Searching...
Tuesday 3 September 2013
02:27 0

Penjelasan PM Kenapa Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan.

naik

Harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan
Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.

Langkah itu yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Pada mesyuarat itu, FPC juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.
Pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin berkurangan.
sumber:Mummynemo.com

0 comments:

Post a Comment