Searching...
Monday 18 November 2013
13:20 0

Panas: Safee Sali Sound Ketua Pengarah MSN – Nama Siti Nurhaliza Pun Muncul


Penyerang bolasepak negara Safee Sali terjerumus dalam kancah kontroversi apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong dalam akhbar bahawa kekalahan kepada pasukan Bahrain telah diduga.
Safee mentafsir Zolkaples sebagai seorang yang banyak bercakap tetapi tidak tahu buat kerja.
Harimau Malaya selepas tewas 1-0 kepada Bahrain.
Kelakarnya, tindakan Safee menghentam Zolkeples turut mengheret nama Siti Nurhaliza.
Ini gara-gara kenyataan Siti yang menghentam Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin kononnya bersikap tidak menghormati orang tua dalam isu teguran terhadap FAM baru-baru ini.
Contoh tweet yang turut mahu mengheret dan menyindir Siti dengan kes antara Safee dan Zolkeples.
‘Apa istimewanya Safee Sali hingga tidak ditegur oleh @CTNurhaliza11 walaupun beliau kurang ajar sedangkan @Khairykj selamba je CT tegur?’ – AlterEgo ?@AlterEgo786
Hari tu Safee hentam Annuar Musa, ni hentam Zolkples Embong pulak. Dato CT tak nak tegur ke Safee Sali ni?  – Sukan Star ?@sukanstar
Nampaknya lepas ini Siti kena berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat kerana masyarakat tidak mudah lupa dan akan berterusan mengungkit sesuatu perkara itu.



sumber:Mynewshub.my




0 comments:

Post a Comment