Searching...
Sunday 17 November 2013
04:01 0

Final Ratu Rania 2013|Juara Ratu Rania Musim Pertama

ratu raniaSETELAH sembilan minggu bersaing, program realiti Ratu Rania bakal berakhir. Program yang baru bersiaran untuk musim pertama itu merupakan sebuah rancangan pencarian ikon wanita moden dan kini, dua finalis akhir telah pun diumumkan.
Dua orang ibu iaitu Normazuraida Zakaria, 34 tahun dan Rosnawati Bachok, 37 tahun merupakan finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Ratu Rania musim yang pertama ini.
Finalis yang dipilih melalui sistem permarkahan 100 peratus oleh tiga orang juri tetap yang terdiri daripada Rizalman Ibrahim, Rozita Che Wan dan Ziana Zain itu telah mengetepikan dua lagi peserta di peringkat separuh akhir.
Selain menguji sejauh mana pengetahuan mereka terhadap produk Safi Rania, mereka juga dinilai mengikut tiga kriteria utama yang lain iaitu keyakinan diri, pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.
Walaupun mereka merupakan seorang ibu dan isteri, tanggungjawab terhadap keluarga tidak diabaikan walaupun mempunyai jadual yang sibuk. Namun begitu, mereka terpaksa berkorban dari segi masa untuk dibahagikan antara menjadi peserta program serta menguruskan keluarga.
Aida tegas dalam kelembutan
“Walaupun jadual saya padat, saya tidak sesekali abaikan keluarga ketika sibuk menguruskan karier saya sebagai pegawai tadbir di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
“Saya akui saya perlu bijak bahagi masa, tambahan pula saya seorang ibu tunggal,” tutur Normazuraida atau lebih mesra disapa Aida ini.

Apa yang menariknya, ketika bertemu wanita itu, dia kelihatan seperti seorang wanita yang lemah lembut pertuturannya.

sumber:mummynemo.com

0 comments:

Post a Comment