Searching...
Wednesday 16 October 2013
02:31 0

Awas!! Taktik Terbaru Mencuri Kereta


curi
PERNAHKAH anda gagal mengunci kereta menggunakan alat kawalan jauh sedangkan bateri alat itu masih lagi berfungsi dengan baik? Awas!! kerana anda mungkin akan menjadi mangsa kes kecurian kereta.
Kes terjadi minggu lalu melibatkan seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah Jusco di Cheras, demikian menurut laporan laman web Metropolitan Today.
Sebaik selesai meletakkan kenderaannya di luar pasar raya itu, beliau gagal mengunci keretanya menggunakan alat kunci kawalan jauhnya.
Pada fikirannya, alat kawalan jauh berkenaan mungkin sudah kehabisan bateri ataupun rosak membuatkan beliau terpaksa menguncinya secara manual.
Kemudian, wanita berkenaan pergi membeli-belah selama 30 minit sebelum menyedari keretanya sudah hilang selepas selesai membeli barangan.
Di balai polis dan pihak insurans, beliau dimaklumkan mengenai sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik yang mampu mengesan gelombang frekuensi alat kawalan jauh mangsa ketika mereka hendak mengunci kereta.
Alat itu akan menggangu frekuensi kawalan jauh dan menggagalkan mangsa mengunci kereta. Sebaik mereka dapat mengenali frekuensi kereta anda, kereta anda akan dicuri.
Jadi selepas ini, jika anda gagal mengunci kereta anda menggunakan alat kawalan jauh, lebih eloklah anda bergerak dari situ dan meletakkan kenderaan anda di tempat lain – Mynewshub.my


0 comments:

Post a Comment