Searching...
Tuesday 19 November 2013
15:33 0

Pas ancam tarik diri daripada kerajaan P Pinang

  • Pas ancam tarik diri daripada kerajaan P PinangMuhammad Fauzi (duduk, lima kiri) bersama ahli Pas yang lain dalam sidang media di Safira Country Club, hari ini.
 1 / 1 
PERAI - Pas Pulau Pinang akan menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.

Menurutnya, difahamkan ada berlaku campur tangan yang tidak wajar oleh Exco Kerajaan Negeri dalam menetapkan jawatan Ahli-ahli Majlis MAINPP, pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk sesi pemilihan akan datang.

“Ini merupakan tindakan yang bertentangan dengan etika dan amat dikesali sekiranya benar.

“Selain itu, kami mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Safira Country Club, hari ini.

Beliau berkata, kesemua sayap parti meminta Pas supaya lebih bertegas dengan kerajaan negeri bagi memastikan posisi dan peranan yang dimainkan dalam pentadbiran lebih seimbang.

“Tindakan kerajaan negeri mengadakan perbincangan sesuatu dasar mahupun polisi tanpa membabitkan Pas menampakkan kami seolah-olah seperti boneka. dan kami tidak akan mengiktiraf mana-mana individu dari luar parti yang dilantik secara politik tanpa melalui perbincangan dan persetujuan Pas negeri.

“Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip parti,” katanya.

Muhammad Fauzi berkata, permintaan yang disuarakan itu mewakili akar umbi ahli Pas negeri ini.

“Kami mahu Pas negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.

“Permintaan ini bersesuaian dengan sumbangan yang kami berikan kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.

Beliau berkata, surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan Pas Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.

“Kerajaan negeri mungkin terlalu sibuk bertemu rakyat sehingga tiada masa untuk memberi jawapan namun diharapkan menerusi cara ini (sidang media), mereka akan sedar akan permintaan yang disuarakan.

“Tuntutan ini selaras dengan slogan yang dilaungkan walaupun ia tidak dipraktikkan kerajaan negeri buat masa ini,” katanya.


SUMBER:sinarharian.com
15:13 0

Isteri La Ode dipenjara 6 bulan tinggal lebih masa

  • pengawal keselamatanSuspek (baju hitam) dikenali La Ode Ardi Rasila didakwa atas kes pembunuhan pegawai Ambank dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya. - Foto Sinar Harian Azmi Aryanto
 1 / 1 
PETALING JAYA - Isteri pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh pegawai Ambank Subang Jaya, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, juga warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lepas, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Helpia didakwa tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan memohon hukuman ringan, Helpia yang tidak bekerja memberitahu dia mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia.

La Ode Ardi Rasila, 36, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.

Sementara itu, enam lagi rakan senegara La Ode masing-masing mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan termasuk menggunakan kad pengenalan palsu, memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.

Tiga daripada mereka iaitu La Saudi, 32, La Samuri, 35, dan La Epo (tiada umur) masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana esalahan tinggal lebih masa.

Dua lagi iaitu Sofiah (tiada umur) dan Maimunah, 35, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan tinggal lebih masa manakala Lauto Lauli, 33, dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan memasuki negara ini tanpa dokumen.

Seorang lagi rakan La ode, iaitu La Polo, 28, yang juga pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah sama kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan pesalah (La Ode) daripada seksaan.

Elina memerintahkan La Polo menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan bagi kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pondok Pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn Bhd, Wisma Kok, Lot 766, Jalan Subang 4, Off Persiaran Subang, Subang Jaya di sini pada 4.30 petang 24 Oktober lepas.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, La Polo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan curang memiliki harta rompakan iaitu wang tunai RM21,800 milik Ambank pada tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan La Polo diikat jamin dan menetapkan 19 Disember untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala di Mahkamah Sesyen, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
15:07 0

Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Qatar

  • Harimau Malaya tewas 0-1 kepada QatarMahali Jasuli nyata kecewa dengan kekalahan tipis di tangan Qatar. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib.
 1 / 1 
HASRAT Harimau Malaya beraksi dalam Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia tertutup selepas tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam, hari ini.

Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al Thani.

Turun dengan kesebelasan utama terbaik, Harimau Malaya ternyata tenggelam 15 minit pertama terutamanya dibahagian tengah apabila Ketua Pasukan, Safiq Rahim dan K Gurusamy  gagal bergandingan dengan baik.

Bibit kemusnahan impian Harimau Malaya kelihatan pada (m-18) namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir tuan rumah berjaya menyelamatkan cubaan berbahaya penyerang lawan.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis percubaan lawan (m-40) ketika benteng pertahanan Mohd Aidil, Amiridzwan Taj, Mahali dan Razman sudah pun tertewas hasil gerakan pantas pelawat.

Bermula babak kedua, Harimau Malaya membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Azamuddin  Akil (m-52) dan mengeluarkan Gurusamy yang berjaya mengubah corak perlawanan dengan beberapa serangan berjaya dicipta namun gagal menembusi benteng pasukan lawan.

Malam derita anak didik Datuk K Rajagobal akhirnya menjelma (m-65) apabila Al-Ali bijak menyempurnakan hantaran lintang rakan sepasukan yang mudah menolak masuk bola menewaskan  Khairul Fahmi.

Gol tersebut nyata memberi tekanan kepada pemain Harimau Malaya hingga melakukan beberapa kesilapan mudah ketika pemain Qatar tenang mengawal permainan.

Beberapa pertukaran dilakukan Rajagobal berbaki 15 minit terakhir nyata gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan dan terpaksa menelan hakikat kekalahan ketiga dalam Kumpulan D yang sekali gus menutup peluang beraksi di Australia 2015 walaupun berbaki satu perlawanan menentang Yemen, Mac tahun depan.



sumber:sinarharian.com
07:50 0

Aktress Britany Dibunuh Dengan Racun Tikus?


SELEPAS hampir lima tahun aktress Brittany Murphy  meninggal dunia, akhirnya punca kematiannya diketahui dan ia merupakan satu pendedahan yang amat mengejutkan.
Punca kematiannya 20 Disember 2009 adalah akibat dibunuh dengan racun tikus, bukannya pneumonia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Penemuan mengejut itu ditemui selepas selepas bapanya, Angelo Bertolotti mengarahkan satu laporan toxicologi baru dibuat semula.
Laporan itu menyebut bahawa sistem badan Murphy mengandungi 10 logam berat, sekali gus menunjukkan bahawa dia diracun dengan racun tikus.
Logam tersebut adalah tujuh kali lebih tinggi daripada paras tertinggi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Suami Murphy, Simon Monjack, meninggal dunia lima bulan selepas kematian aktress berkenaan.
Susulan laporan terbaru itu, banyak pihak yang percayai Murphy dan suaminya itu telah diracun oleh pihak ketiga.
Ujian yang dijalankan itu dibuat ke atas rambut, darah dan sampel tisu yang diperolehi daripada Murphy oleh bapanya, Bertolotti sebelum diserahkan kepada badan bebas bagi tujuan menyiasat punca kematiannya.
Sebelum meninggal dunia, Murphy menunjukkan simpton keracunan  di mana dia mengalami pening kepala, kabur, kekejangan perut, batuk, berpeluh dan pneumonia.
Selepas meninggal dunia, terdapat spekulasi bahawa aktress itu meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan atau anorexia, setelah dia mengalami penurunan berat badan yang mendadak dalam masa beberapa tahun.
Suaminya juga mengalami simptom yang sama sebelum meninggal dunia dan juga dipercayai diracun. Mayatnya ditemui oleh ibunya, Sharon selepas mendiang berpindah ke rumah itu susulan kematian isterinya.
Selepas Murphy meninggal dunia, bapanya berikrar untuk mencari punca sebenar kematian anaknya itu.
“Terdapat banyak khabar angin yang disiarkan oleh media hingga menjejaskan reputasi Murphy. Anak saya bukan anorexia atau penagih dadah .
“Saya tidak akan hidup dengan tenang selagi kebenaran tidak diketahui. Pasti ada keadilan untuk kematian anak dan menantu saya ini,’’ katanya.
Murphy terkenal dengan lakonannya dalam Clueless dan sebelum mengahwini Monjack, dia pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Ashton Kutcher, ketika membintangi filem Just Married.
Selepas hubungan mereka putus, dia telah bercinta dengan Jeff Kwantinetz dan Joe Macaluso, sebelum bertemu dengan Monjack pada 2007.


SUMBER:cantikjer.com
07:38 0

Dibakar Hidup-hidup!

Serangan terhadap warga Kristen di Nigeria terus selama seminggu terakhir dengan peningkatan kebrutalan, menakutkan serangan terhadap 50 orang Kristen dibakar hidup-hidup. 


Seperti disampaikan kepada media pekan lalu yang menewaskan lebih dari seratus orang dalam serangan di 12 desa di Negara Plateau Nigeria. Bertanggung jawab atas serangan kembali kelompok teroris  Boko Haram.

Seperti dikonfirmasi oleh beberapa kantor berita, 50 orang Kristen, anggota Gereja Kristus, di desa setelah serangan MASEHE mencari perlindungan di rumah pendeta mereka, di mana mereka dibakar hidup-hidup.
"Lima puluh anggota gereja tewas dalam gedung gereja, di mana mereka bersembunyi. Mereka tewas bersama istri pendeta dan anak-anak, "kata Dakholom kencan, menteri dan Wakil Presiden Gereja Kristus di Nigeria.

"Nigeria adalah menjadi Kristen perancah baru. Boko Haram telah secara ganas membunuh ratusan orang Kristen, termasuk perempuan dan anak-anak, "kata Jerry Dajkst, oleh organisasi bantuan Amerika menganiaya orang Kristen" Pintu Terbuka "(Open Doors)," Tujuan mereka adalah untuk memerintah seluruh hukum Syariah Nigeria. "

Beberapa pejabat Nigeria percaya bahwa anggota suku Fulani, yang dihuni negara Plato, membantu Boko Haram-in dalam penganiayaan terhadap orang Kristen dan membangun dominasi di negeri ini.

"Saya tidak percaya bahwa Boko Haram, entah dari mana, mereka menyerang desa-desa. Mereka tidak dapat melakukannya tanpa dukungan dan bantuan lokal, "kata Nigeria peradilan penasihat ÄŒukuvuma Innocent.

Warga Nigeria mengkritik sikap pasif pemerintah dan menyerukan komitmen yang lebih dalam perang melawan pengganas Boko Haram.

Ajo Pastor Oritsejafor, presiden Asosiasi Kristen Nigeria, mendesak Komite Urusan Luar Negeri DPR Perwakilan Amerika Serikat untuk secara resmi mendeklarasikan Boko Haram organisasi teroris terhadap yang kami harus berjuang di tingkat internasional.

"Di Nigeria, ada ekstremis tertentu yang percaya bahwa Nigeria harus menjadi negara Islam, Boko Haram adalah tubuh yang memimpin sekelompok orang. Nigeria dibagi menjadi dua agama mayoritas, Kristen dan Islam, , "kata pendeta.
07:28 0

Kah Kah semua kena tipu dgn Mohd Izzat


JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.

Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa.

"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.

Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.

Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.

Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor - Mstar Online

07:21 0

Pelajar berzina dalam bilik darjah hingga hamil


SABAK BERNAM – Kegelisahan seorang pelajar tingkatan dua yang lewat datang bulan akhirnya membongkar rahsia hubungan intimnya bersama teman lelaki yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, perbuatan terkutuk mangsa itu terbongkar selepas teman lelakinya menghantar pesanan melalui aplikasi mudah alih WeChat kepada tunang bapa saudara perempuan terbabit.
Menurutnya, suspek mengenali rapat tunang bapa saudara mangsa telah memaklumkan kekasihnya itu bimbang apabila tidak didatangi haid dan meminta bantuan serta pandangan wanita terbabit.
“Bagaimanapun, bapa saudara pelajar perempuan itu terbaca perbualan yang dihantar suspek, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai hubungan mereka,” katanya.
Noor Mushar berkata, difahamkan pasangan itu sudah melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sejak mereka bercinta tiga tahun lalu.
Katanya, kali terakhir suspek dan teman wanitanya melakukan kegiatan tidak bermoral itu kira-kira jam 11.30 tengah hari pada 24 Oktober lalu semasa kedua-duanya berada di asrama sekolah.
“Suspek menghantar SMS kepada mangsa dan kemudiannya mereka berjumpa di sebuah kelas yang tidak digunakan.
“Mereka sempat berbual sebelum suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di atas meja kelas itu dengan kerelaan mangsa,” katanya.
Katanya, sebaik saja suspek dan mangsa melepaskan nafsu masing-masing, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu terus menuju ke surau sekolah berkenaan.
“Mangsa mengakui dia tidak pernah dipaksa atau dikasari suspek untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali di tempat yang sama,” katanya.
Menurutnya, satu laporan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berhubung aktiviti tidak bermoral anaknya itu pada Jumaat lalu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.
07:04 0

Pelik - Wanita Ini Makan Batu Ketika Gelisah

Seorang wanita berumur 45 tahun sudah mempunyai kebiasaan memakan batu selama 20 tahun.
Ibu dua anak ini mengaku kalau memakan batu merupakan makanan yang "selesa" untuknya. Jika wanita lain, perlu makan coklat untuk menenangkan fikiran disaat gelisah, wanita ini malah memakan batu.

Namun sejak berkahwin dengan suaminya Jim tahun lalu,"Jim membuat saya sangat bahagia dan saya pun mula mengurangkan makan batu," katanya. "Namun semua orang mempunyai hari yang buruk dan apabila saya mengalaminya, hanya batulah yang boleh membuat saya lebih baik dan terhibur."

Teresa Widener, nama wanita itu, menyimpan batu di dalam peti khas yang terletak di dapur rumah mereka di Bedford, Virginia dan biasanya memakan batu itu sambil berbual dengan suaminya.

"Saya memilih batu dari bentuk yang saya suka," katanya. "Saya menyukai aroma tanah yang ada pada batu itu, hingga saya juga menelan tanah yang melekat di batunya."

Batu kesukaan Teresa adalah batu yang lembut dan rapuh. Namun jika ada batu yang keras, terkadang Teresa menghancurkannya sendiri dengan tukul miliknya.

"Saya merasa lebih baik hanya dengan mengetahui kalau ada persediaan batu di rumah," jelasnya. "Mereka selalu ada untuk menghibur saya saat saya sedang sedih."

Kelainan Teresa ini dinamakan Pica, iaitu kelainan yang membuat penderitanya memakan sesuatu yang bukan makanan. Haiwan-haiwan seperti serigala dan penyu juga kadang memakan batu untuk membantu pencernaannya, namun kes ini jarang dilihat pada manusia.

              
06:49 0

Wajah 5 Pemain Bola Yang Meninggal Di Atas Padang



Beberapa pemain bola sepak yang mengejutkan dunia kerana meninggal dunia ketika sedang bermain di atas padang. Gambar dibawah adalah senarai LIMA pemain tesebut.

Piermario Morosini

Pemain Udinese yang dipinjamkan ke Livorno, Piermario Morosini telah menghembus nafas terakhirnya pada 14 April 2012 ketika perlawanan menentang Pascara. Piermario diserang penyakit jantung dan terus rebah tidak sedarkan diri.

Marc-Vivien Foe

Seorang pemain bola sepak kebangsaan Cameroon. Ia meninggal di Lyon, Perancis, 26 Jun 2003 pada umur 28 tahun akibat serangan jantung ketika bermain pada Piala Konfederasi menentang Columbia. Dia terjatuh di tengah lapangan secara tiba-tiba tanpa ada pemain berhampirannya lalu meninggal.

Antonio Puerta

Pemain kebangsaan Spanyol yang lahir pada 26 November 1984 ini juga meninggal dunia akibat serangan jantung. Dia bermain untuk kelab Sevila dan rebah ditengah padang meninggal 3 hari kemudian pada 28 Ogos 2007.

Phil O'Donnell

Pemiain yang berasal dari Scotland dan menjadi kapten pasukan Motherwell meninggal dunia setelah pengsan ketika perlawanan menentang Dundee United di Liga Skotlandia pada 29-12-2007 di Fir Park.

Miklos Feher

Feher mengalami masalah yang sama dengan Foe. Pemain Benfica itu meninggal akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Vitoria de Guimareas di Liga Portugal di Estadio da Luz, 25 Januari 2004. Ia sempat dibawa ke hospital tetapi beliau tidak dapat diselamatkan.




sumber:cantikjer.com
06:33 0

Muncul lepas tujuh hari ‘mati’

Colombo: Seorang wanita tua yang diisytiharkan mati selepas satu kemalangan muncul ketika majlis memperingatinya tujuh hari selepas ‘kematiannya.’ Akhbar Sri Lanka Mirror melaporkan, wanita berkenaan disahkan mati dalam kemalangan awal pagi pada 8 September dan mayatnya dibawa ke rumah mayat di sebuah hospital di Ragama.
Sepuluh daripada 11 anaknya mengesahkan mayat itu ibu mereka dan selepas bedah siasat, ia diserahkan keluarga itu oleh pihak berkuasa.

Mereka mengadakan upacara memperingati mangsa tujuh hari kemudian pada 15 November apabila wanita yang disangka mati itu muncul, menyebabkan semua yang hadir terkejut.
Menurutnya, dia berada di Hospital Kebangsaan Colombo untuk mendapatkan rawatan sepanjang tujuh hari lalu.

Sehubungan itu, polis akan menghadapkan wanita tua itu bersama 10 anaknya di mahkamah bagi menyelesaikan masalah mengebumikan mayat wanita lain.
sumber : mymetro
06:14 0

Wow! Baju Renang Ini Harganya Senilai Rumah




Seorang desainer perhiasan asal Australia membuat baju renang super mewah. Begitu mewahnya, baju renang berwarna putih itu harganya setara dengan Anda membeli rumah.

Ann Middleton, itulah nama sang desainer yang membuat baju renang seharga AUS$ 1 juta . Baju renang buatannya itu bernilai miliaran rupiah karena dihiasi lebih dari 220 berlian dan mutiara.

Baju renang ini nantinya akan dipakai pertama kali oleh Samantha Harris dalam acara Gold Coast Swim Fashion Festival di Queensland, akhir November 2013. Samantha merupakan model ternama asal Australia keturunan campuran Aborigin dan Inggris-Jerman.

"Ratusan jam aku perlukan untuk membuat baju renang ini dan kami menggunakan sebanyak mungkin batu perhiasan dan mutiara asli Australia," ujar Ann seperti dikutip Mail Online.

Ann yang sudah 39 tahun berkarir di dunia desain perhiasan sebelumnya pernah membuat karya untuk Elton John dan Bill Clinton. Dan khusus untuk karya terbarunya ini, dia menggunakan 100 mutiara dari laut selatan Australia.

Dalam mendesain baju renang bertabur berlian 133 karat itu Ann bekerjasama dengan label swimwear Sunseeker. Nantinya baju renang tersebut juga akan dipakai Samantha dalam fashion show Sunseeker di Surfers Paradise Marriott Resort pada 28 November 2013.

"Aku belum pernah membuat baju renang sebelumnya, tapi ketika aku melihat desainnya, aku tahu aku ingin membuat sesuatu yang simple, sempurna, busana yang indah," ujarnya lagi.





sumber:borakkosong.com
05:59 0

Remaja 13 tahun ditahan dalam operasi banteras pelacuran

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.
Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya. - Bernama


05:26 0

1 maut, 7 cedera nahas babitkan 2 treler, 2 kereta

  • 1 maut, 7 cedera nahas babitkan 2 treler, 2 keretaKelihatan salah sebuah kenderaan kelihatan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM 257 Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora arah utara yang melibatkan dua buah treler dan dua buah kereta di Ipoh hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
IPOH - Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini hari ini.
  
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata, kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan.
  
"Treler yang membawa muatan siling itu mengalami kerosakan brake dan cuba memperlahankan kenderaannya sebelum menghimpit treler yang membawa muatan bitumen itu dan menyebabkannya (treler bitumen) terbalik dan masuk gaung," katanya.
  
Katanya treler yang membawa muatan siling itu kemudiannya terbabas ke hadapan dan merempuh dua kereta itu.
 
Beliau berkata, bapa kepada Ukesparen cedera pada bahagian kepala manakala pemandu treler yang membawa muatan bitumen tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
"Kereta Avanza membawa seramai lima penumpang dan seorang daripada mereka Rokiah Awang mengalami patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan. Pemandu kereta Nissan turut mengalami cedera ringan," katanya.
 
Tiga mangsa dihantar ke HRPB manakala empat yang lain menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
 
Abdul Ghaffar berkata, ekoran kejadian itu, kenderaan dari arah selatan menghala utara bergerak perlahan sepanjang empat kilometer disebabkan pengguna jalan raya mahu melihat kejadian itu.   - Bernama
05:19 0

Dirogol dalam rumah nenek

  • Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja MohamedKetua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed
 1 / 1 
SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


SUMBER:sinarharian.com
04:45 0

Mungkin disorok makhluk halus

  • Mungkin disorok makhluk halusOrang ramai turut mengunjungi kawasan berhampiran Villa Nabila berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan remaja di kediaman itu di Jalan Skudai, Johor.Gambar kecil: Shamsuri
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

“Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.





sumber:sinarharian.com
04:34 0

Tak mahu lepas mayat suami

  • Tak mahu lepas mayat suamiWanita terbabit enggan meninggalkan mayat suaminya walaupun dinasihati pegawai perubatan dan orang awam.
 1 / 1 
HULU BERNAM - Akibat tidak dapat menerima hakikat suaminya telah meninggal dunia, seorang wanita sanggup memangku mayat suaminya walaupun pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia beberapa jam lalu akibat kemalangan.

Kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 401.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, 500 meter selepas susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Mangsa, Foo (bukan nama sebenar), 36, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Thanh Giang (bukan nama sebenar) berusia 20-an yang merupakan warga Vietnam cedera akibat tersepit.

Menurut maklumat orang awam, kenderaan Toyota Estima Aeras dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar besi pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di lorong kiri.

Pemandunya tercampak keluar manakala penumpangnya tersepit di tempat duduk penumpang namun berjaya keluar dengan bantuan orang awam.

Seorang pekerja kereta tunda yang hanya mahu dikenali sebagai Rush, 28, berkata, dia bersama orang awam yang tiba di tempat kejadian berusaha mengangkat kereta mangsa bagi membantu penumpang di tempat duduk hadapan keluar.

“Tapi masa kami sampai, lelaki itu (pemandu) sudah ada di situ (di bahu jalan) mungkin dia tercampak keluar masa kereta berpusing,” katanya.

Menurutnya, masalah tayar dipercayai punca kemalangan itu berlaku kerana tayar belakang sebelah kiri kereta mangsa hanya menggunakan tayar simpanan dan bersaiz kecil.

Katanya, berkemungkinan kereta dipandu laju ketika melalui kawasan itu yang sedikit berselekoh menyebabkannya terbabas.

“Kalau tengok keempat-empat tayar semunya jenama lain dan mungkin sudah banyak kali pecah,” katanya.

Isteri mangsa mengandung

Sementara itu, Thanh Giang berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak ke tempat kerja suaminya di Kuala Lumpur.

Dia yang hanya fasih berbahasa Cina berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan hanya sedar apabila kenderaan dinaiki terbalik.

“Lepas keluar dari kereta saya terus pergi dekat suami tapi dia sudah tidak bergerak,” katanya yang kelihatan trauma.

Sinar Harian cuba bertanya mengenai beberapa laporan perubatan dan ujian darah yang ditemui bersepah di atas jalan dan menurut wanita itu dia sedang mengandung, namun usia kandungannya tidak dijelaskan.

Polis jumpa serbuk dadah

Dalam pada itu, polis turut menemui bungkusan dadah dalam lipatan tisu basah dipercayai syabu yang diletakkan dalam beg tangan Thanh Giang.

Pemeriksaan lanjut pada bonet kenderaan terbabit turut menemui beberapa kotak dan botol minuman keras berjenama dimuatkan dalam beg.

Mangsa yang hanya mengalami luka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor manakala mayat suaminya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.



sumber: sinarharian.com
03:39 0

Remaja Kononnya Hilang Pergi Villa Nabila Lepas Tonton Highland Tower



Mazidul Akmal Sidik menerusi blog peribadinya, mazidulakmal.com hari ini menyiarkan cerita eksklusif bahawa remaja yang kononnya hilang sebelum ditemui di Flat Desa Mutiara, memasuki Villa Nabila bersama rakan-rakan selepas menonton filem Highland Tower.
Selepas menonton filem seram terbabit Izzat Izzudin Hussin, 16, bersama kira-kira 20 rakan lain dipercayai tertarik untuk mengunjungi lokasi yang dikatakan ‘keras’ lalu memilih untuk memasuki Villa Nabila dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang lebih kurang jam 4 pagi, Ahad lalu.
“Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik.
“Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan.
“Dalam kumpulan kira-kira 20 orang mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai,” demikian menurut Mazidul menerusi blognya.
Remaja yang dilaporkan hilang, Izzat bagaimanapun dipercayai tidak pulang ke rumah tetapi pergi ke rumah rakannya di Flat Desa Mutiara.
Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam yang menetap di flat terbabit mengenali identiti Izzat lalu menyalurkan maklumat kepada polis hingga dia ditemui.
Dalam pada itu, ketika ramai orang membanjiri Villa Nabila semalam, Izzat dan dua rakannya yang ditemui selamat sedang menghadap pihak berkuasa di Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk diambil keterangan.
Setelah selesai jam 2.33 pagi, ketiga-tiga remaja tersebut kemudiannya dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai sebelum dihantar ke IPD Sentral.
Mazidul yang ke IPD Sentral kemudiannya menemui lalu sempat menemubual bapa kepada teman wanita Izzat, Abu Hashim Mohd Zain, 48.
Menurut Abu Hashim, sejak awal lagi dia tidak percaya anaknya dan rakan-rakan hilang di Villa Nabila. Namun cerita kehilangan itu dipercayai menjadi sensasi disebabkan hebahan dan cerita yang ditokok tambah  di internet.
Apa-apa pun, satu sidang media akan dibuat Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada hari ini bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku. – REM RAMZI
Sumber dan gambar:  mazidulakmal.com 

IMG_6159
IMG_6131

IMG_6130
IMG_6171
03:31 0

Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Pegawai AmBank




PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan warganegara Indonesia pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai AmBank Subang Jaya, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada La Ode Ardi Rasila, 36, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya di sini antara 6 petang hingga 6.30 petang, 23 Okt lepas.
La Ode yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan itu didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan dari senjata api jenis ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian kepada Norazita pada tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
K.B. Elina memerintahkan kedua-dua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta-merta selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Kes melibatkan hukuman mati merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Mohd Asyraf Md Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Seawal jam 8 pagi mahkamah dipenuhi media, jurugambar dan orang awam bagi mengikuti kes itu.
Dalam kejadian pada 23 Okt, Norazita maut ditembak seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank itu ketika dia membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu.
Lelaki itu melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.
Pada 11 Nov, polis menemui senjata api jenis ‘pump gun’ yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan. – BERNAMA