Searching...
Thursday 31 October 2013
04:38 0

VIDEO : Lori Kontena Terbabas Dan Terbalik


kontena
PETANG semalam, sebuah lori kontena telah terbabas di lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang dan kemalangan yang nampak mengerikan itu turut membabitkan sebuah kereta SUV.
Di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dikongsikan sebuah video diambil dari seorang pemandu kereta yang berada di belakang lori berkenaan.
Daripada video awal sebelum kemalangan itu, sudah dapat dilihat yang pemandu lori kontena itu seperti tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain sebaliknya membawa laju melebihi 100 km sejam.
Apabila tiba di laluan lurus, ia memecut sehingga gagal dikawal menyebabkan ia terbalik dan tercampak ke lorong bersebelahan bertentangan yang menghala ke Kuala Lumpur.
Turut terlibat ialah sebuah SUV Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dalam perjalanan dari Putrajaya.
Mynewshub.my turut menyertakan sekali sebuah video daripada pemandu berbeza selepas kemalangan berkenaan dan juga keadaan SUV berkenaan yang rosak teruk di bahagian bumbungnya.
Bagaimanapun nasib pemandu lori dan pemandu SUV itu tidak diketahui.
-Mynewshub.my


0 comments:

Post a Comment