Searching...
Sunday 10 November 2013
04:21 0

Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Di Hadapan Rumah





penguatkuasa 1



KUANTAN – Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik (Gambar bawah) dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

“Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

“Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,” katanya.Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA
RaflieJAIP

0 comments:

Post a Comment