Searching...
Monday 28 October 2013
03:11 0

Telefon bimbit ‘selesai’ kes rogol pekerja pasaraya




Raub: Penemuan telefon bimbit yang digunakan seorang lelaki menjadi petunjuk kepada polis untuk menyelesaikan satu kes samun dan rogol membabitkan seorang pekerja wanita sebuah pasar raya, di sini.
Terdahulu, lelaki berusia 30 tahun itu yang berasal dari Puchong, Selangor ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk pemeriksaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis kemudian mengesan telefon bimbit yang digunakannya sebelum mendapati barangan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes jenayah samun dan rogol.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Samsuddin Osman berkata, menerusi hasil soal siasat dijalankan, lelaki terbabit kemudian membawa anggota polis ke sebuah rumah di Taman Pinggiran Mas, Puchong untuk menunjukkan lelaki yang menjual telefon bimbit itu kepadanya.
Menurutnya, polis kemudian menahan lelaki kedua berkenaan yang juga berusia 30 tahun sebelum suspek mengaku menyamun dan merogol seorang wanita pada 30 September lalu di asrama pekerja sebuah pasar raya, di sini, Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke IPD Raub dari IPD Serdang dan kini ditahan reman hingga 31 Oktober ini untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi, suspek menceroboh asrama pekerja sebelum mengejutkan mangsa berusia lingkungan 20 tahun yang ketika itu tidur.
Suspek kemudian menarik dan memaksa mangsa masuk ke bilik sebelah sebelum wanita itu bersama rakannya yang kebetulan berada di dalam bilik berkenaan diikat di tangan, mulut serta kaki dengan menggunakan pita pelekat.
Suspek kemudian menggeledah bilik mangsa selepas merogolnya dan merampas dua telefon bimbit serta wang tunai RM50.


0 comments:

Post a Comment