Searching...
Monday 25 November 2013
10:51 0

Penyampai TV tunai janji berbogel dengan berhelah

Paris: Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.
Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Duniadi Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.

Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.
Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.

Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.

“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan. “Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.
Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. - Agensi
sumber : mymetro
10:35 0

Jutawan penipu diarah bayar RM104j

London: Hakim mahkamah tinggi Jumaat lalu menggelar seorang jutawan terkemuka sebagai penipu dan bekas isterinya mempunyai prasangka melampau dalam kes perceraian yang memakan masa paling panjang dan pahit untuk diselesaikan di Britain.
Scot Young, 51, didapati mempunyai kekayaan bernilai £40 juta (RM208 juta) walaupun mendakwa “tidak berduit dan muflis.
Bekas isterinya pula, Michelle Young, 49, sepatutnya memperoleh separuh daripada jumlah itu, kata hakim Philip Moor. 

“Kes ini agak luar biasa, kerana ia perceraian yang amat pahit,” tulisnya.
Moor berkata, mahkamah mengambil masa lebih enam tahun dan 65 perbicaraan sebelum membuat keputusan. 
Kes itu menjadi tajuk akhbar di Britain kerana saiz tuntutan dan fakta bahawa Young menikmati bantuan kewangan daripada kawan berprofil tinggi termasuk Philip Green, bilionair yang memiliki rangkaian kedai Topshot. 

Michelle berhutang yuran peguam sebanyak £6.5 juta (RM33.8 juta), manakala Young menjalani hukuman penjara enam bulan kerana gagal mendedahkan sepenuhnya aset yang dimiliki secara jujur. 

Pasangan itu berkahwin selama 17 tahun hingga 2006 dan menjalani kehidupan mewah dengan rumah agam, percutian menerusi jet peribadi dan hadiah barang kemas berlian yang dibiayai pelaburan Yayasan Scot Young dalam hartanah, teknologi dan penubuhan syarikat. 

Semuanya hancur apabila perkahwinan berantakan seiring dengan apa yang disifatkan Young sebagai kehancuran empayar perniagaannya hingga menyebabkan dia “tidak berduit dan muflis” dengan hutang tertunggak £28 juta (RM145 juta). 

Moor berkata, mustahil untuk mengetahui jumlah sebenar kedudukan kewangan Young berikutan “pelbagai penipuan yang dilakukannya.- Reuters
sumber : mymetro
10:19 0

Video: Pemain Bola Ini Tiba-tiba Pengsan Setelah Dikenakan Kad Merah







Nasib nahas nyaris saja dialami oleh Timo Letschert (20 tahun), pemain belakang klub Liga Belanda FC Groningen. Ia kolaps setelah menerima kartu merah dari wasit saat klubnya kalah dari Heerenceen 2-4 di Stadion Abe Lenstra pada hari Minggu, 15 September 2013.

Pada pertandingan yang berlangsung keras tersebut, pengadil mengeluar 3 kad merah. Timo Letschert menjadi pemain pertama dalam pertandingan tersebut yang mendapat kad merah, iaitu pada minit ke-11 atas pelanggaran keras yang dilakukannya terhadap pemain sayap Heerenveen, Luciano Slagveer.

Sialnya, saat melanggar Slagveer dengan keras, kepala Letschert terkena lutut kanan Slagveer. Awalnya Letschert masih sadar saat ia diberi kad merah. Bahkan ia sempat berdiri dan terkejut dengan keputusan pengadil. Namun setelahnya, sekonyong-konyong Letschert tidak sadarkan diri.

Timo Letschert Groningen vs Heerenveen 15 september 2013
Screenshot pelanggaran keras Timo Letschert yang (nyaris) berakibat fatal bagi dirinya sendiri

Timo Letschert FC Groningen vs Heerenveen 15 September 2013
Screenshot ketika Letschert tiba-tiba pingsan di lapangan

Kejadian tersebut membuat seisi stadium menjadi heboh. Beruntung tim medis yang siaga di stadion segera memberikan pertolongan dan membawa Letschert ke rumah sakit dengan Ambulans sehingga nyawanya terselamatkan.

Ini video pingsannya Letschert dalam pertandingan dramatis dan keras tersebut:

Nyaris saja terjadi lagi pemain sepakbola tewas di lapangan.
(Yahoo Sports, Metro, Sportige)
09:46 0

Gila tul pakaian model British,baik tak payah pakai baju

Abbey Clancy menghangatkan Fashion Show dengan memakai fesyen tersendiri tanpa memakai seluar dalam serta baju dalam. Insiden ini berlaku di Dorchester Hotel sekitar London untuk Fashion For the Brave.

09:26 0

Kisah Hero Kucing Derita Kena Potong Kaki Meninggal Dunia

Kisah Hero atau Iyo kucing derita akibat kena potong kedua belah kaki sudah mati meninggal dunia. Ini merupakan berita yang menyayat hati buat penggemar kucing khususnya di Malaysia.

Berita kematian Hero turut disebarkan oleh pemiliknya iaitu Mohd Hairey Yahya atau lebih dikenali sebagai Papa Hero pada ahad 24 November 2013. 

Hero adalah kucing yang pernah mencetus ikon kepada pencinta haiwan apabila Hero ditemui masih bernyawa dengan kedua belah kakinya dipotong pada mei 2005 hanya disebabkan mencuri seekor ikan di sebuah Restoran.

hero

Kisah Hero Kucing Kena Potong Kaki

Hero adalah nama yang diberikan oleh seorang insan bernama Mohd Hairey Yahya atau digelar sebagai Papa Hero yang telah menjaga kucing malang itu. Pada awal bulan mei tahun 2005, Hero telah mengalami kecacatan kekal apabila kedua belah kakinya dipotong hanya setelah mencuri ikan disebuah restoran oleh seorang individi yang tidak berhati perut.

 Mujurlah Mohd Hairey Yahya yang juga merupakan insan yang gemar akan kucing menemui Hero dan telah memelihara kucing tersebut. Pada waktu itu, Hero ditemui dalam keadaan yang terseksa dengan berlumuran darah pada bahagian kedua belah kakinya. Setiap hari Hero menderita kesakitan akibat insiden kejam tersebut. Hanya berbekalkan ubat gamat, Hero yang dibawah penjagaan Mohd Hairey disembuhkan dalam masa lebih kurang sebulan. Kisah Hero yang menderita akibat kakinya kudung turut mendapat liputan media secara meluas selepas insiden itu tersebar dilaman sosial.

Punca Kematian Hero

Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia dan disahkan mati pada 24 November 2013. Kematian tersebut turut disahkan oleh pemilik kucing tersebut menerusi laman rasmi ” KakiMotong FanClub”.

hero-4

Gambar Terakhir Hero Setelah Disahkan Positif Leukemia

hero

Biodata Papa Hero Pemilik Hero

 hero-2

Nama Penuh: Mohd Hairey Yahya
Nama Samaran: Papa Hero
Umur: 34 Tahun
Hobi: Pengumpul kucing terbiar
Laman Rasmi:
Video Kisah Hero Kucing Derita Kaki Dipotong

Gambar Hero Dalam Kenangan
hero-5






Sumber:  melvister.com 
08:56 0

Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam

Gambar kereta perodua Viva rempuh Maybank di Sabak Bernam. Insiden ini berlaku pada Isnin 25 November 2013 lebih kurang jam 12 tengah hari dimana sebuah kereta Viva telah merempuh masuk dan memecahkan sebuah cermin pintu masuk di sebuah Maybank cawangan Sabak Bernam. Sebelum kejadian, pemilik kenderaan jenis Viva dilaporkan pakir kereta di hadapan Maybank tersebut sebelum cuba mengundurkan keretanya. Namun, malang tidak berbau apabila kereta Viva tersebut memecut kehadapan dan merempuh pintu masuk Maybank berkenaan.
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam
Gambar Kereta Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam





Sumber:  melvister.com 
07:56 0

Lima hari tak makan, minum

Alor Gajah: “Sudah lima hari, arwah tidak mahu makan nasi dan minum, malah ubat penenang penyakit mental juga tidak diusik sebelum dia mengamuk lalu menyerang kami anak-beranak,” kata Rohana Keling, 45, isteri pesara tentera yang menemui ajal selepas mengamuk di rumahnya di Taman Rebana Jernih, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 5.50 petang itu, mangsa, Rosli Ab Kadir, 47, yang baru pulang dari tempat kerjanya di sebuah syarikat keselamatan memanggil anak bongsunya, Rasydan Asri Rosli, 6, yang juga orang kelainan upaya (OKU) supaya mengikutnya keluar.

Namun, Rosli naik angin dan cuba menyerang isteri serta anaknya itu sebelum dihalang anak sulung, Mohd Roslizam Rosli, 20, sebelum tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

Menurut Rohana, suaminya mengalami gangguan mental ketika masih bertugas bersama pasukan tentera sebelum berhenti dan bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan.

“Ketika itu, dia kadangkala berada dalam keadaan stabil dan meroyan, tetapi boleh dikawal selepas makan ubat penenang yang dibekalkan Hospital Tentera.

“Arwah bagaimanapun, berubah bengis dan cuba menyerang kami sebelum dihalang anak sulung yang kebetulan berada di rumah.
Foto
AHLI keluarga mengusung jenazah Rosli.
“Selepas berlindung di rumah jiran, saya terdengar anak menjerit meminta saya menghubungi polis kerana keadaan arwah agresif dan sukar dikawal,” katanya. Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, suara anak lelakinya tidak lagi kedengaran, namun dia tidak berani menjenguk kerana bimbang perkara buruk berlaku sebelum anggota polis tiba di rumahnya.

“Saya hanya mengetahui suami meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke balai polis,” katanya. Mohd Roslizam berkata, dia melihat bapanya pulang dari tempat kerja dan meletakkan kenderaannya jauh dari kawasan rumah serta hanya berjalan kaki.


sumber:mymtero.com
07:44 0

Anak pijak bapa sampai mati

Kota Marudu: Berang selepas mendakwa isterinya disembunyikan ahli keluarga, seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan saja memukul, malah memijak bertubi-tubi perut dan dada bapanya sehingga mati dalam kejadian di kedai runcit Kampung Tutuwoon, Pitas, dekat sini.
Mangsa, Oding Lumping, 84, dari Kampung Mandamai, Pitas, meninggal dunia di Hospital Pitas kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin, akibat pendarahan teruk dalam perut selain patah tulang rusuk akibat tindakan kejam anaknya.



Difahamkan, kira-kira jam 11.45 malam Jumaat lalu, anak mangsa berusia 40 tahun tiba-tiba mengamuk menendang pintu kedai milik keluarganya sehingga pecah ketika mangsa bersama isterinya tidur.

Sumber berkata, selepas itu, mangsa bersama isterinya Iyong Malong, 61, terjaga sebelum suspek meminta parang daripada bapanya kerana mahu mencederakan isterinya yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

“Suspek yang tidak puas hati tidak diberikan parang kemudian mengamuk dan bertindak memukul ibunya di bahagian kepala serta mencekik wanita itu.

“Selepas itu, suspek memukul bapanya sehingga mangsa terjatuh sebelum memijak berulang kali di bahagian perut warga emas itu sebelum beredar.
“Mangsa bersama isterinya kemudian bersembunyi di dalam semak di belakang rumah sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

“Mangsa dan isterinya dibawa ke hospital pada kira-kira jam 6 pagi, semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber berkata, ketika menerima rawatan di Hospital Pitas, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan, manakala isterinya cedera ringan di bahagian kepala dan leher,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa memberitahu anak mereka itu pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang dan kini mengusahakan kedai runcit di Pekan Pitas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan memberkas suspek pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Suspek ditahan di sekitar Kampung Tutuwoon oleh anggota dari Balai Polis Pitas dan kini direman selama tujuh hari.

“Punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan teruk bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, punca kejadian dipercayai bermula apabila isteri suspek menghilangkan diri sejak seminggu lalu dan suspek mengesyaki ahli keluarganya turut terbabit menyembunyikan wanita itu.



sumber:mymetero.com
07:35 0

Culik guna LRT

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun bertindak bijak apabila berlari keluar dari kenderaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyelamatkan dirinya daripada dilarikan seorang lelaki, selepas sampai di LRT Taman Melati, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia enam tahun sedang bermain berdekatan rumahnya di Flat Sri Pahang, Bangsar sebelum didatangi seorang lelaki tempatan.
Menceritakan mengenai kejadian itu, mangsa berkata, ketika dia sedang bermain bersama rakan-rakannya, seorang lelaki menarik tangannya.

Katanya, dia yang takut dan panik melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri dan mengikut lelaki itu.
Foto
MANGSA dibawa polis ke Balai Polis Wangsa Maju.

“Saya dibawa menaiki LRT dan saya menjadi lebih takut selepas memasukinya.



sumber:mymetero.com

07:25 0

Denda lebih tinggi jika MyKad hilang


IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi. 
Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru, katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket. 

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang. 

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman) tetapi ini adalah kes terpencil," katanya. 

Beliau berkata, situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan. 

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya. 

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Okt lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. - Bernama