Searching...
Wednesday 6 November 2013
00:10 0

470,395 Calon Ambil SPM Hari Ini

spm
KUALA LUMPUR – Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Disember depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 25,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa dan SMK Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tinjauan Bernama mendapati calon-calon membuat keputusan bijak untuk datang awal ke sekolah dan mengelak kesesakan lalu lintas.
Terdapat juga beberapa calon yang dilihat mengambil kesempatan untuk membuat rujukan terakhir bersama rakan-rakan mereka sebelum menduduki peperiksaan.
Calon dikehendaki menduduki bilik atau dewan peperiksaan seawal 7.50 pagi bagi mendengar taklimat dan mengisi butiran maklumat diri di kertas jawapan, iaitu 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
Hari ini, calon menduduki dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual bagi calon yang mengambilnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment