Searching...
Wednesday 6 November 2013
13:48 0

Calon CBK SPM Jawab Peperiksaan Guna Kaki

exam
KUALA TERENGGANU – Walaupun terpaksa menulis menggunakan kaki, calon berkeperluan khas (CBK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Noor Ismawati Abdul Aziz, bertekad mahu membuktikan kecacatan bukan halangan untuk mencatat keputusan cemerlang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar itu juga berazam untuk membanggakan ibu bapa dan guru-gurunya yang banyak memberi dorongan kepadanya selama ini.
“Saya akan lakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan cemerlang,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Gadis ini yang mengambil sembilan subjek adalah antara 58 CBK yang menduduki SPM di Terengganu.
Dia yang mengalami kecacatan anggota badan dengan kedua-dua tangannya tidak berfungsi sejak kecil, bukan sahaja menggunakan kaki untuk menulis, tetapi juga melukis serta berhasrat mengembangkan bakatnya dalam bidang itu.
Turut menduduki peperiksaan SPM hari ini ialah Puteri Anis Athirah Anuar, 17, yang mengalami kecacatan saraf otak.
Pelajar itu yang bergerak menggunakan kerusi roda, ditemani oleh ibunya Wan Nor Aziah Wan Abdul Aziz, 43, yang mengambil cuti daripada kerja.
“Walaupun pergerakan dia terbatas tidak seperti pelajar lain namun dia tidak pernah mengeluh dan tetap memberi tumpuan dalam pelajaran,” kata Wan Nor Aziah yang berharap anaknya itu mampu memperoleh keputusan yang baik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment