Searching...
Wednesday 16 October 2013
02:57 0

Video: Restoran Hanya Ambil Kembar Seiras Bekerja


SEORANG pemilik restoran di Moscow, Russia berjanji kepada pengunjung yang datang bahawa mereka akan disajikan dengan pengalaman menarik apabila beliau hanya mengambil pasangan dua beradik kembar seiras untuk bekerja di restoran itu.
Restoran yang dikenali sebagai Twin Stars itu hanya mengambil kembar untuk bekerja sebagai penjaga bar dan juga pelayan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan juga meletakkannya sebagai satu-satunya restoran seumpama itu di dunia memperkenalkan layanan sebegitu.
Pemiliknya Alexei Khodorovsky, beliau mendapat inspirasi dari sebuah filem terbitan tahun 1960 mengisahkan tentang seorang perempuan yang berada dalam sebuah dunia yang semuanya mempunyai salinan pendua termasuk dirinya.
Rata-rata para pengunjung restoran itu menyifatkan ia sebagai idea yang baik.
Satu pasangan kembar lelaki Arytem dan Roman cukup gembira bekerja sebagai penjaga bar di restoran itu dan menganggap ia sebagai satu pendekatan kreatif menarik pelanggan.
Menurut pemiliknya, pasangan kembar seiras dengan pengalaman pernah bekerja di sebuah restoran amat sukar ditemui.
“Bertemu dengan pasangan seperti Arytem dan Roman adalah seperti bonus untuk kami, kami mempunyai tiga pasangan kembar dan ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan,” katanya.
-Mynewshub.my


0 comments:

Post a Comment