Searching...
Monday 25 November 2013
07:56 0

Lima hari tak makan, minum

Alor Gajah: “Sudah lima hari, arwah tidak mahu makan nasi dan minum, malah ubat penenang penyakit mental juga tidak diusik sebelum dia mengamuk lalu menyerang kami anak-beranak,” kata Rohana Keling, 45, isteri pesara tentera yang menemui ajal selepas mengamuk di rumahnya di Taman Rebana Jernih, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 5.50 petang itu, mangsa, Rosli Ab Kadir, 47, yang baru pulang dari tempat kerjanya di sebuah syarikat keselamatan memanggil anak bongsunya, Rasydan Asri Rosli, 6, yang juga orang kelainan upaya (OKU) supaya mengikutnya keluar.

Namun, Rosli naik angin dan cuba menyerang isteri serta anaknya itu sebelum dihalang anak sulung, Mohd Roslizam Rosli, 20, sebelum tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

Menurut Rohana, suaminya mengalami gangguan mental ketika masih bertugas bersama pasukan tentera sebelum berhenti dan bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan.

“Ketika itu, dia kadangkala berada dalam keadaan stabil dan meroyan, tetapi boleh dikawal selepas makan ubat penenang yang dibekalkan Hospital Tentera.

“Arwah bagaimanapun, berubah bengis dan cuba menyerang kami sebelum dihalang anak sulung yang kebetulan berada di rumah.
Foto
AHLI keluarga mengusung jenazah Rosli.
“Selepas berlindung di rumah jiran, saya terdengar anak menjerit meminta saya menghubungi polis kerana keadaan arwah agresif dan sukar dikawal,” katanya. Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, suara anak lelakinya tidak lagi kedengaran, namun dia tidak berani menjenguk kerana bimbang perkara buruk berlaku sebelum anggota polis tiba di rumahnya.

“Saya hanya mengetahui suami meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke balai polis,” katanya. Mohd Roslizam berkata, dia melihat bapanya pulang dari tempat kerja dan meletakkan kenderaannya jauh dari kawasan rumah serta hanya berjalan kaki.


sumber:mymtero.com

0 comments:

Post a Comment