Searching...
Tuesday 12 January 1999
02:43 0

Bunuh: 9 lelaki Myanmar akan didakwa

Myanmar

George Town – Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah pada esok dan lusa.
“Polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi .
Beliau berkata, dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu.
“Sembilan lelaki itu  akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.
Selain itu , kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini.

0 comments:

Post a Comment