat menemu bual orang yang sukar ditemui.
"Saya ingat lagi yang saya bekerja pada hari raya pertama Aidilfitri semasa tahun pertama berkhidmat di TV3 (tahun 1991). Saya kena buat liputan pada sebelah pagi di rumah terbuka Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pada petang tersebut hujan turun lebat, terpaksalah saya bergegas buat liputan dalam air.
"Wartawan hari ini tak boleh bagi alasan tidak buat rujukan sebelum keluar tugasan kerana semuanya boleh dicapai melalui internet. Pada hari anda hilang minat dalam dunia ini, baik berhenti sahaja kerana ia sudah tidak membawa manfaat lagi," pesannya kepada wartawan baharu menceburkan diri dalam dunia tersebut.
Sepenuh hati
Haliza tidak lokek berkongsi pengalaman kepada golongan pelapis. Wartawan perlu melakukan pelbagai tugas walaupun dicampak ke agensi surat khabar, penerbitan majalah mahupun televisyen.
Pada pandangan beliau, rata-rata wartawan baharu sekadar bekerja dan pulang ke rumah usai menyiapkan tugasan. Namun, tidak ramai yang melaksanakan tugas mereka sepenuh hati.

UNIK. Pondok telefon awam dijadikan perpustakaan mini di Little Hadham, Hertfordshire di England.


Menurut Haliza, wartawan generasi terdahulu perlu banyak berusaha kerana tiada kemudahan seperti internet. Hari ini, semuanya di hujung jari dan hanya sedikit usaha diperlukan untuk berjaya.
Haliza sempat berkongsi kisah sahabat baiknya yang berjaya menjadi wartawan walaupun tanpa latar belakang dalam bidang komunikasi massa.
"Sahabat saya adalah seorang guru tapi berjaya diserap menjadi wartawan di TV3. Dia lebih berjaya disebabkan kerja kerasnya.
"Dia merupakan individu yang menubuhkan stesen TV AlHijrah dan sampai sekarang saya dan kawan-kawan lain panggil beliau dengan gelaran cikgu," ujarnya yang pulang ke Malaysia selama sebulan setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri. Cabaran lain yang biasa dihadapinya ialah ketinggalan berita dan Haliza tidak akan senang duduk selagi hasil kerjanya tidak disiarkan.
Menurut Haliza, kedua-dua ibu bapanya menggalakkan anak-anak untuk menguasai bahasa Inggeris kerana menyedari kepentingan bahasa tersebut yang digunakan secara global.
Galakan tersebut menjadi pendorong kepada Haliza untuk meneruskan pengajian di negara penutur asli bahasa itu. Pada masa sama, hidup terasing dari Malaysia tidak langsung menghilangkan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu.

SUMBER:kosmo online
14:45 0

Anak presiden antara 50 korban nahas pesawat


Saudara-mara mangsa menangis di dalam bangunan utama Lapangan Terbang Kazan, Rusia selepas mendengar berita nahas tersebut kelmarin.- AFP


MOSCOW - Semua 50 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-500 terhempas di bandar Kazan, Rusia kelmarin.
Kazan yang terletak sekitar 800 kilometer ke timur bandar raya ini merupakan ibu negeri wilayah Tatarstan.
Turut menemui ajal termasuk anak lelaki Presiden Tartarstan, Rustam Minnikhanov dan seorang ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Antonov.
Nahas berlaku apabila pesawat milik Penerbangan Tartastan itu meletup dan terbakar ketika ia menyentuh landasan di Lapangan Terbang Kazan untuk pendaratan kali kedua.
"Pesawat berusia 23 tahun itu berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini pada jam 6.25 petang (waktu tempatan) sebelum terhempas sejam kemudian," kata beberapa pegawai yang dipetik agensi berita Interfax.
Beberapa gambar menunjukkan serpihan Penerbangan U363 bertaburan selepas kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba.
"Kedua-dua juruterbang dan pembantunya mempunyai pengalaman luas mengendalikan pesawat," kata seorang jurucakap yang dipetik Interfax.
Pesawat itu yang diselenggara mengikut jadual dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal sebelum berlepas.
Ketika kejadian terdapat angin kencang dengan suhu sejuk hampir sifar dicatatkan di bandar berkenaan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Rusia masih menyiasat punca nahas dengan tumpuan kini diberi kepada faktor kesilapan juruterbang atau masalah teknikal pada pesawat berkenaan. - Agensi

14:15 0

JPN Dan Imigresen Tempat Himpunan Pengkhianat Negara

(Bahasa dalam rencana ini agak kasar…sebab mungkin itu aje cara nak bagi faham kedua jabatan ini)

Agak kecewa hari ini apabila terbaca berita mengenai seorang kakitangan senior Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditahan bersama sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam jenayah memalsukan Mykad.
Akhbar Berita Harian dan Harian Metro melaporkan berita mengejutkan itu.
Kakitangan berusia 57 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di Pujut 2 di Miri, Sarawak oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Pusat Miri diketuai ASP Lee Yen Fang pada pukul 9.30 malam.
Pasukan itu turut menahan 13 warga Filipina kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.
Lelaki berkenaan serta suami isteri berusia 43 dan 44 tahun itu menjadikan rumah sewa berkenaan sebagai pusat operasi pemalsuan kad pengenalan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut sumber dilaporkan Harian Metro, rumah terbabit digunakan sebagai transit dan lokasi persembunyian pendatang asing sementara menunggu proses membuat kad pengenalan palsu selesai.
“Siasatan mendapati semua warga Filipina berusia 30 hingga 40-an itu dipercayai masuk ke negara ini sejak beberapa hari lalu selain ada dalam kalangan mereka mwmbawa anak masing-masing melalui Sabah sebelum menggunakan jalan tikus ke bandar ini,” katanya.
Dalam serbuan itu beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas termasuk pelbagai cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah selain beberapa komputer serta mesin pencetak.
“Pemeriksaan turut menemui 38 keping salinan sijil lahir beserta borang dan gambar permohonan manakala 69 keping sijil kelahiran sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 turut dirampas.
“Siasatan juga mendapati setiap warga asing itu dikenakan bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu yang turut disertakan bersama sijil kelahiran,” katanya.
Menurut sumber, mereka yakin akan membuat beberapa tangkapan susulan terhadap beberapa individu lagi termasuk kakitangan JPN yang terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad pengenalan.
Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan ketika ini siasatan masih dijalankan.
Jika penulis mengamati kenyataan sumber berkenaan maka boleh dirumuskan ada lagi kakitangan JPN yang terlibat.
Rasanya bukan seorang sahaja kakitangan JPN yang terlibat dalam hal di Sarawak itu. Mustahil kalau seorang sahaja boleh bawak keluar macam-macam dokumen JPN yang sah.
Dan penulis yakin masalah kakitangan JPN ‘berkhidmat’ untuk pendatang asing bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara.
Bukan sekadar JPN, ramai lagi bangsat di  jabatan imigresen pun buat benda yang sama.  Laporan media (Berita Harian – tahniah) baru ini memperlihatkan bagaimana kakitangan imigresen KLIA makan duit untuk melepaskan pendatang haram masuk ke negara ini.
Nak tahu nilai duit di mata imigresen?
Pergilah berurusan berkenaan pembantu rumah di Putrajaya… kalau anda majikan yang datang sendiri nak buat permit pembantu rumah… bawaklah tasbih sekali untuk berzikir dan bersabar.
Anda akan dilayan macam bangsat kelas 3. Namun, di masa yang sama anda akan dapat lihat runner atau kakitangan agensi pembantu rumah mendapat layanan di raja.
Pengelaman penulis sendir pernah melihat agen pembantu rumah bangsa Indonesia dengan selamba siap masuk tangan lepas kaunter cari stappler …siap dengan nada sombong ada bunyi mana dong ini….
Dia buat camtu sebab kakitangan imigresen semua kawtim maaa…fren fren loooo…masyukkk looo.
Apa… majikan? Seorang diri datang nak buat permit….ahhhh…paling kurang kena 7 kali ulang-alik imigresen Putrajaya yea… sendiri buat mana masyukkkk  kat imigresen… agensi ada bayaran ‘khas’…. itulah undang-undang tidak bertulis imigresen Putrajaya.
Mana-mana majikan yang jujur dan patuh undang-undang negara dilayan macam anjing… agensi perkerja asing dilayan macam raja… senang cakap memang babilah imigresen dan JPN ni semua.
Mereka inilah akan jadi antara punca kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumpas suatu hari nanti… sebab masyarakat di seluruh negara makin menyampah dengan kebanjiran pendatang asing tanpa izin umpamanya dari Myanmar dan Pakistan yang bukan sahaja cakap besar bodoh… tetapi makin hari makin banyak terlibat dengan aktiviti gangster dan sebagainya sehingga menyusahkan penduduk tempatan.
Dalam hal ini, penulis hendak pembaca tolong baca;
Beberapa bulan lepas penulis sudah meluahkan rasa pelik dengan cara kerja imigresen dan JPN.
Berbalik kepada JPN, rupanya dalam kelantangan jabatan berkenaan mengeluarkan kenyataan untuk memeriksa identiti setiap pengawal keselamatan daripada menggunakan kad pengenalan palsu, rupa-rupanya antara dalangnya datang dari dalam JPN sendiri.
Lebih elok JPN menjalankan siasatan mencari dalang di dalam jabatan itu sendiri sebelum nak bercakap dengan tegas nak memeriksa individu lain sama ada memiliki Mykad sebenar atau tidak.
Penulis berharap kepincangan dalam JPN ini segera diselesaikan kerana JPN tidak seharusnya menjadi lokasi para pengkhianat negara ini berkampung mengaut keuntungan dengan memperjudikan kestabilan negara.
Kepada kerajaan…hukuman maut mungkin boleh diperkenalkan kepada sesiapa yang bertindak umpama pengkhianat negara- Mynewshub.my
13:57 1

Eropah Gempar Dengan Bukti Penemuan Ikan Duyung… Dan Ekspedisi Greenland 2014



Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.
Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk“Mermaids: The Body Found”.
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .
Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
                                                     
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.
Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.
Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.
Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?
“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.-Mynewshub.my