Searching...
Tuesday 19 November 2013
07:50 0

Aktress Britany Dibunuh Dengan Racun Tikus?


SELEPAS hampir lima tahun aktress Brittany Murphy  meninggal dunia, akhirnya punca kematiannya diketahui dan ia merupakan satu pendedahan yang amat mengejutkan.
Punca kematiannya 20 Disember 2009 adalah akibat dibunuh dengan racun tikus, bukannya pneumonia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Penemuan mengejut itu ditemui selepas selepas bapanya, Angelo Bertolotti mengarahkan satu laporan toxicologi baru dibuat semula.
Laporan itu menyebut bahawa sistem badan Murphy mengandungi 10 logam berat, sekali gus menunjukkan bahawa dia diracun dengan racun tikus.
Logam tersebut adalah tujuh kali lebih tinggi daripada paras tertinggi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Suami Murphy, Simon Monjack, meninggal dunia lima bulan selepas kematian aktress berkenaan.
Susulan laporan terbaru itu, banyak pihak yang percayai Murphy dan suaminya itu telah diracun oleh pihak ketiga.
Ujian yang dijalankan itu dibuat ke atas rambut, darah dan sampel tisu yang diperolehi daripada Murphy oleh bapanya, Bertolotti sebelum diserahkan kepada badan bebas bagi tujuan menyiasat punca kematiannya.
Sebelum meninggal dunia, Murphy menunjukkan simpton keracunan  di mana dia mengalami pening kepala, kabur, kekejangan perut, batuk, berpeluh dan pneumonia.
Selepas meninggal dunia, terdapat spekulasi bahawa aktress itu meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan atau anorexia, setelah dia mengalami penurunan berat badan yang mendadak dalam masa beberapa tahun.
Suaminya juga mengalami simptom yang sama sebelum meninggal dunia dan juga dipercayai diracun. Mayatnya ditemui oleh ibunya, Sharon selepas mendiang berpindah ke rumah itu susulan kematian isterinya.
Selepas Murphy meninggal dunia, bapanya berikrar untuk mencari punca sebenar kematian anaknya itu.
“Terdapat banyak khabar angin yang disiarkan oleh media hingga menjejaskan reputasi Murphy. Anak saya bukan anorexia atau penagih dadah .
“Saya tidak akan hidup dengan tenang selagi kebenaran tidak diketahui. Pasti ada keadilan untuk kematian anak dan menantu saya ini,’’ katanya.
Murphy terkenal dengan lakonannya dalam Clueless dan sebelum mengahwini Monjack, dia pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Ashton Kutcher, ketika membintangi filem Just Married.
Selepas hubungan mereka putus, dia telah bercinta dengan Jeff Kwantinetz dan Joe Macaluso, sebelum bertemu dengan Monjack pada 2007.


SUMBER:cantikjer.com

0 comments:

Post a Comment