Searching...
Monday 26 August 2013
03:57 0

Suspek Kelima Kes Rogol Ditahan

rogolMumbai: Polis semalam menahan suspek kelima dan yang terakhir kumpulan yang didakwa merogol seorang jurugambar Khamis lalu.
Suspek kelima itu ditahan di New Delhi dan akan di bawa ke Mumbai, kata jurucakap polis.
Dia bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai penahanan itu.
Jurugambar berkenaan, mangsa pemerkosaan terbaru di India, dirogol ketika dia dan seorang rakan sekerja lelaki menjalankan tugasan di selatan Mumbai.
Kelima-lima suspek mulanya berpura-pura untuk membantu mangsa mendapatkan kebenaran merakam gambar di kawasan sekitar.
Mereka bagaimanapun mengikat lelaki itu sebelum mengheret wanita berkenaan dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Suspek keempat yang dikenal pasti sebagai Kasim Bangali ditahan Ahad lalu.
Dua daripada suspek berkenaan dihadapkan ke mahakmah awal semalam dan akan ditahan untuk disoal siasat hingga 30 Ogos depan.
Sabtu lalu, seorang suspek ditahan. Neneknya memberitahu media, dia baru berusia 16 tahun dan perlu dibicarakan sebagai juvana.
Kejadian Khamis lalu mengimbau kembali kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi hingga mati pada Disember lalu dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh India. – Agensi / Hmetro Online – Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment