Searching...
Sunday 17 November 2013
07:25 0

Bantuan makanan mangsa Haiyan tiba

TIGA buah helikopter tentera Amerika Syarikat yang membawa bantuan kemanusiaan tiba di sebuah lapangan terbang di Tacloban semalam.


GIPORLOS, Filipina - Bantuan makanan dan ubat-ubatan semalam tiba buat pertama kali di beberapa kawasan terpencil yang dilanda Taufan Haiyan yang telah meragut ribuan nyawa di Filipina.
Di Giporlos, kira-kira 12,000 mangsa taufan itu mula menerima bantuan tersebut yang dibawa dengan menggunakan helikopter Seahawk milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Helikopter itu mendarat di padang permainan sebuah sekolah rendah di sini yang terletak di Pulau Samar.
"Kami sangat gembira walaupun bekalan itu tidak mencukupi. Kami menerima bekalan yang kecil itu kerana tidak ada lagi makanan dan rumah di sini," kata Maria Elvie Depelco.

SEORANGBEBERAPA mangsa Taufan Haiyan membasuh pakaian di sebatang paip di bandar Tacloban, wilayah Leyte semalam.


Di bandar Guiuan dekat sini, pesawat-pesawat yang sarat dengan bekalan kemanusiaan mendarat dan berlepas setiap beberapa minit di sebuah landasan terbang milik tentera.
Kapal pengangkut pesawat milik AS, USS George Washington turut menghantar 118 tan makanan, air dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa taufan tersebut di bandar Tacloban.
Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu telah mencetuskan ombak tsunami setinggi lima meter.
Lebih 10,000 orang dipercayai telah terkorban.
Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan setakat ini seramai 4,460 orang telah terbunuh. - Agensi


0 comments:

Post a Comment